Cherish the moments while it lasts.
Kenapa mira suka sangat quote ni?
Sebab mira pernah rasa sakitnya terkilan bila tak betul-betul hargai satu-satu momen.
Kita selalu rasa 'senang' dan 'yakin', Ala, esok jumpa lagi. Padahal, mana kita nak tahu yang esok dia masih ada?
Mira tak pernah share benda ni sebelum ni tapi kali ni rasa nak cerita untuk sama-sama kita belajar hargai tiap masa bersama dengan orang yang tersayang.
Dulukan, sebelum arwah mama mira meninggal, ada dalam 10 hari jugaklah arwah dah tak boleh respon seperti biasa, macam bercakap, makan, minum, senyum, buat eye contact pun dah tak boleh. Kiranya, pandang tanpa perasaan. Korang boleh imagine tak macam mana?
Nak dijadikan cerita, sehari sebelum tu, mama ada ajak mira duduk berbual dengan dia (macam selalu, bila jumpa je akan bual panjang, update apa aktiviti n perkembangan terkini mira). Tapi masa tu, mira ikutkan sangat rasa penat, semalaman mira tak tidur sebab ke HKL masa tu bantu uruskan jenazah kenalan. Mama nak tahu cerita kat HKL malam tu. Disamping mira penat, mira memang taknak sebut pasal kematian dan hal berkaitan dengannya dengan mama. Taknak dia sedih or rasa 'masa dia' pun dah dekat. Tambah lagi, mira sangatlah yakin yang esok masih ada.
Lepas pada tu, rupanya mira cuma ada masa seharian je, terakhir dengan mama yang betul-betul masih sihat(boleh respon mcm biasa). Dan INI YANG MIRA TAK TAHU.
Mira jalani hari tu macam biasa, sibuk dengan kerja rumah, masak n segala yang berkaitan. Tapi tak sempat nak spend time, fokus, duduk berbual dengan mama. Keesokannya, masa sarapan, macam biasa mira sediakan mama sarapan. Masa tu mama dah mula 'lain'. Pandangannya macam jauhh.. Pegang je kuih tapi tak makan (selalunya mama selera makan dan cepat lapar). Mira tegur "Ma, pandang apa? Makan la kuih tu" nada berseloroh. Mira Ingatkan mama mengantuk. Mama gigit sikit dah taknak. Terus sandar dan lelap.
Mama tidur nyenyak sampai nak ke tengahari. Mira pun buat kerja rumah macam biasa. Masakkan tengahari pastu masa nak suapkan makan, baru mira betul2 sedar mama betul2 dah lain. Mama request nak kuah banyak, sayur banyak. Berulang2 ke dapur ikutkan dia nak macam mana. Tapi bila suap, dia termenung, tak kunyah langsung. Mira dah mula gelabah dan nak nangis..
"Mama, nape tak kunyah? Kalau tak nak meh keluarkan balik takut tercekik"
Mama terus mengiring cakap sakit... Sakit.. Mama dah tak boleh nak bagi respon dari apa yang mira cakap. Mira sendiri kena keluarkan makanan tadi. Sejurus lepas tu, mama makin diam. Tak ada suara walaupun untuk ekspresikan kesakitan yang dirasa. Hanya mata berair menangis.
Malam tu (10 hari sebelum mama pergi dan itulah hari terakhir mama buka mata dan boleh respon sekadarnya, angguk2). Mira luahkan semua yang masih tertinggal yang belum mira ungkapkan pada mama. Mira minta maaf atas semua salah silap sepanjang mira hidup dengan mama. Alhandulillah mama masih boleh angguk dan nangis bila mira cakap satu-satu luahan hati. Mira anggap itu tanda kemaafan dari mana.
Mira akhiri malam yang sarat dengan luahan dan tangisan tu dengan bacaan ayat suci Al-Quran, sebab mira tahu kalau dia masih boleh bercakap masa tu, memang itulah yang dia mahukan. Hanya dia yang selalu kata "suka dengar yah ngaji"
Hari berganti hari. Satu persatu sistem badan mama tak berfungsi (kata doktor). Setiap malam, bila terjaga mesti mira terus tengokkan mama. Nak pastikan masih punya nadi dan nafas. Mira cukup takut mama pergi tanpa mira sedar atau tanpa mira disisinya. Dari awal diagnosis Dr. yang mama menghidapi kanser tahap empat doa mira tiap hari, "Janganlah ambil mama masa aku tiada dengannya, aku tak mahu dengar berita tapi saksikan sendiri pemergiannya"
Mira tunggu mama sampai nafas terakhir.
Hargailah tiap waktu yang ada. Andainya kita tahu bila saat terakhir kita dengannya, pasti kita akan jadikannya yang terindah kan?