Friday, 28 June 2013

aku mahu...

bismillah..

keadaan tersepit, mungkin kali ini aku yang perlu memilih dan berfikir yang mana lebih baik.
antara menjaga mama yang sedang sakit ataupun pergi mengaji tafsir AQ (biasanya pondok tu kalau bulan puasa,akan khatamkan ngaji tafsir Al-Quran)

kalau secara rambang dibuat bancian pun, ada yang prefer jaga mama (A).. tak kurang juga dengan yang prefer g ngaji  (B)..

antara dalil yang golongan (A) adalah ''kama Qol'' dalam 1 hadis ttg jihad, apabila rojul bertanya pada rasulullah, kemudian rasulullah perintah pada rojul utk pulang pada orang tuanya, itu jihad bg rojul itu.

dan banyak lagi hadis2 nabi yang perintah pada berbuat baik pada ibu bapa..

pendapat golongan (B) pula kata, di rumah masih ramai adik beradik yang lain boleh bantu. (tapi semua dah ada kerja masing2.. hal yang x dpt dielakkan, aku je yg cuti skrg..)

apa mahu apa???

aku nak ngaji tu.. bukan lama sangat, cuma kurang dr 3 minggu je. then lepas tu, aku masih ada sebulan penuh cuti. mase tu aku betul2 free boleh jaga mama. tambah pula, pasni nak masuk study balik. bukan senang nak dapat masa cuti yang macam ni.

hmm.. tapi itulah.. itu cuma permintaan hati aku.. nama pun permintaan hati, x semestinya perlu tertunai. kalau keadaan tak mengizinkan, aku harus terima. biasalah, tak semua yang kita mahu, kita dapat kan..dan! rasa hati x tentu betul. kalau ikutkan mama pun, dia suka sangat aku g ngaji, sikit pun x dihalang.. cuma itulah, dia perlukan aku sekarang, bukan sengaja..

istikharah adalah usaha terakhir buat aku.. serah pada Yang Maha Tahu
semakin ramai yang tidak lagi beri harapan utk aku,.
tinggal pada Allah je aku belum putus harap, Doa kan boleh mengubah takdir.. aku serah.. pilihkanlah untuk aku..

# sekadar luahkan apa yang aku rasa, tak kata betul tak kata salah.sedih (=,=)'

Tuesday, 25 June 2013

hanya suara hati

bismillah...

kesabaran harus maksima
semuanya kena tenang..

sudah hampir dua bulan, aku dalam pengembaraan mencari kekuatan diri. 
menetapkan identiti dalam realiti.
walaupun kadang-kadang aku rasa terlalu berat hadapi semuanya, tapi aku masih ingat 
pesan seseorang padaku...

mira,
    SABAR.. DOA BANYAK2.. JANGAN MENGELUH

seharian waktuku, untuk adik-adik dan mama.. fikirkan tentang mereka, melayan kerenah mereka.
satu yang aku harapkan, moga setiap detik yang aku luangkan untuk mereka itu, dicatat oleh kanan. ditulis sebagai ibadah, bekalan untuk aku berhadapan dengan Sang Pencipta kelak.

aku perlu mendengar setiap keluhan mereka, tunaikan permintaan mereka.. memberi tunjuk ajar apa yang perlu. ya, memang benar proses mendidik itu berat. perlu kesabaran dan didikan berterusan.

aspek yang paling utama yang aku terapkan pada adik2.. kembali pada fitrah yakni IBADAH..
itulah satu2nya perkara utama yang boleh memberi ketenangan hidup dan mati nanti.

semua keluhan, permintaan dan masalah mereka, aku dengar. aku cuba semampu aku untuk bantu dan menasihati....

kata hati aku? hanya aku lakarkan dalam doa, dan ku nukilkan disini. aku tidak bersendiri dan tak akan pernah menyendiri. DIA sentiasa ada denganku,.
aku takkan menangis!

matlamatku, misiku.. dah jelas terukir dalam-dalam. aku takkan pernah mengalah..


Friday, 21 June 2013

belajar tak berpenghujung

bismillah

al-ilmu thalatun wa ma siwa dzalika fahua fadhlun, ayatun muhkamatun au sunnatun qoimatun, au faridhatun adilatun...

adapun ilmu itu ada 3 (yang wajib dipelajari) dan selain daripada itu adalah baik (lebihan, x belajar pun x berdosa), ayat yang menghukum (Al-Quran), sunnah yang tegak ( As-Sunnah) dan ilmu waris yang adil..


hmmm.... umur dah 20.. 3 ilmu yang wajib ni pun masih belum habis aku pelajari..

bila muhasabah balik, dalam 20 tahun ni, berapa peratus ibadah, berapa peratus lahan???

ya allah, sungguh aku telah zalim pada diriku sendiri.

memang belajar itu tak akan pernah berpenghujung.. min almahdi ila allahdi (dari buai hingga liang lahad)..

sekarang ni perancangan memang banyak, mudah-mudah allah permudahkan..
yang aku harapkan cuma keredhaanNya, rahmatNya, SyurgaNya.. moga barokah~amin..

perancangn itu muadah, tapi sepanjang perlaksanaannya itu yang berliku-liku..
ape pun yang terjadi jangan berhenti berharap, Doa banyak2.. lalui semuanya dengan sabar
 ( bissobri wassolah) doa saja yang boleh merubah Qadar..

masa terus berjalan.. aku juga perlu terus ke depan..

3 kunci kejayaan
- alim, faqih
- akhlaqulkarimah
- berdikari

><