Thursday, 18 April 2013

bahasa melambangkan ''2 i'' ;)

bismillah~

bila ada post ape2 di mana2 laman sosial..
contohnya video kat fb atau youtube,.
saya lebih suka baca komentar2 bebas daripada pelbagai jenis orang..

dan setelah sekian lamanya saya rajin membace komen2.. memerhati...
dapat disimpulkan~

macam2 orang.. macam2 ragam..
macam2 gaya bahasa yang digunakan
ada yang komen letak ''smiley'' je.. :)
ada yang komen panjang~ nasihat .. (yg ni bagus ;) )
ada yang suke tulis akronim, mcm.. ''W_ _''..err ade...betul.. ce tengok..
yang paling tak best! yang suke carut2..maki orang tak leh blah...

mungkin nak menegur..tapi tak perasan yang dia carut2 tu pun tak elok gak.
so, same je. :/

bahasa jiwa bangsa
bahasa kita melambangkan ''2 i'' -iman -imej
dengan bahasa2 yang digunakan dalam komen2 tersebut,
boleh melambangkan diri kita macam mana..
jadi agak2 lah kalau nak komen pon.. hati-hati..
kalau betul lah, kita nak tegur.. guna cara lain..
jangan hambur kata2 kesat tu kat ruang komen sampai public boleh baca..
kan aibkan orang tu namanya..

dalam alam maya macam ni, mungkin semua berani nak cakap macam2,
sesedap rasa..
sebabnya..
''bukan face to face''
''alah, komen je pun.. ''
''bukan orang tu kenal aku pon''
''sape suh gedik sangat''
dan macam-macam lagi alasan untuk menyedapkan hati masing2 dan menganggap apa yang mereka buat tu takde salahnye.. hmm

tapi!
ingat.. setiap apa yang kita buat semuanya akan dipertanggungjawabkan.
setiap apa yang kita tulis, post, share, like, tag~~~semua!
takde satu pun yang terlepas dari catatan di kanan dan kiri kita
kalau setakat nak carut2 marah sume kat komen tu, better tak payah tulis lah.. sia2 je

jadi!
tulis yang baik-baik
cakap yang baik-baik
ataupun.. DIAM

(h.r.bukhari/muslim)

jangan lupa.. bahasa kita melambangkan ''2 i '' (^^)v

 (peringatan utk diri sendiri gak ni. yela, manusia kan, selalu lupa)

# mungkin tangan yang menulis ni pun tak sebaik mana tapi apa salahnya kita saling menegur dan mengingatkan.. :) sekian wasalam~..

No comments:

Post a Comment