bismillah
such a good lesson for me.
don't ever simply trust people
Terlalu banyak pengalaman baru yang mengajar aku realiti kehidupan. betapa 'liar'nya dunia luar ni.
Baru aku tahu. Agak asing pada aku yang membesar ketika remaja di dalam kepompong yang sangat terpelihara bi'ahnya. Diajar untuk jujur, diajar bermuamalah yang baik sesama manusia.
Ya, semua yang diajar terus dipraktikkan kerana semua hadam tarbiyahnya. Tapi kini, aku ada di tengah kotaraya yang tidak tahu dimana tenangnya dimana murninya jiwa. Di tambah lagi dengan kemajuan yang membunuh tanpa aku sedar. Dikelilingi dengan jiwa-jiwa yang tidak dapat ku kenalpasti apa itu ikhlas, apa itu ihsan. semuanya seakan bertopeng. sukar untuk kubaca.
Dalam kelemasan itu, hanya tinggal satu tali untuk aku berpaut kasih, mohon perlindungan, minta dijaga.
Perlu usaha keras untuk mendapat kasih sayang dariNya. supaya tali itu sentiasa ada. disisi aku. bila saja aku perlu. Aku terus tetap dalam jalan yang aku cita-citakan. Cabaran yang sedia ada dan yang mendatang memang menahan aku di perjalanan. Tapi bukan bermakna aku terhenti disitu. hah, aku cuma singgah, mahu menjengah dan sekadar ambil pelajaran. Aku akan rempuh. Rempuh dengan bisikan cintaku padaNya. biarlah 'mereka' yang hanya ber'acah-acah' denganku. kadang ada kadang menghilang entah ke mana.
Aku ada Dia.
No comments:
Post a Comment