Tuesday, 30 April 2013

hiking + ''river crossing'' di Sungai Chiling

bismillah

ahad lepas, aku join rombongan ngan kawan2 ke Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu.

ni la jambatan bermulanya our hiking. mula pd pukul 12tghari

inilah ''atas'' yang dimaksudkan
                                                                                
plan asal nak mandi air terjun. panjat sampai~~ atas! 
lebih kurang satu jam laa.. baru sampai.

cerita kita bermula...

dalam 10 minit je kitorang menikmati pemandangan kat atas tu..
bila tengok orang kat situ terlalu ramai,
aku, kaklang, abg ipar n adik2 decide nak trun bawah sikit utk mandi..
kitorang bawa sekali dak rombongan kitorang yang kanak2..

dah turun tu, kitorang nak lintas ke seberang..
tetiba air naik dan deras.. adik dah hampir dibawa arus.
selamat ada satu batu. adik sangkut.
then, ade sorang brader gagah turun tolong tarik adik..
lintas situ cepat2.
bila semua dak2 kecik tu da lepas, aku pun nak try la kan.. kot2 boleh lepas ke..
*kebajetan yang melampau. rasa cam konfiden ==,
baru je gerak sket.
errr.
tak lepas! =='
aku pun hampir lemas. kena bawa dek arus tu
 kaklang pun cepat2 tarik tgn. fuh. memang deras xpat ckp da..
jantung ni berdegup deras sederas air tu. eceewah.
tapi siyes. alhamdulillah selamat.

aku, kaklang, abg ipar ngan kak fina duk kat tepi sungai tu.
bila tengok belakang, kawan2 kitorang pon da mula turun jugak. orang2 ramai pun sama.
ramai~ bersusun! dari yang kanak2 5 tahun sampai dewasa.
kurus, panjang, bulat, lebar
semua ada.

''macam mana ni...? ==' ''

dorang citer, tak sampai 5 minit lepas kitorang turun, air da naik.. pastu ade brader panggil keluar dari air suh sume turun.




aku dan kaklang mula rasa takut dan terkilan...

sebab teringat masa naik tadi,
sepanjang perjalanan yang berliku kitorang hiking.. dah bunyi guruh. nak hujan.
petanda dah ada, kitorang dah cakap dari lintasan yang kedua lagi
''kita lepak sini jelah.. xyah naik.. nt nak balik lagi, ni nak hujan ni..''

hmm.. 
suara kitorang x didengari. sume ajak naik. rugilah dah sampai sini tak naik sampai atas..
.............................

kitorang diam. doa dalam hati dan pandang je air deras tu, 
sambil perhatikan adik2 aku ngan dak2 kecik rombongan kitorang yang da selamat kat seberang.

mula ada beberapa brader2 gagah yang turun..
 try tengok keadaan air tu..

kebetulan ade sorang brader tu bawak pisau rambo.
tebang 2 buluh panjang.
utk kitorang berpaut masa nak ''river crossing'' 

 lebih kurang ceni la pisau dia, tapi lagi besar *style kn 

aku, kaklang dan kak fina, perempuan yang awal melintas
sebab masa tu orang ramai cam  teragak2 je .. takut.

eleh, aku pun bukan berani beno, tapi nak tanak kena redah gak kan. huhu

apa perasaan anda semasa melintasi sungai dengan air yang deras itu??

nampak macam seronok dan senang je..
buluh tu tebal. air deras, aku pulak melayang2. 
cepat2 peluk buluh tu. siyes susah berperang ngan air..
ada beberapa orang yang pegang buluh tu tolong.

total semua ada 6 lintasan 
yang paling mencabar yang pertama ngan yang ketiga.

3 JAM BERLALU...

pukul 4 ptg baru selamat turun semua kat bawah, kawasan lapang..
alhamdulillah takde yang cedera teruk..
biasa2 je
krem kaki, calar2 tangan, luka2 sket kaki,
yang paling kritikal adalah...
henset aku!!
dia da mati :'( kononnya nak selamatkan dia, keluarkan segala komponen di dalamnya,
nak jemur/keringkan
sim hilang pulak, cicir.
(muka muncung ~,~ )
..........................
sepanjang dalam bas, perjalanan balik, aku diam je..
fikir apa hikmahnya.
dahla penat. bahaya. fon da xde.

apa yang aku dapat?
*pengalaman yang sangat ekstrem.
*merasa berada di hujung nyawa
*mungkin hikmah kitorang naik sampai atas adalah... dapat membantu orang ramai. kawan-kawan kitorang ramai lelaki yang hebat orangnya..huhu.
memandangkan orang ramai itu mostly perempuan, kanak2 dan abang2/pakcik yang berfamily.
untung2lah kawan2 kami ramai (^^)V

# tah paham tah tidak cter aku ni kan? hehe.. tak reti nak cerita melalui tulisan untuk describe macam mana keadaan yang sebenar. pengalaman yang terlalu ekstrem pernah aku lalui. tu yang tulis kat sini..huu.. 1st time hiking la katakan... :)

Monday, 22 April 2013

silap sendiri. #depress ==

bismillah...

kaciwa ~ :'(
bila bace tarikh permohonan biasiswa itu dah tutup!
mula cam da happy da sebab satu persatu syarat kelayakan tu kira lepas la..

sampai kat tarikh tutupnye.. err... krik3
tula..
TARIKH itu EMAS~

actually bukanlah kecewa sebab takde peluang untuk dpt biasiswa tu..
tapi kecewa ngan sikap sendiri

patutnya kena la alert ngan benda2 semasa ceni.
bukan macam sekolah2 dulu.. tunggu pengumuman cikgu..
sekarang ni semua kena rajin explore sendiri.

pengajaran2!
inilah yang dinamakan ''belajar daripada pengalaman..''

mungkin kadang-kadang terlupa yang kini dah mula meningkat dewasa.
kena bertanggungjawab atas setiap perbuatan, sikap dan segala keputusan yang dibuat.
tak boleh lagi macam dulu,. (u,u)

...........

sejak dua menjak ni dah mula rasa betul2
''apa itu tanggungjawab''
pada diri sendiri
pada ibu bapa
pada adik2
pada masyarakat

macam mana kalau tangungjawab pada diri sendiri pun tak lepas...??
hmm.. ( i'm seriously depressed )

rasa cam tak mampu..
tapi sekarang itulah realiti yang perlu ditempuh

jangan risau.. ALLAH kan ada..


DIA DEKAT



"Sesungguhnya AKU lebih dekat dari urat lehermu" (QS Qaaf 50:16)

kena kuat semangat. yang lepas jadi pengajaran untuk masa akan datang 

Sunday, 21 April 2013

buat watermark sendiri... *tingg! mata bersinar2

bismillah~

suka betul tengok hasil karya orang lain..
sorang..sorang... saya jumpa orang hebat. (jumpe blog/artikel n vlog diorang jee.. )
subscribe dan subscribe..

bila perhatikan.. semua yang diorang hasilkan, ada ''watermark'' sendiri..
tercetuslah idea n keinginan utk wat watermark sendiri..
memandangkan minat saya ni lebih kurang camtu jugak..
terhasillah ini...
           taraa~!!! :D
ok x? it's my name.. :) Siti Amirah~

kenapa letak nama tu?

sebab.. ni la nama dalam kad pengenalan saya.. dah itu nama saya, letak tu jelah..

mungkin ramai yang suke menambah2kan ejaan nama dalam watermark mereka, 
macam..
 ''ameeeera'' ''deera''( bape banyak e daa) padahal bukan macam tu pun ejaan sebenarnya..

tapi, saya tak. (==,)..muke poyo..

sebab~~~ memang mula2 memang eja centu pun, haha
pastu tunjuk kat mama.. kena komplain..
tak lulus di mata dia
yela, dia da kasi nama elok2 nak tuka2 plak..
so, letak la nama betul :)

kombinasi warna tu plak, 
takde penerangan.sebab~
ikut gerak hati je.. dah berkenan yang tu.. so, pilih lah warna tu..simple. 
hee..

asal nye la kan.. nak wat khat kufi.. tapi x reti :( 
guna tulisan biase ni je yang saya mampu.. 
huu

 jap..

watermark tu ape??

WATERMARK adalah satu penanda kekal yang berada di atas hasil kerja kita

macam.. hasil fotografi atau gambar2 yg kite edit sendiri... itulah hasil kerja namanya..

perlu ke ade watermark ni?

yup. mestilah perlu..
sekarang ni, senang2 je orang boleh ambil hasil kerja kita..
macam2 cara.. and it's real!
benda ni pernah berlaku pada sorang kawan saya.

prevent is better than cure..taknak terjadi!
jangan main-main.. benda yang kita anggap remeh ni kadang2 bole buat gaduh tau.

ye arr..
hasil kerja kita.. membanting tulang bersekang mata nak menyiapkannya,
 (ehh, cam over lak)
sesenanggg je nanti orang claim, kata itu hasil kerja dia..

haishh.. mane aci..
itulah gunanya ade watermark ni :)

okay, pasni kalau saya ade share gamba ke.. vedio ke..
kalau takde watermark saya,
that's mean, it's not mine.. hehe..

# walaupun sekarang ni bukannya ada byk hasil kerja pun,
saya saje je wat awal2.. impian tu ada..
takde benda yang mustahil kalau nak berjaya.
try luu..
mungkin dalam bidang yang saya anggap minat dan sambiilan ni, boleh jadi sebuah kerjaya satu hari nanti..
kita mana nak tau masa depan kan..

beberapa perkara yang penting dan perlu dititikberatkan,
kalau kita ni jenis yang suka berkarya atau menghasilkan sesuatu seni
- ikhlas dan jadi diri sendiri (inspirasi boleh, jangan memanipulasi sudaa)
tu je, wasalam~ (^.^)V

Thursday, 18 April 2013

bahasa melambangkan ''2 i'' ;)

bismillah~

bila ada post ape2 di mana2 laman sosial..
contohnya video kat fb atau youtube,.
saya lebih suka baca komentar2 bebas daripada pelbagai jenis orang..

dan setelah sekian lamanya saya rajin membace komen2.. memerhati...
dapat disimpulkan~

macam2 orang.. macam2 ragam..
macam2 gaya bahasa yang digunakan
ada yang komen letak ''smiley'' je.. :)
ada yang komen panjang~ nasihat .. (yg ni bagus ;) )
ada yang suke tulis akronim, mcm.. ''W_ _''..err ade...betul.. ce tengok..
yang paling tak best! yang suke carut2..maki orang tak leh blah...

mungkin nak menegur..tapi tak perasan yang dia carut2 tu pun tak elok gak.
so, same je. :/

bahasa jiwa bangsa
bahasa kita melambangkan ''2 i'' -iman -imej
dengan bahasa2 yang digunakan dalam komen2 tersebut,
boleh melambangkan diri kita macam mana..
jadi agak2 lah kalau nak komen pon.. hati-hati..
kalau betul lah, kita nak tegur.. guna cara lain..
jangan hambur kata2 kesat tu kat ruang komen sampai public boleh baca..
kan aibkan orang tu namanya..

dalam alam maya macam ni, mungkin semua berani nak cakap macam2,
sesedap rasa..
sebabnya..
''bukan face to face''
''alah, komen je pun.. ''
''bukan orang tu kenal aku pon''
''sape suh gedik sangat''
dan macam-macam lagi alasan untuk menyedapkan hati masing2 dan menganggap apa yang mereka buat tu takde salahnye.. hmm

tapi!
ingat.. setiap apa yang kita buat semuanya akan dipertanggungjawabkan.
setiap apa yang kita tulis, post, share, like, tag~~~semua!
takde satu pun yang terlepas dari catatan di kanan dan kiri kita
kalau setakat nak carut2 marah sume kat komen tu, better tak payah tulis lah.. sia2 je

jadi!
tulis yang baik-baik
cakap yang baik-baik
ataupun.. DIAM

(h.r.bukhari/muslim)

jangan lupa.. bahasa kita melambangkan ''2 i '' (^^)v

 (peringatan utk diri sendiri gak ni. yela, manusia kan, selalu lupa)

# mungkin tangan yang menulis ni pun tak sebaik mana tapi apa salahnya kita saling menegur dan mengingatkan.. :) sekian wasalam~..

Monday, 8 April 2013

nak suasana tarbiyah... bentuk sendiri! :)

bismillah!

masuk minggu ni, dah 23 hari aku bercuti di rumah

tiada kelas, tiada kuliah tafaqquh, tiada iza'ah sobahiah(radio pg2)
tiada suasana tarbiyah yang setiap waktu solat, ade pengumuman ajak solat ontime... malam agak2 kol 11mlm ade bacaan al-mulk sejurus lepas tu ade tazkirah...

hmm.. bila kita ada di tempat yang penuh dengan tarbiyah, rasa kuat, kan?
ya, tapi nope!
tarbiyah tu bukan hanya pd faktor tempat.
yang utama tu adalah diri sendiri.
suasana tu, kita boleh bentuk.
 keadaan itu kita yang pilih. 
sama ada nak terus rasa tenang dan terisi dengan tarbiyah dan ilmu,
ataupun biarkan diri terus leka dengan suasana kosong... sia-sia..

sekarang ni.. nasihat dan pengisian utk hati semua kena cari sendiri
tak lagi disuap manje macam kat nilam puri dulu.

jadi di sini, nak share la sket, apa inisiatif yg dlakukan untuk dapat pengisian dalam suasana takde kelas nih :)

(1) sekarang ni, aku lebih kepada membaca, (baru dpt rasa manisnye membaca.hehe)
baca buku2, artikel2 nasihat, motivasi..
membaca ni, memang buat aku rase keluar dari tempat yang aku duduk, keluar dari masalah yang aku hadapi. siyes, best. cuma buku tu kena la pilih elok2..
sebab..
''you are what you read and what you eat''
phm kan... :')

(2) ada masanya tengok tv al-hijrah 
( channel paling bagus, bila tengok ustaz2 tu bg kuliah, da rase mcm kat dalam kelas. ^^, ske sgt)

(3) dgn on9 fb?
memang selalu on9, cari page2 yang byk kata2 nasihat dan motivasi mcm..
kagum betul dengan mereka
kadang2, pendek je dia tulis, tp menusuk.
huhu.. 
kadang2 terbabas juga.. buang masa dengan on9 ni. hehe.. (jgn ikut!)

(4) ikut pengajian al-quran hadis ..
yang ni ada seminggu sekali je,
tapi ok la dari takde kan. 

aku buat semua tu,
cuma... masa kosong seperti sekarang ni, rasa macam ujian besar buat aku,huhu
kenape? sebab, masa yang aku gunakan tak semua dengan perkara bermanfaat..
aku sedar tu, dan sekarang tengah usahakan untuk memenuhi masa aku dengan sesuatu yang boleh hasilkan sesuatu.

perancangan banyak. perlaksanaannye masih tak tentu.
(doa2kan lah ye..huu)

untuk terus rasa suasana tarbiyah tu, kita yang kena usaha.
banyak2 mengaji, buat amalan sunnah nabi,
doa supaya ditetapkan hati ^^
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
[8: آل عمران]

Saturday, 6 April 2013

ada kenduri? ikut jangan tak ikut~ :)

bismillah!

sejak kebelakangan ini, ade saje kad jemputan ke walimatulurus a.k.a kenduri lah,  yang diterima :)

seperti orang lain yang agak2 sebaya ngan saya, mesti malas nak ikut..
bila mak tanya, nak ikut x?
x nak. nak duk rumah je senang.

haaa.... itu masalah!
kenapa kata masalah?
sebab.. ce bace hadis nih

dari Abu Hurairah r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda : ''hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ada lima,
menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengikuti jenazah(ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan menjawab bersin''
(h.r. Bukhari)

 MEMENUHI JEMPUTAN salah satu daripadanya :)

ia nampak mudah, tapi jangan dipandang enteng.
bukan susah pun, ikut pegi kenduri da dapat pahala..
apa salahnya kita korbankan sikit masa untuk menunaikan salah satu hak terhadap muslim yang lain kan.

jadi, kepada golongan yang seperti saya, yang sebelum ni cukup malas nak ikut g kenduri..
rajin2 kan lah diri tu eh..
moge bermanfaat~ ^^