semuanya baru bermula.
life sebagai seorang plajar U. memang busy.
tambah pulak aku ni takde transport sendiri. bas atau jalan kaki.
lagi laa kena pandai gunakan waktu. banyak gak habis waktu menunggu~
~aku tetap menunggu bas~~(bunyi cam lagu nomad tu :D )
kat sini, kalau nak stay kolej, kena aktif dengan projek. kumpul merit.
itu la yang aku tengah buat sekarang. meng'aktif'kan diri..
yela, kalau tak dapat kolej aku nak stay mana??
bole je nak ulang alik s.alam -> um
bukan jauh sangat pon.. tapi risiko tinggi. bole jd sebab jem tak sempat attend class.. dan banyak la risiko lain.
balik pada citer aku nak kumpul merit tadi.
banyak faedahnya sebenarnya kalau aktif dengan projek.. bukan sekadar nak merit dan stay kolej..
kat situ aku bole BELAJAR.
belajar secara tak langsung.
pembelajaran ni takde dalam mana2 kelas. even dalam apa2 kursus kepimpinan sekalipun.TAKDE.
semuanya praktikal. teorinya kena cari sendiri.. melalui pengalaman2 lepas.. atau ape2 tindakan ''meredah'' ''memerhati' ''meng'eksperimentasi''kan keadaan. (huh.paham tak ni)
makna nya, TAKDE TEORI la... hehe.. kena pandai2 la sendiri. nak tanya orang ke.. nak try and error ke..
hehe
belajar BERORGANISASI
bila kita ada dalam sesuatu organisasi, baru kita tahu macam mana nak buat sesuatu projek.
kat sini otak kita akan aktif berfikir, plan..dan bertindak!
babah cakap, kalau tak nak cepat nyanyuk, otak kena aktif berfikir. hati kena terisi dengan ilmu.
kalau kita tak aktif, relax~je. nanti jadi lembab. :/
pastu kita boleh belajar macam mana nak communicate dengan orang yang kita tak kenal langsung.
haa.. yang ni memang aku sedang belajar macam mana nak face and adapt benda ni. belum pernah lagi aku bekerjasana, dengan orang yang aku tak kenal. yela, sebelum ni kat nilam puri, dalam komuniti yang kecil.. mase kat skolah pun, bila pegang apa2 organisasi sume muka yang sama je..
sekarang ni lain..
try to be profesional (eceeewah! haha)
The most important is.... kita akan lebih alert dengan masa.
haamekkaw! baru kau tahu~
bila da busy baru rasa mahalnya masa...
akan rase cepat je berlalu. itu nak buat ini nak buat. akan rase tak sempat.
cuma sekarang ni, aku betul-betul tengah usaha menyesuaikan diri untuk
~bahagi masa... seadil-adilnya~ sungguh..ku merasa resah~~
ha, dah klua da lagu tuuu..
kena bahagi masa untuk
tanggungjawab sebagai hamba allah : solat wajib kena tertibkan, solat sunnah kena biasakan, usrah seminggu sekali or dua kali usahakan jangan ponteng...
tanggungjawab sebagai pelajar : attendance klas kena full, assignment submit mesti before time atau ontime
tanggungjawab sebagai anak : kena balik melawat mama dan tolong apa yang patut kat rumah tu..
tanggungjawab sebagai ketua(apa-apa organisasi) : update semua ahli.. macam mana dengan progress..kena pandai jaga cara bermuamalah dengan orang atas dan orang bawah.
haa,,, banyakkan yang KENA, KENA dan KENA :)
itu yang basic je tulis tu. belum lagi yang sampingan sampingan.
jelas disitu, hidup kita ni hamba.. jadi hamba kena bekerja la.
laksanakan lillhi ta'ala.
setting : niatkan semuanya ibadah kerana allah.. baru la berbuah pahala kesibukan kita tu. dan tidaklah ia hanya kesibukan yang sia-sia...sebagaimana firman Allah
"dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah "
(QS. adz-dzariyat : 56)
moga dikira ibadah dan peroleh redha Allah.amin ya robb.
# ok, ni kira balas dendam nih. lama tak menulis kan..huhu
luahan ni kalau ''berisi' boleh la diambil pengajaran @ pelajaran.
kalau takde, abaikan.
hehe
done! assalamualaikum. :)
>> HIDUP HAMBA BEKERJA (beribadah) KERANA TUHANNYA<<
No comments:
Post a Comment