Setiap orang yang kita temui dalam hidup, memberi satu pengajaran dan sesuatu yang baru.
Supaya pada masa akan datang, kita lebih berhati-hati atau lebih memahami karakter seseorang itu.
Dulu, aku sangat sensitif, bila kenal, mudah terus sayang, takut hilang.
Tapi, penah suatu ketika itu, rasa sayang itu membunuh hati aku sendiri.
Sampai aku tak mampu untuk melalui hari-hariku dengan baik.
Aku pernah seharian menangis.
Aku pernah rasa terlalu kecewa.
Aku pernah rasa putus harapan.
Disebabkan itu, aku semakin berhati-hati.
Pengalaman merubah caraku berinteraksi.
Makin matang dalam memberi hati. Bukan lagi mudah untuk menerima dan sayang. Kerana itu, di awal perkenalan, aku lebih banyak diam. Sambil itu aku memerhati.
Bersederhanalah walaupun tentang hati. Jangan terlalu sayang, dan jangan membenci. Bersilaturahim dengan baik kerana Allah. Jangan harapkan apa-apa.
No comments:
Post a Comment