Monday, 31 December 2012

P>E>R>U>B>A>H>A>N

bismillah!
Bilik Kuliah 6, duduk barisan kedua, tepi tingkap
Toturial yang ke-3 untuk hari ni
sebelum memulakan kelas Modul Pembangunan Sahsiah a.k.a usrah bersama mentor
...............................................................................................................................

''buat apa kita buat 'usrah' kalau takde perubahan?'' soalan sinis daripada al fadhil ustaz.. 

aku faham, soalan itu bukanlah sia-sia dan bukan sekadar bersahaja, tetapi penuh makna yang tersirat. 
yup, cukup dengan soalan ini, sudah membuat aku tersentak. lantas berfikir...
benar cara itu,
adakalanya, kita perlu ditegur secara sinis,
kerana....bila terus ditegur lembut, kita leka..
maka dengan itu, sesuatu masej atau peringatan itu tak sampai ,
tetapi hanya akan berlalu pergi begitu saja

Ternyata cara ini terus menyelinap masuk dalam hati untuk aku hayati, 
dan menular di benak fikiran, untuk aku mencari solusi

berbalik pada soalan itu tadi, 
kenapa ustaz bertanya sebegini? tentu ada sebab
tak perlu untuk aku lihat orang lain kemudian menuding jari,
tak layak juga untuk aku menilai orang lain berkenaan soalan ustaz ini,
tapi cukuplah dengan mencermin sikap sendiri.
Sebab, orang lain kita tak pasti, tapi kalau diri sendiri, kita yang memahami.

~sebab belum tasmi' hadis~

mungkin jika kita ambil mudah, itu bukan satu kesalahan besar.
tetapi, dari situlah terbitnya persoalan ustaz tadi
terus mencerminkan peribadi..
astaghfirullahalazim~ :'(
.
''minggu ini sudah minggu ke-7 kuliah''
''adakah sama semester ini dengan semester lepas? takde perubahan?''persoalan ustaz bertalu-talu..

aku hanya diam, hanya memandang ustaz, dan membiarkan beliau meneruskan bicaranya
lalu ustaz menyebut pepatah

"kalau hari ini LEBIH BAIK dari semalam, beruntunglah dia
kalau hari ini SAMA dengan semalam, rugilah dia
kalau hari ini LEBIH TERUK dari semalam, celakalah dia"
 ''.Nilailah diri anda dimana''

hmm.. ya, silap sendiri.
berbaur rasa menyesal, tersentap, tersentak....
 alhamdulillah, allah menjadikan ustaz sebagai perantara untuk memberi teguran pada aku.
maknanya, aku masih diberi peluang untuk melakukan perubahan,
membetulkan kesilapan, sebelum tamat tempoh yang ditetapkan.
aku perlu perancangan dan perlaksanaan
jadi aku ada satu formula

::TARGET + DISIPLIN = HASIL::
target : sehari ni nak hafal berape?
disiplin : capai target yg tlh dtetapkan
hasil : dapat tasmi' dalam tempoh yang diberi

betul kata ustaz.
aku perlu pada anjakan paradigma
perubahan pada diri sendiri
kerana... kata ustaz, ''Jika nak mengubah dunia, kita perlu mengubah diri''
dan perubahan itu, akan ku mulakan dari hati, seterusnya menggagahkan langkah kaki,
 kemudian akan aku aplikasi pada perbuatanku sehari-hari
insya'allah

kebetulan pula dengan masa sekarang. esok 1-januari-2013
tahun baru masihi.
yosh! perubahan itu harus dimulakan mulai dari saat ini ^^

insya'allah, teruskan berdoa,
tingkatkan usaha,
mujahadah semaksimumnya
jom hafal hadis! (^^)V

nak share doa :

اللهم آلهمني رشدي وآعذني من شر نفسي

(allahumma alhimni rushdi wa a'izni min sharri nafsi)
allah... guide me straight and save me from nafs
ya allah, berilah aku ilham yang benar dan peliharalah aku dari kejahatan aku sendiri
(h.r. bukhari)

amin~~ :')

Friday, 28 December 2012

''Yu Em En Pi'' aku datang!!

bismillah!

12.00a.m. 22 disember 2012 --> 8.00a.m 28 disember 2012

Itu lah tempoh aku berada di teratakku yang indah dan permai, iaitu
berdekatan dengan padang serta jalan utama untuk orang yang nak masuk taman perumahan..

Memang banyak yang aku dapat sepanjang cuti yang agak singkat ni. Ada ilmu baru, pengalaman baru dan kenalan baru ^^

hari tu 2 hari, aku join program,[Kem Bestari Solat] ade lah tolong2 sket jd fassi..
w/p aku join program as a fassilitator, aku pun turut belajar sama, takde bezanye dengan peserta.

nak share sket nih, mase seorang ustaz ni mengajar, dia ada ajukan satu soalan
 :: apakah fungsi niat? ::
semua peserta tak jawab dalam erti kata lain, tak tahu lah tu.
then, ustaz pun tanya lah kat kami fassi2.. err,, aku pun teragak2,, ape ye.. hmm... hmm..
aku bagi jawapan,., tapi SALAH!

err.. mase tu ada gak lah sket rase malu, tapi lek arr.. aku pun still blaja kan? hehe.. cover2.. :')
nak tahu tak jwpn nye ape? jawapannye...

:: fungsi niat ada 2 : 1. Untuk membezakan sama ada ibadah ataupun kebiasaan.
                             2. Untuk membezakan satu ibadah dengan ibadah yang lain.

oooooo.. melopong panjang lah aku.. soalan tu cam senang je.. bile bagi jwpn,, pon senang.. hehe
camne lahhh aku boleh tak dapat jawab. :(
macam familiar je soalan ni.. tapi aku tak pasti, mungkin pernah disebut dalam kuliah2 mahupun toturial atau mamang tak,, ke,, cuma aku yang kurang memberi perhatian.. hmm, kurang pasti.
tapi tak kesah la, sebab kali ni aku pegang kuat2 ilmu ni tak nak lepas lagi...

itu ilmu baru yang aku dapat, manakala pengajaran drpd pengalaman yang aku peroleh...

:: sifat rendah hati perlu ada dalam diri seorang pelajar yang ingin belajar ::

sebab.. belajar tinggi mana pun, kena ingat, masih banyak lagi ilmu yang kita belum tahu, jangan sombong!
kita kena ikut resmi padi, makin berisi makin menunduk (^^,)V

ada sesuatu yang aku kagum pada ustaz,, bila beliau diajukan soalan tentang hukum...
ade soalan yang beliau tak dapat jawab, beliau mengaku je,,
dan,, beliau pesan,
 :: jangan malu untuk kata 'tak tahu' dalam menjawab soal hukum. sebab, soal hukum perlu ade nas ( dalil daripada Al-Quran dan Hadis ) ::
(mase ni teringat jugak kat Dr Muhiden (mentor kelas aku), beliau pun macam tu, tak sombong.. ^^ )

itu je serba sedikit yang aku dapat share..
haa.. nampak x? kalau kite betul2 menghayati dan meneliti sesuatu situasi dengan sepenuh hati,,, banyak pengajaran dan ilmu yang kita boleh dapat. maka beruntunglah bagi orang-orang yang berfikir =) huhu

sekejap je mase berlalu, dah seminggu dah...

esok dah nak bertolak balik ke ''Yu Em En Pi''
bersusun, beratur, bertindan, bertimbun ....semua ber ber ber.....
kerja2 yang menanti disana...
so, aku sangat memerlukan semangat yang kental untuk melalui hari-hariku yang mendatang.
sumber semangat aku adalah mama dan babah, disokong kuat jua oleh adik-beradikku yang 9 itu..

dari S.Alam aku bawa ke Nilam Puri se'bagasi' harapan mereka..
kata-kata semangat yang aku bawa balik ke sana memang banyak, tapi yang paling berat dalam 'bagasi harapan' tu adalah
.
:: yah habiskan belajar sampai PHD yea  :')  ::

insya'allah... amin~ yup, itulah yang aku turut harapkan..
kata-kata yang pendek tetapi memberi  impak yang kuat lagi padat!
cakap pada diri sendiri ...
'' Kata nak belajar sampai PHD..takkan benda2 simple yang blajar kat asasi pun aku tak boleh nak cover kot...huu.. insya'allah boleh, cam biase - DOA-USAHA-TAWAKAL- never give up, keep trying, do the best. itu yang slalu aku pegang dari dulu sampai sekarang.

dan cita-cita itu....
bukan hanya untuk aku.. tapi untuk DIA( Allah )...  untuk MEREKA (family)...
untuk SEMUA.. untuk ISLAM!
sebab,, dalam apa-apa pun yang kita lakukan,, perlu ada ilmu
untuk menyampaikan dakwah pula perlu ada tauliah
jadi kerana itulah aku kena kuat dan terus kuat.y0sh!
dengan lafaz bismillah~
...................................
''Yu Em En Pi'' aku datang!! \(ツ)/
(Universiti Malaya Nilam Puri)

Wednesday, 26 December 2012

perlu hadapi realiti meniti hari~

bismillah!

:: makin meningkat usia, makin besar tanggungjawab ::

itulah HIPOTESIS setelah membuat PEMERHATIAN 
tentang kehidupan aku dalam tempoh yang terdekat ni

makin banyak monolog dalaman, bila aku menerima amanah2..tugas2.. arahan2.. 
dari pihak2 tertentu disekeliling aku

apa yang di'monolog'kan?

'' hmm.. itu lagi ini lagi.. nanti nak hantar tu plak, nak pegi situ lagi.. sempat ke ni? ''
''kerja aku pun tak selesai lagi, nak uruskan kerja orang plak''
................................

yup. Ia sesuatu yang baru aku temui dalam hidup aku
sebab kalau dulu, cukup dengan aku lakukan kerja aku sendiri, 
sudah tak menjadi masalah
cukup dengan aku berdiam diri,
maka tiada beban yang menambah

tapi kini, aku dah tak boleh lari lagi
semakin aku lari, semakin banyak yang kembali
dan ia berterusan..., bertambah.... bertimpa-timpa....
hinggalah aku sendiri yang selesaikannaya..
satu,,per satu..
aku tetap perlu lalui, dan laksanakan semuanya seikhlas hati

walaupun mungkin aku tak mampu laksanakannya dengan SEMPURNA,
aku akan terus mencuba dan usaha
untuk lakukan yang terbaik semampunya

 mira, kau perlu membiasakan diri dengan realiti
belajar memikul semua tanggungjawab yang diberi
jangan sekali-kali takut dan lari
ingat Allah, ada disisi

dan peringatan untukmu
pasangkan niat yang satu... iaitu..
hanya ingin menggapai redha ilahi
yakin pada diri dan ingat kalam ini

''Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya''
(Al-Baqarah :286)






Thursday, 20 December 2012

teruskan,, jangan pandang belakang. yosh!

bismillah!

~hujan renyai-renyai...malam yang sejukk~ 
aku jalan sorang-sorang dari seberang kedai, balik ke A.M.K (al -malik khalid.. blok asrama aku)
aku baru je lepas hantar kawan2 aku g naik bas nak balik selangor .. 
tengah jalan sorang-sorang hati aku terdetik sesuatu
terimbau balik SEMUA moment sepanjang aku kat APIUMNP ni
pahit manis payau masam masin
semua~ cukup rasa! perghh..

satu per satu kenangan terimbau dibenak fikiran aku
tentang aku,, tentang dia,, tentang mereka.. tentang semua
kenapa baru sedar sekarang?
maybe sebab ni 'sem' last aku kat sini kot

aku tak tau la nape tapi sejak 2 menjak ni aku touching.. sgt bile ingat balik sume moment yang berkaitan dengan member2 aku kat APIUMNP ni..
serius.. dulu punyelah nak cepat masuk UMKL.. kali ni lain pulak.. 

tapi..
aku tak nak terus rase macam ni,, yang dah lepas tu, dah jadi kenangan yg terindah
dan tak ada apa-apa yang boleh aku ubah
cuma yang akan datang ni...
kena hargai betul-betul, 
terus lakarkan sesuatu yang lebih indah dari itu ^^


 :: kita selalu BARU nak hargai, sesuatu yang BUKAN milik kita lagi :: 
   (err,, rase tertampar hati ini)

adakah aku dalam kalangan yang tak bersyukur?? baru nak hargai benda yang bukan milik aku lagi?
                  yang dah lepas baru terkenang-kenang, yang ada kat depan tak nak pandang
                                                                    hmmm... mungkin,


S.Y.U.K.U.R
setiap apa yang kita lalui di hari-hari kita, bukanlah sesuatu yang sia-sia
kalau kita benar-benar bersyukur..
kita takkan biarkan hari-hari kita berlalu dengan hati yg merungut.. benci..
dan rase2 yang suka salahkan persekitaran dan keadaan
sedangkan diri sendiri tu yang kena berubah

sebenarnye lah kan, kalau perasan,
yang membuatkan kita rase sedih, kesal, terkilan 
bila ingat semua kenangan tu ... akibat kita tak bersyukur lah!
tak bersyukur dengan apa yang ada didepan mata,
tak lalui semuanya sepenuh hati
sedangkan semua itu adalah nikmat

look forward and say ALHAMDULILLAH!
alhamdulillah,,, dapat kawan2 yang baik
alhamdulillah... dapat belajar kat sini
alhamdulillah,,dapat tarbiyah islami
<3 apium nilam puri

khulasoh # ingat! setiap perkara yang ALLAH rencanakan itu.. itulah yang TERBAIK dan TERINDAH. Hargai dan lalui semuanya dengan IMAN tanpa rasa LELAH

(^_^)







aku rindu seperti dulu :'(

bismillah!
 HATI .. susah nye nak jaga hati.
 kadang rase senang kadang rase resah,
 muhasabah balik,
sume terpulang pada diri sendiri.
 Buruk dan baik itu kan, ketentuan Allah,.
   tapi kita juga yang memilihnya.
konsepnya tak pernah berubah dan tetap sama iaitu :
 ::  amalan baik = syurga  ll  amalan buruk = neraka  ::

Camne rasa sedih,resah, gelisah, gundah gulana sekalipun..
kita ada satu je cara, iaitu
KEMBALI pada DIA ( ALLAH)

               aku...ada..
       kerna ENGKAU ada.
 dan cinta hatiku hanyalah untukMU..
      jalanku... menuju padaMU..
    kemana pun kan pasti kembali

Ya Allah.. serius aku rindu seperti dulu.. mase kat skolah dulu..
setiap pagi awal je bangun,solat berjemaah kat surau...
b4 subuh, awal2 lagi dah jalan kaki ke surau..sejukk~
 pastu ngaji sampai 6.30pg,, tenang nyee..

sekarang ni bila berada kat tempat baru,
aku buntu. susahnya nak seperti dulu...
aku cuba bangkit,, jatuh lagi,,,bangkit...jatuh lagi...
aku tak kuat sendiri...
bila aku terkenang aku menangis sendiri...
dalam menangis pun,, aku cuba lagi,, aku tetap cuba bangkit..
kejar balik diri aku yang dulu, bahkan ingin lebih baik dari itu..

sampai sekarang aku masih belum jumpa ketenangan seperti dulu
memang aku rindu... rindu yang sangat...
seperti dulu... dekat denganMU... :'(

ya rabb, ighfirly..ighfirly...






Friday, 14 December 2012

asal cuti je K.B.. (n.n)

assalamualaikum!
hari ni jumaat.. kitorang kat 'apiumnp' ni cuti. Maka berbondong-bondonglah yang akan keluar ke 'New Castle' ( Kota Bharu ). termasuklah Bff sy yg 2 orang tu.. tp sy tak ikut.. sob3 :'(
sebab... sebab.. err.. sebab biasiswa tak masuk lagi ! hee..
tak bestlah keluar takde duit kan.
nanti mesti nak makan lah, nak beli aiskrim lah.. pastu lalu kat gerai kopok lekor.. haaa.. dah mula dah, kopok pulak... hee .. kantoi sudaa~

orang kata.. 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'
haa,, saya kata... keluar sikit-sikit, bila balik, tengok dompet hati sakit :P

So, kat sini sy nak kongsikan tips2 untuk keluar ke KB dengan bijak ^^

  1. Keluar jalan-jalan, perlu ada tujuan.... this is the most important! kalau ikutkan hati, memanglah.. nak je ikut, jalan-jalan ngan member2.. pastu shopping! tapi, tak boleh camtu. kena ada tujuan. cthnya, sebab nak beli barang ke.. nak dengar kuliah tok guru ke.. tak kesah lah, yang pasti kena ada tujuan. jangan nak ikut 'saje saje je'.. sebab, 'saje saje je' tu lah punca kite tak perasan duit sikit-sikit keluar lama2 habis..huu
  2. Plan betul-betul nak pegi mane dan berape lame.. kitorang kat sini kalau g KB biasa nya naik kete sewa. so kenalah plan betul2.. yela, mase itu duit. sejam dah 5 ringgit.. kalau kite tak plan, nanti tanpa disedari bil jalaaaannnnn je! plan camni : list nak g mane. cth : nak g 2 tempat. Jaafar Rawas (Kedai jual buku yang popular di klgn student2 pengajian islam) pastu nak g Parkson.. agak2 lah berape jam je mase yang akan diambil. kalau dah plan camni, secara automatiknya, kite akan jimat mase. jangan dah sampai barulah ''nak g mane ek... '' =,=' .tu nama nya buang masa dan buang duit
  3. Wat checklist nak beli apa. ni standard la nih.. sape2 pun akn ckp mende yang same. rasenye semua org tau tapi tak semua praktik kan. alaisa kazalik? checklist ni pnting gak senanye,, sebab, kadang -kadang bila kite dah g kedai, mula lah rambang mata. nak itu nak ini,lagi-lagi bila ade SALE (@_@) sedangkan tujuan sebenar bukan nak beli mende2 tu pun. dan kebiasaan nye, mende2 yang kite tak rancang nak beli tu, ia adalah KEHENDAK bukan KEPERLUAN. 
itu je la tips yg sy dpt kongsikan. sume ni berdasarkan pengalaman2 sy yg lalu.. huu.. mase Sem. 1 dulu.. bila orang ajak keluar, 'on~ jer'. pastu balik kolej, barang bukan nye ade sgt pon, tapi duit habis! Kite belajar dari pengalaman kan. :) pada kwn2.. ni lah yang slalu  menyebabkan saya selalu dalam dilema n fikir panjang kalau nak ikut korang g KB ..hee



Thursday, 13 December 2012

belum ke.. memang tak?

bismillah!
assalamualaikum.. this is my 1st entry! err.. siyes kekok. tak biasa tulis panjang2.. selalu cakap tak henti tu ade lah. hehe. Ade member ckp.. ''sian miera, orang dah lama dah wat blog, dia baru nak start'' hehe (dia gurau je ^^ ).. sy tau tuh.. tp NAK JUGAK. bia lah.. =P 
 ~it's never to be late for keep trying~ alaisa kazalik?

Korang pernah tak rase macam ni : nak berubah jadi lebih baik,. tp aku memang macam ni. nak wat camne lagi? ok lah ni.. dalam mase yang sama, bila tengok orang yang lebih baik disekeliling kita.. err.. baik nye dia.. aku tak macam tu pun... siyes rendah diri sangat. rase macam nak jadi halimunan je.. x nak orang nampak. nak nyorok! nak nyorok! >< .. 

( sampai bila nak nyorok? nak jadi halimunan. hadap jelah sume tu, huu)
apa punca sebena eh?

hmm.. bila difikirkan balik. ini lah namanya iman masih bernadi.. jadi mesti lakukan 'perubahan'.   perubahan to be better ..  ahsan min qabl ! :)
jangan diikutkan rase ~segan lah.. macam hipokrit je kalau wat camtu.. nanti orang cakap macam2 camne??~
ignore it!. as long as kite tahu ape yang kite nak buat. dan yang paling penting DIA Maha Mengetahui.

Nak kate terus jadi perfect tu memang tak lah kan.. yang penting kita sentiase usaha nak jadi lebih baik.. teruskan usaha!

'' sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah apa-apa yang pada diri mereka''  ~ Surah Ar-Rad : ayat 11

makna nye... kita sendiri lah yang kena mulakan langkah tu.. maka nanti Allah pasti bantu ^^
(insya'allah.. ingat! jangan ptutus asa dengan rahmat Allah )

cuma satu je persoalannya...
LAMMA am LA? (belum atau tak ? )
adakah kita 'belum' memulakan langkah perubahan itu.. ataupun kita 'memang tak' usaha untuk memulakannya. persoalan tu sy tinggalkan untuk semua, supaya kita fikir dan muhasabsh..

jazakumullahu khoira... thanks for reading my blog!! :') assalamualaikum!