Filem Bulan terbelah dilangit Amerika telah mengheret aku untuk menonton filem sebelumnya, iaitu 99 Cahaya di langit Europa.
Filem terbaik setakat ini bagiku.
Sebuah kisah yang menceritakan perjalanan kehidupan sepasang suami isteri di Vienna, Austria, iaitu Rangga dan Hanum. Rangga yang sedang menjalani kuliah untuk PhD, ditemani isteri yang tercinta disana. Hanum yang pada mulanya teruja dengan keindahan dinegara orang, mulai merasa bosan setelah 3 bulan berlalu. Disaat itu, Hanum mula mencari sesuatu untuk mengisi masa lapangnya, dan akhirnya mengikuti kursus bahasa jerman. Disitulah, kisah pengembaraan Hanum bermula.
Hanum yang sepi tanpa teman (selain suaminya) akhirnya bertemu dengan Fatma Pasha, satu-satunya seorang muslim turut mengikuti kursus tersebut. Fatma dan anaknya Aisya, bukan sekadar teman, malah insan yang memberi inspirasi kepada Hanum untuk lebih mengenali sejarah islam, dan mencintai kedamaian islam.
Didalam kisah ini, aku turut sama teruja menghayati sejarah kegemilangan islam di Eropah suatu ketika dahulu. Tak semena-mena turut merasai bagaimana sukarnya survival hidup di negara yang minoriti muslim. Teruja melihat kesabaran Rangga, Hanum dan Fatma melawan kekerasan dengan kelembutan bagi menyampaikan masej sebenar bahawasanya islam itu syumul.
Subhanallah..
Filem ini memberikan aku sebuah inspirasi untuk menjadi agen islam yang baik, in shaa allah. Perjuangan belum selesai. Hanya dengan iman, akal dan mata pena untuk memastikan cita-cita itu berhasil.
Mungkinkah pengembaraanku akan bermula, di Makkah? Siapa tahu?
No comments:
Post a Comment