Saturday, 28 December 2013

status aku bukan sekadar siswi

Bismillah...

Minggu depan start exam. Aku mengalami tekanan yang agk serius sampai nak makan pun tak lalu..

Memang lain sangat sangat kali ni. Aku dapat rasa perbezaan yang mendadak. Sekarang aku sedar yang status aku bukan sekadar seorang pelajar. Tapi seorang anak.. Seorang kakak..  Aku tak dapat fokus pada exam SAHAJA macam kawan2 lain. Fikiran aku menerawang hati aku tak tenang kalau tak balik rumah. Sekurang2 nya ziarah dan tunjuk muka kat mama dan adik2...

Huu.. Mungkin persediaan aku untuk exam tak sehebat yang lain.. Tapi aku harap sangat Allah lihat pada usaha aku menggembirakan mama dan adik2 tu..
Exam bukan garis ukur kejayaan atau matlamat hidup.
Aku ada banyak misi lagi.
Exam ni hanya satu drpd seribu cabang.
Mira.. Selagi belum masuk dewan.. Selagi tu kau ada masa .. Jangan serabut jangan stress.. Teruskan langkah jgn berhenti.
Semoga berjaya! Amin....

Sunday, 22 December 2013

angin exam

bismillah..

30 disember ni exam bermula!! wee~~~
ehm, hepy ke?
huhu.. semester satu baru..

hmm, memang lain la hidup "degree" ni. jaooohhhh bebeza dengan asasi.
agak lambat aku sesuaikan diri dengan suasana "degree" ni.
sesi pengenalan yang cukup panjang untuk aku.
banyak yang aku "belajar" dalam sem ni.
em, maksud aku, bukan pelajaran dalam kelas je. tapi belajar tentang kehidupan.
memang tak sama langsung!
pelbagai tribulasi dalam mengenali keadaan dan orang sekeliling.
sem ni banyak masalah. tp kan, kalo muhasabah balik...
itu semua "kursus khas" dari Allah.
nak ajari aku praktikal "sabar".

apa pun, aku akan akhiri semester ini dengan perjuangan habis-habisan. cukup-cukuplah dengan apa yang aku lalui dalam sem ni.. aku tak nak "abadi"kan kepahitan semester ni dalam reputasi akademik aku.
ya, aku mesti fight abis-abisan.
korbanlah waktu tidur, waktu online, waktu chatting dll..

penuhi masa dengan study dan peningkatan tahap iman dan taqwa.
dan inilah cara intensif untuk berubah.
keadaan terpaksa itu paling berkesan. terbukti dah pun :)
so, chaiyokkkk! all the best!

allahumma najihna fil imtihan fiddin fiddunya wal akhiroh. amin

Sunday, 15 December 2013

lesson

bismillah

such a good lesson for me.
don't ever simply trust people

Terlalu banyak pengalaman baru yang mengajar aku realiti kehidupan. betapa 'liar'nya dunia luar ni.
Baru aku tahu. Agak asing pada aku yang membesar ketika remaja di dalam kepompong yang sangat terpelihara bi'ahnya. Diajar untuk jujur, diajar bermuamalah yang baik sesama manusia.
Ya, semua yang diajar terus dipraktikkan kerana semua hadam tarbiyahnya. Tapi kini, aku ada di tengah kotaraya yang tidak tahu dimana tenangnya dimana murninya jiwa. Di tambah lagi dengan kemajuan yang membunuh tanpa aku sedar. Dikelilingi dengan jiwa-jiwa yang tidak dapat ku kenalpasti apa itu ikhlas, apa itu ihsan. semuanya seakan bertopeng. sukar untuk kubaca.
Dalam kelemasan itu, hanya tinggal satu tali untuk aku berpaut kasih, mohon perlindungan, minta dijaga.
Perlu usaha keras untuk mendapat kasih sayang dariNya. supaya tali itu sentiasa ada. disisi aku. bila saja aku perlu. Aku terus tetap dalam jalan yang aku cita-citakan. Cabaran yang sedia ada dan yang mendatang memang menahan aku di perjalanan. Tapi bukan bermakna aku terhenti disitu. hah, aku cuma singgah, mahu menjengah dan sekadar ambil pelajaran. Aku akan rempuh. Rempuh dengan bisikan cintaku padaNya. biarlah 'mereka' yang hanya ber'acah-acah' denganku. kadang ada kadang menghilang entah ke mana.
Aku ada Dia.