Wednesday, 26 December 2012

perlu hadapi realiti meniti hari~

bismillah!

:: makin meningkat usia, makin besar tanggungjawab ::

itulah HIPOTESIS setelah membuat PEMERHATIAN 
tentang kehidupan aku dalam tempoh yang terdekat ni

makin banyak monolog dalaman, bila aku menerima amanah2..tugas2.. arahan2.. 
dari pihak2 tertentu disekeliling aku

apa yang di'monolog'kan?

'' hmm.. itu lagi ini lagi.. nanti nak hantar tu plak, nak pegi situ lagi.. sempat ke ni? ''
''kerja aku pun tak selesai lagi, nak uruskan kerja orang plak''
................................

yup. Ia sesuatu yang baru aku temui dalam hidup aku
sebab kalau dulu, cukup dengan aku lakukan kerja aku sendiri, 
sudah tak menjadi masalah
cukup dengan aku berdiam diri,
maka tiada beban yang menambah

tapi kini, aku dah tak boleh lari lagi
semakin aku lari, semakin banyak yang kembali
dan ia berterusan..., bertambah.... bertimpa-timpa....
hinggalah aku sendiri yang selesaikannaya..
satu,,per satu..
aku tetap perlu lalui, dan laksanakan semuanya seikhlas hati

walaupun mungkin aku tak mampu laksanakannya dengan SEMPURNA,
aku akan terus mencuba dan usaha
untuk lakukan yang terbaik semampunya

 mira, kau perlu membiasakan diri dengan realiti
belajar memikul semua tanggungjawab yang diberi
jangan sekali-kali takut dan lari
ingat Allah, ada disisi

dan peringatan untukmu
pasangkan niat yang satu... iaitu..
hanya ingin menggapai redha ilahi
yakin pada diri dan ingat kalam ini

''Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya''
(Al-Baqarah :286)






3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Saya mnjadi semakin bersemangat sekarang! InsyaAllah, tajdid niat, kerana Allah, semuanya akan menjadi indah. jika kita berusaha utk permudahkan urusan orang lain, insyaAllah Allah permudahkan urusan kita :) sy syg awk! ^^ -huda-

    ReplyDelete
    Replies
    1. syg awk jugak huda! :) tq sudi baca.. ilham tu drpd allah.. semangat yg awk dpt tu pun dr Allah~

      Delete