إِنّا للهِ وَإِنَا إِلَـيْهِ راجِعـون، اللهُـمِّ أجُـرْني في مُصـيبَتي، وَاخْلُـفْ لي خَيْـراً مِنْـها
sesungguhnya kami milik allah dan kepadaNya kami kembali. Ya Allah, berikanlah pahala atas musibah yang menimpaku ini dan gantikanlah sesuatu yang lebih baik darinya...
musibah tu tanda peringatan daripada Allah kepada hambaNya.
mungkin aku terlalu leka dan banyak ketelanjuran yang Allah murka.
mujur masih ada rahmat. masih ada sayang. masih ada kasih dariNya.
lebih baik aku diberi peringatan daripada terus dibiar hanyut dan alpa. Tiba masa untuk aku belajar secara 'live' realiti hidup ini. Berhadapan dengan pelbagai jenis, sikap dan hati manusia.
~Hidup tidak selalunya indah~langit tak selalu cerah~
betul tu. kalau nak diibaratkan dengan apa yang terjadi pada aku baru-baru ni, boleh jadi banjir kilat dah dengan air mata. Jujur terlalu banyak khilafku..
muhasabah balik, mungkin kerana ketidaktertiban amal wajib dan kurangnya amalan-amalan sunnah..
ilmu yang tidak dimanfaatkan atau dipraktikkan. kurang doa.
Allah beri peringatan cash terus. mendadak tanpa aku sangka.
apa pun yang terjadi, selagi Allah kurniakan usia.. beri kesempatan untuk aku menghela nafas...
aku tetap takkan berhenti. aku akan terus melangkah dengan sedar bahawasanya aku dihidupkan untukNya. bukan sia-sia. selamanya aku hamba.
terus kedepan. betulkan semula segala cela yang membuat DIA murka.
kembali pada jalan yang dah dipandu...
terus cari cahaya rahmat kasihnya.. supaya hidup dan matiku dalam rahmatNya.
minta jauh dari neraka dan masuk ke syurga tertinggi. amin
kepada yang telah menganiaya.. ya, bukan salah kau. aku yang bersalah.
semua ni berlaku dengan izinNya. beerti kau cuma alat untuk Dia ingatkan aku. cuma jgn lupa pesan nabi muhammad s.a.w.... "takutlah kamu pada doa org yg teraniaya"
Aku yakin kau faham.
segala yang bukan dalam bidang kuasa aku, aku serah... aku serah...
There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb
to readers : be a good readers not a super stalker. peace~ ;)
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb
to readers : be a good readers not a super stalker. peace~ ;)
but i like to stalk. -_-
ReplyDeleteAmal~~~~ jgn nakal2~~~~
ReplyDelete