Saturday, 25 July 2015

Bahagia yang sempurna

Hai Assalamualaikum!

Biasalah asam garam hidup kan, namapun asam garam kan, yang membawa maksud hidup ni ada macam-macam variasi rasa.

Macam sekarang aku ada kat rumah saudara jauh, stay sini seminggu amek upah jaga baby 6 bulan dan yang sorang lain 2 tahun. Apa yang aku rasa?? Membuak-buak rasa sunyi dan rindu kat adik-beradik.

Masa kat rumah, selalu terdetik hati yang aku tak ada masa untuk diri sendiri. Hari-hari aku penuh dengan aktiviti berkhidmat untuk keluarga. Bila free, aku amek kesempatan untuk tidur sebab dah penat.  Nak membaca tak ada mood. Menulis jauh sekali. Hobi tak ada dah. Tukar kepada tidur.

Tapi kan, bila banyak masa free macam sekarang ni, aku baru sedar yang kesibukan aku dengan keluarga tu adalah lebih bermakna dan memuaskan berbanding duduk sendiri, dapat online lama2, berblogging, tengok movie, membaca dll. Dalam beberapa hari ni, aku dah buat semua aktiviti yang aku nak sangat buat untuk kepuasan diri sendiri. Dan bila semuanya aku dah buat. Still rasa kosong.

Kat sini, lepas kakak tu balik kerja dan take over jaga anak-anak dia, aku dah mula bosan. Buat apa pun tak kena. Aku asyik teringat kat adik-adik sampai tersenyum n tersengih sendiri teringat lawak hambar dorang.

Ya Allah...kehidupan sekarang ni cukup sempurna sebenarnya untuk aku. Dalam resah bila bermasalah atau lelah, rupanya terselit anugerah rasa yang membahagiakan. Tak ada gantinya di tempat lain. Aku dah terbiasa dengan Kesibukan dan kepenatan demi keluarga.

Alhamdulillah aku ada kehidupan sekarang. Kebahagiaanku luassss :)

Thursday, 9 July 2015

Moist Cake

1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan minyak kelapa
1/2 tin susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh bicarbonate soda
1 1/4 cawan baking powder + 1 sudu self raising flour // 1 1/4 tin self raising flour
1 sudu esen vanila
3 biji telur

Minyak kelapa, susu cair, susu pekat, gula, koko masak atas dapur

Tunggu sejuk, masukkan tepung, self raising flour dan telur

Kukus selama 1 jam


Tuesday, 7 July 2015

JomMassak!

Hi Assalamualaikum!

Bawang Merah 1/2
Bawang Putih    6
Halia                 sikit je
Serbuk Kari       2 sudu
3 sekawan ( Bunga cengkih, Bunga Lawang, Kayu Manis )
Air Asam Jawa
Daun Kari
Santan
Udang