Wednesday, 12 March 2014

Aku Ada Mereka :) #family

Bismillah...

Aku selalu ada DIA dan MEREKA

Ya Allah.. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah!

selesai akhirnya satu bebanan besar buat aku, iaitu menjadi pengarah projek pertandingan catur bistari 2014!

Mungkin pada orang lain itu cuma event kecil.

Tapi pada aku "berat" sangat. Sebab apa?
Sebab banya perkara yang aku tak tahu, dari aspek prosedur terutamanya..
Kat Umkl ni lain dengan nilam puri dulu.
yela kan, NP tu kecil je, urusan tak sebanyak kat KL ni..
huhuu..

dah lah! x nak dah cerita pasal projek.
Dah habis dah pun!! weeee~~~
point aku nak tulis entry ni sebenarnya adalahhh....

nak cerita macam mana aku boleh teruskan projek tu sampai selesai???
tak putus asa walaupun BANYAK halangan..
em, macam mana?
cuba teka?
hee

Sebab aku ada Allah dan Family

Dalam kerisauan yang menebal, bila takde sebarang tajaan, aku buntu.
aku dapat rasa cuma satu pergantungan untuk aku berharap.
DOA. aku doa... tak putus2.. aku cuba tajdid niat untuk ingatkan diri sendiri,
yang SEMUA ini sebagai satu amal soleh,satu ibadah..
akhirnya aku dapat bantuan dari arah yang aku tak sangka2..
Makcik Norsiah, tolong aku cari tajaan.
dalam masa 3 minggu shaja semuanya selesaii
such a miracle kan? nasrum minallah~ :D

Dan..
aku ada Family yang SENTIASA support aku.
Especially mama..
mula2 aku rasa susahhh sgt. gerak kerja yang dibuat semuanya tak nampak hasil.
mama pesan, " jangan merungut. Buat kerana Allah, semuanya akan lancar."
aku pegang kata-kata mama.
Sejak tu, aku dah boleh control kemarahan bila ada masalah dlm gerak kerja.
aku dapat hadap semua tu dengan tenang dan berfikir lebih drpd beremosi.
bila mula rasa penatt.. aku ingat balik kata2 mama tu.

Babah pun sama, selalu bagi motivasi.
bila aku kata " ini 1st and last lah bah.. mira tak nak lagi da incharge program!"
babah slumber je gelak.. pastu cakap " takde... ini 1st and the 1st .."

Abangteh paling rajin.
Dia tak banyak cakap, tapi paling banyak tolong..hehehe
masa cuti semester hari tu, dia la yang rajin ulang alik Shah Alam - Kl bawak aku..
masa tu banyak hal surat menyurat ni.
Hampir tiap minggu kot.. :)
Abangteh dan Abangah pun banyak tolong..
ada beberapa urusan bank, yang diorang tolong buatkan
aku cuma call dari sini, minta tolong..
pastu dorang selesaikan.hehe
alhamdulillah.. banyak abang!

Kak ana pun tolong.. Dia mintakan tajaan kat bos dia.
huhu.. dalam masa sehari je... dah dapat!

Along & kak noni dah pernah jadi macam aku
incharge program mase diorang student dlu
dorang share pengalaman dorang..
motivate aku yang tak berpengalaman ni
yelakan, otai la katakaannn.. hee

Kaklang ngan Nekmak sentiasa update aku..
"cane program? okay x? ada masalah?"
Semua care. hehe tetiba terinngat lagu nih
~bila ku sedari.. diri disayangi.. langkah kaki ini semakin berani~~
:P
cam kena je lagu tu.

haha.. berbeza pulak dengan adik2..
diorang selalu komplen
"kakcik ni, asyik projekkk je.. bz jee..."

alhamdulillah, jazakumullah khoira semuaa.. mira tak tau dah nak cakap macam mana.
sayang sume orang <3

MEREKA semua buat aku rasa lebih kuat.
MEREKA yang setia support aku, dari mula, sampai habis
dan yang pasti...
hanya MEREKA yang betul2 ikhlas pada aku
susah senang, jatuh bangun aku..
mereka selalu ada...

Ya Allah, Rahmatilah keluargaku, berikan mereka keselamatan di dunia dan di akhirat, mudahkan semua urusan mereka. jagakan mereka ya allah.. aku saaaayaangggg mereka... aamiin....

Tuesday, 11 February 2014

adik dan luqman

bismillah..

makin hari makin sayang kat adik2..
rasa yang aku tak pernah rasa sebelum ni tiba-tiba datang.

kalau dulu, aku la yang paling garang dan paling malas nak layan budak-budak.
pantang dorang merengek aku marah..
dorang merajuk, aku biar.. sikit pun tak rasa bersalah n kesian.. rasa menyampah ade la
siap dalam hati tu cakap.. " aishh,, mengade betul lah"

tapi kan..
sejak akak aku kahwin, mama aku sakit..
sifat aku sedikit demi sedikit berubah..
aku dah tak marah-marah macam dulu..
aku kesian kat dorang..
aku mula selami perasaan dorang, cuba fahami apa yang dorang nak.

kadang2 pelik permintaan dorang..
pagi2 nak pegi sekolah, ajak aku tunggu bas sekali..
heh, mase 1st time dorang ajak tunggu bas,
 aku tanya "nak buat apa?"
dorang jawab "saje.. nak kakcik bye bye kitorang dalam bas nanti"
(^^)
bila dah hari2 buat camtu, aku rasa best pulak.. suka tengok dorang senyum dan lambai aku dari dalam bas..
comel sungguh la budak2 nih.

bila dorang balik sekolah..
dorang terus cari aku,, tak kisah lah kat dapur ke.. kat bilik ke...
" kakcik!!! :D *sambil lari2
siyes ada rasa happy kat situ.. rasa macam...
entah. takde tafsiran.
mungkin rasa sayang..

"kakcik~ nak makan...."
aku tny " nak makan sendiri ke... suap?"
dua-dua jawab "suap! heee...sebab kalau makan sendiri tak habis nanti" *eleh, alasan :P
"kakcik~ buatkan air~"
banyaklah lagi.. kakcik~kakcik~
yang paling best, adik-adik aku tak pernah komplen apa yang aku masak. walau sesimple mana pun..
semuanya... "okay..sedap...." katanyaaa la... tah betul tah tidak.. :D

heh, teringat mase aku kecik pun macam tu jugak.. manje ngan kaklang. sekarang layan adik2 pulak :D
kitaran hidup, mungkin,

kalau aku solat..
mula la ade yang msuk bilik.. tunggu je aku solat kat tepi..
hah, sampai kadang2 baru bagi salam yg pertama dah panggil
"kakcik!"
..hei, bertuah!

petang2... ajak main basikal
"kakcik~jom main basikal"
nama je ajak main basikal, tp...
dorang yang naik basikal.. aku kena kejar dorang dari belakang. a.k.a joging la..
tp xpe la, tengok dorang ceria camtu, aku pun happy..
heee

walaupun ada masanya, kesabaran aku diuji dengan ragam dorang yang macam2 ..
sikit2 aku belajar dan muhasabah diri..
kadang terfikir, macam mana lah rasanya jadi mak. mesti dah takde masa untuk diri sendiri kan..
melayan anak je...

by the way,
aku nak dorang alami zaman kanak2 riang ni
macam aku rasa dulu..
happy dan rasa disayangi
dan yang penting, membesar dalam suasana yang sihat, dan jadi soleh dan solehah keduanya ya sayang..
kakcik cuba bagi perhatian maksima dan cinta infiniti dalam batas kemampuan diri..
insya'allah!

Tuesday, 21 January 2014

kuatkan hati

Bismillah

Teringat kat ustaz di nilam puri..
Bila diajukan soalan yang bermacam2, boleh kah itu bolehkah ini...
Ust jawab... Kalau kami lakukannya, meningkatkah iman???

Hmm.. Ustaz memang macam tu. Jawapan itu gaya tarbiyah makan dalam namenye. Hee

Betul ustaz cakap.
Kadang2 aku sendiri pun keliru, boleh ke tak buat sesuatu.. Timbang balik, meningkatkah iman?? Atau sekadar puas hati dan sia2...

Usia muda ni.. Otak masih fresh utk serap ilmu.. Identiti diri masih mudah dilentur..
Jadi, carilah ilmu sebanyak2nya.. Bentuk diri dengan acuan tarbiyah..
Jangan biar jiwa hanyut dengan angan2 kosong..konon dah ada di awan tinggi, sedang hakikat menggali kuburkan hati.

Hidup ni terlalu singkat.
Umpama sang musafir yang berehat singgah berteduh di bawah satu pohon, kemudian berlalu pergi.

Kembali pada asas. Kita dari mana nak kemana??

Ya, hati kita rapuh.
Jangan dihanyutkan lagi dengan celupan jahil.
Kita perlu kuat... Dan terus cari kekuatan. Bergaullah dengan orang iman, Rutinkan bacaan2 yang menambah semangat juang.
Harus kuat!


*sungguh! ini untuk nasihat diri sendiri..  Ya Rabb, jadikan aku pejuang agamaMu. Yang hidup mulia mati di jalan syurga. Amin

Saturday, 11 January 2014

the end of first semester

bismillah..

em, actually my english is not good at all, but i want to practice and try to write this post in english...
if there's any mistake, can you please let me know about it? write it in the comment's column.
thank you :)

This semester is such a fibrous experience to me. why?
huu.. because i have to face the BIG DIFFERENT atmosphere here.
everythings new.
new surrounding, new culture, new lesson, new friends.. new..new.....
i have takes much time to adapt all of it.

...and my journey is not easy.. there are many problems that i don't ever had before.
yes, new one

Problems is the normal thing that everyone will face it too. but mine is little bit different to others. That's because i'm too stressed thinking about all my problems, and this is my first time face it all alone. There's many quote saying "keep calm and bla bla bla.." but it's really don't even works to me!

I have got much depressed and easily to get down.
Maybe i'm too depends on others before this, then that's why it's hard to me to adapt all the things alone.

But now, i have learn such a big lesson. LESSON ABOUT LIFE. oh no, it's all about the REAL LIFE is it.
such as :
I should keep improving my ibadah especially the basic things like solat, recite Al-Quran.
I have to keep close to Allah's first and have a good relationship with HIM.
I should not running from the problems but i have to take it and handle its well.
I also should makes more friends around me and be nice to everyone. don't be arrogant.

yes, I have learned. when I flashback about my life in this term, "crying" just like my hobby. hee.
It's really make me relief. I know, my tears did'nt solve my problems but at least it makes me feel that I still have a space to express my thought, my anger and my frustation. When there were no one hear me, I'm not alone. I have Allah, i'm cry and tell all my uneasy feel to Allah. He know EVERYTHING but He still hear my heart screaming.

but it's all about past..
Start from now and forward, i will be a new Amirah.
I'm not changing but i'm keep improving.
Thanks to Allah because always hear me, help me and love me. i feel it.

I hope, next semester will be fine and even better. amiin ><

Saturday, 28 December 2013

status aku bukan sekadar siswi

Bismillah...

Minggu depan start exam. Aku mengalami tekanan yang agk serius sampai nak makan pun tak lalu..

Memang lain sangat sangat kali ni. Aku dapat rasa perbezaan yang mendadak. Sekarang aku sedar yang status aku bukan sekadar seorang pelajar. Tapi seorang anak.. Seorang kakak..  Aku tak dapat fokus pada exam SAHAJA macam kawan2 lain. Fikiran aku menerawang hati aku tak tenang kalau tak balik rumah. Sekurang2 nya ziarah dan tunjuk muka kat mama dan adik2...

Huu.. Mungkin persediaan aku untuk exam tak sehebat yang lain.. Tapi aku harap sangat Allah lihat pada usaha aku menggembirakan mama dan adik2 tu..
Exam bukan garis ukur kejayaan atau matlamat hidup.
Aku ada banyak misi lagi.
Exam ni hanya satu drpd seribu cabang.
Mira.. Selagi belum masuk dewan.. Selagi tu kau ada masa .. Jangan serabut jangan stress.. Teruskan langkah jgn berhenti.
Semoga berjaya! Amin....

Sunday, 22 December 2013

angin exam

bismillah..

30 disember ni exam bermula!! wee~~~
ehm, hepy ke?
huhu.. semester satu baru..

hmm, memang lain la hidup "degree" ni. jaooohhhh bebeza dengan asasi.
agak lambat aku sesuaikan diri dengan suasana "degree" ni.
sesi pengenalan yang cukup panjang untuk aku.
banyak yang aku "belajar" dalam sem ni.
em, maksud aku, bukan pelajaran dalam kelas je. tapi belajar tentang kehidupan.
memang tak sama langsung!
pelbagai tribulasi dalam mengenali keadaan dan orang sekeliling.
sem ni banyak masalah. tp kan, kalo muhasabah balik...
itu semua "kursus khas" dari Allah.
nak ajari aku praktikal "sabar".

apa pun, aku akan akhiri semester ini dengan perjuangan habis-habisan. cukup-cukuplah dengan apa yang aku lalui dalam sem ni.. aku tak nak "abadi"kan kepahitan semester ni dalam reputasi akademik aku.
ya, aku mesti fight abis-abisan.
korbanlah waktu tidur, waktu online, waktu chatting dll..

penuhi masa dengan study dan peningkatan tahap iman dan taqwa.
dan inilah cara intensif untuk berubah.
keadaan terpaksa itu paling berkesan. terbukti dah pun :)
so, chaiyokkkk! all the best!

allahumma najihna fil imtihan fiddin fiddunya wal akhiroh. amin

Sunday, 15 December 2013

lesson

bismillah

such a good lesson for me.
don't ever simply trust people

Terlalu banyak pengalaman baru yang mengajar aku realiti kehidupan. betapa 'liar'nya dunia luar ni.
Baru aku tahu. Agak asing pada aku yang membesar ketika remaja di dalam kepompong yang sangat terpelihara bi'ahnya. Diajar untuk jujur, diajar bermuamalah yang baik sesama manusia.
Ya, semua yang diajar terus dipraktikkan kerana semua hadam tarbiyahnya. Tapi kini, aku ada di tengah kotaraya yang tidak tahu dimana tenangnya dimana murninya jiwa. Di tambah lagi dengan kemajuan yang membunuh tanpa aku sedar. Dikelilingi dengan jiwa-jiwa yang tidak dapat ku kenalpasti apa itu ikhlas, apa itu ihsan. semuanya seakan bertopeng. sukar untuk kubaca.
Dalam kelemasan itu, hanya tinggal satu tali untuk aku berpaut kasih, mohon perlindungan, minta dijaga.
Perlu usaha keras untuk mendapat kasih sayang dariNya. supaya tali itu sentiasa ada. disisi aku. bila saja aku perlu. Aku terus tetap dalam jalan yang aku cita-citakan. Cabaran yang sedia ada dan yang mendatang memang menahan aku di perjalanan. Tapi bukan bermakna aku terhenti disitu. hah, aku cuma singgah, mahu menjengah dan sekadar ambil pelajaran. Aku akan rempuh. Rempuh dengan bisikan cintaku padaNya. biarlah 'mereka' yang hanya ber'acah-acah' denganku. kadang ada kadang menghilang entah ke mana.
Aku ada Dia.


Saturday, 30 November 2013

musibah untuk dimuhasabah

bismillah...

إِنّا للهِ وَإِنَا إِلَـيْهِ راجِعـون، اللهُـمِّ أجُـرْني في مُصـيبَتي، وَاخْلُـفْ لي خَيْـراً مِنْـها

sesungguhnya kami milik allah dan kepadaNya kami kembali. Ya Allah, berikanlah pahala atas musibah yang menimpaku ini dan gantikanlah sesuatu yang lebih baik darinya...

musibah tu tanda peringatan daripada Allah kepada hambaNya.

mungkin aku terlalu leka dan banyak ketelanjuran yang Allah murka.

mujur masih ada rahmat. masih ada sayang. masih ada kasih dariNya.


lebih baik aku diberi peringatan daripada terus dibiar hanyut dan alpa. Tiba masa untuk aku belajar secara 'live' realiti hidup ini. Berhadapan dengan pelbagai jenis, sikap dan hati manusia.


~Hidup tidak selalunya indah~langit tak selalu cerah~


betul tu. kalau nak diibaratkan dengan apa yang terjadi pada aku baru-baru ni, boleh jadi banjir kilat dah dengan air mata. Jujur terlalu banyak khilafku..


muhasabah balik, mungkin kerana ketidaktertiban amal wajib dan kurangnya amalan-amalan sunnah..

ilmu yang tidak dimanfaatkan atau dipraktikkan. kurang doa.
Allah beri peringatan cash terus. mendadak tanpa aku sangka.

apa pun yang terjadi, selagi Allah kurniakan usia.. beri kesempatan untuk aku menghela nafas...


aku tetap takkan berhenti. aku akan terus melangkah dengan sedar bahawasanya aku dihidupkan untukNya. bukan sia-sia. selamanya aku hamba. 


terus kedepan. betulkan semula segala cela yang membuat DIA murka.


kembali pada jalan yang dah dipandu...

terus cari cahaya rahmat kasihnya.. supaya hidup dan matiku dalam rahmatNya.
minta jauh dari neraka dan masuk ke syurga tertinggi. amin

kepada yang telah menganiaya.. ya, bukan salah kau. aku yang bersalah.

semua ni berlaku dengan izinNya. beerti kau cuma alat untuk Dia ingatkan aku. cuma jgn lupa pesan nabi muhammad s.a.w.... "takutlah kamu pada doa org yg teraniaya"
Aku yakin kau faham.

segala yang bukan dalam bidang kuasa aku, aku serah... aku serah...


                               There's always gonna be another mountain
                          I'm always gonna wanna make it move
                                   Always gonna be an uphill battle
                          Sometimes I'm gonna have to lose
                               Ain't about how fast I get there
                        Ain't about what's waiting on the other side
                                           It's the climb

to readers : be a good readers not a super stalker. peace~ ;)

Monday, 4 November 2013

it's just a beginning :)

bismillah~

semuanya baru bermula.
life sebagai seorang plajar U. memang busy.

tambah pulak aku ni takde transport sendiri. bas atau jalan kaki.
lagi laa kena pandai gunakan waktu. banyak gak habis waktu menunggu~
~aku tetap menunggu bas~~(bunyi cam lagu nomad tu :D )

kat sini, kalau nak stay kolej, kena aktif dengan projek. kumpul merit.
itu la yang aku tengah buat sekarang. meng'aktif'kan diri..
yela, kalau tak dapat kolej aku nak stay mana??
bole je nak ulang alik s.alam -> um
bukan jauh sangat pon.. tapi risiko tinggi. bole jd sebab jem tak sempat attend class.. dan banyak la risiko lain.

balik pada citer aku nak kumpul merit tadi.
banyak faedahnya sebenarnya kalau aktif dengan projek.. bukan sekadar nak merit dan stay kolej..
kat situ aku bole BELAJAR.

belajar secara tak langsung.
pembelajaran ni takde dalam mana2 kelas. even dalam apa2 kursus kepimpinan sekalipun.TAKDE.
semuanya praktikal. teorinya kena cari sendiri.. melalui pengalaman2 lepas.. atau ape2 tindakan ''meredah'' ''memerhati' ''meng'eksperimentasi''kan keadaan. (huh.paham tak ni)
makna nya, TAKDE TEORI la... hehe.. kena pandai2 la sendiri. nak tanya orang ke.. nak try and error ke..
hehe

belajar BERORGANISASI
bila kita ada dalam sesuatu organisasi, baru kita tahu macam mana nak buat sesuatu projek.
kat sini otak kita akan aktif berfikir, plan..dan bertindak!
babah cakap, kalau tak nak cepat nyanyuk, otak kena aktif berfikir. hati kena terisi dengan ilmu.
kalau kita tak aktif, relax~je. nanti jadi lembab. :/

pastu kita boleh belajar macam mana nak communicate dengan orang yang kita tak kenal langsung.
haa.. yang ni memang aku sedang belajar macam mana nak face and adapt benda ni. belum pernah lagi aku bekerjasana, dengan orang yang aku tak kenal. yela, sebelum ni kat nilam puri, dalam komuniti yang kecil.. mase kat skolah pun, bila pegang apa2 organisasi sume muka yang sama je..
sekarang ni lain..
try to be profesional (eceeewah! haha)

The most important is.... kita akan lebih alert dengan masa.
haamekkaw! baru kau tahu~
bila da busy baru rasa mahalnya masa...
akan rase cepat je berlalu. itu nak buat ini nak buat. akan rase tak sempat.
cuma sekarang ni, aku betul-betul tengah usaha menyesuaikan diri untuk
~bahagi masa... seadil-adilnya~ sungguh..ku merasa resah~~
ha, dah klua da lagu tuuu..

kena bahagi masa untuk
tanggungjawab sebagai hamba allah : solat wajib kena tertibkan, solat sunnah kena biasakan, usrah seminggu sekali or dua kali usahakan jangan ponteng...

tanggungjawab sebagai pelajar : attendance klas kena full, assignment submit mesti before time atau ontime

tanggungjawab sebagai anak : kena balik melawat mama dan tolong apa yang patut kat rumah tu..

tanggungjawab sebagai ketua(apa-apa organisasi) : update semua ahli.. macam mana dengan progress..kena pandai jaga cara bermuamalah dengan orang atas dan orang bawah.

haa,,, banyakkan yang KENA, KENA dan KENA :)
itu yang basic je tulis tu. belum lagi yang sampingan sampingan.
jelas disitu, hidup kita ni hamba.. jadi hamba kena bekerja la.
laksanakan lillhi ta'ala.
setting : niatkan semuanya ibadah kerana allah.. baru la berbuah pahala kesibukan kita tu. dan tidaklah ia hanya kesibukan yang sia-sia...

sebagaimana firman Allah
"dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah "
(QS. adz-dzariyat : 56)

semoga lancar dan barokah semua urusanku hari ni dan seterusnya~~
moga dikira ibadah dan peroleh redha Allah.amin ya robb.

# ok, ni kira balas dendam nih. lama tak menulis kan..huhu
luahan ni kalau ''berisi' boleh la diambil pengajaran @ pelajaran.
kalau takde, abaikan.
hehe

done! assalamualaikum. :)

    >> HIDUP HAMBA BEKERJA (beribadah)  KERANA TUHANNYA<<





Monday, 21 October 2013

my heart thought

bismillah~

ada masanya, kita suka berteman.
ada masanya kita suka bersendiri
ada masanya kita suka berjalan
ada masanya kita suka.......apa yang kita sukalah! huuu

semuanya aku pernah rasa. dan sekarang ni, aku bukan suka bersendiri, TAPI aku PERLU bersendiri.
dengan timbunan kerja-kerja yang beratur ''cantik'' minta aku siapkan..
dengan harapan yang tinggi terhadap aku oleh orang yang aku sayang.
aku perlu waktu BERSENDIRI tu. sekejap.

rasa berat sebenarnya.
kemana-mana membawa nama diri sendiri, nama ayah, nama keluarga, nama islam.
bahu ni berat bawa harapan mak ayah terutamanya.
aku perlu kuatkan semangat, mujaaaahadah untuk capai apa yang mereka harapkan tu.

jujur, aku tak sekuat mana. bergejolak dengan emosi dan situasi.
tapi langkah aku tak terhenti. aku terus dan terussss gagahkan langkahku
lakukan apa yang perlu aku laksanakan, dan terus mencari kekuatan.
ya, kekuatan tu hanya boleh aku peroleh dengan KEMBALI.
kembali pada apa tujuan aku diberi peluang untuk hidup dimuka bumiNya ni.

tajdid(perbaharui) niat asal.
Moga Allah redha dalam langkahku disini, dan dicatat oleh yang kanan...
niatkan semua ibadah. terus buka mata hati mencari bahagia hakiki.
kerana yang dicita-citakan bukan kemenangan dunia.
tetapi kemenangan akhirat MELALUI dunia.

for the sake of my parents, family, 354..
you need to be strong, mira
*terus kuat k, sebab mira kan AMIRAH~ yoshhh!!! ;)

climbing the ladder to success