Friday, 22 February 2013

knp aku pilih alQira'ahMiftahulILMI~

bismillah!

malam MKBA (Malam Kesenian Bahasa Arab)

alhamdulillah, menang pertandingan reka banner :)


huu.. tapi bukan tu point aku tulis entry kali ni.
ape yg ak nak cter adalah.....

camne aku boleh pilih
 'hikamulamthal' (kata2 hikmah bhs arab)
''AL-QIRAAH MFTAHUL ILMI'' - MEMBACA KUNCI ILMU

dalam banyak2 kata-kata hikmah... 
kenapa yang simple ni jugak jd pilihan hati aku???
haa.. ni sejarah!

sejarah dalam hidup aku
kata-kata ni adalah .. hikamulamthal yang PERTAMA aku hafal masa form 1

ingat lagi mase tu nak exam,
stay-up kat katil atas,
dengan bergantung pada cahaya lampu koridor asrama
mase tu, aku rase 3 perkataan ni SUSAH~~~ sangat nak hafal!
yelah, dah la 1st year aku belajar bhs arab. 
pastu kena lak hafal2 en.
memang tergagap2.. ulang-ulang...
(ter 'takak ka'a wa taza'za'a)

akhirnya! aku hafal jugak. sebab aku hafal dengan nada... al-qiraah~ miftahul~ilmi!!

sampai sekarang aku teringat2,
kata-kata hikmah arab yang PERTAMA aku hafal
dan sebab itu lah, aku nak abadikan sejarah yang sweet ni dalam banner yang aku reka 

biase nye yg menang, akan digantung banner nye kat 'jambatan mahabah'. tp kali ni x tau lah kan.
takpe.. yg pasti aku dah try yg termampu utk abadikannya
sebagai sejarah aku berkecimpung dalam madah bhs arab ni
dan sebagai kenangan terindah
btw,
 i'm really happy ! alhamdulillah~
ter'abadi' jugak -alQiraahMiftahulIlmi-
(^^)V


Monday, 11 February 2013

aku dan aku

bismillah!

cerita ni...........mula dari.......

DIA KATA
''aku perlukan masa!''

ahhh... semua orang tak faham. aku perlukan masa untuk dri aku sendiri. cukup2 lah nak uruskan orang, nak kena fikirkan perasaan orang!
aku betul2 perlukan masa dan ruang untuk diri aku sendiri!!

AKU KATA
salah tu!
masa kita sama. tempat kita sama, suasana kita sama. 
kau perlukan masa yang macam mana? kau perlukan ruang besar mana?
cuba fikir elok2.. kau mengeluh nak salahkan sapa?
masa yang kau guna kononnya untuk 'orang lain' tu. sebenarnya untuk diri kau jugak.
saham untuk kau di akhirat sana. kalau kau tak gunakan masa tu untuk jalankan amanah,
kau akan guna untuk apa?
kau yakin ke kau akan guna masa tu sepenuhnya untuk ibadah?
dan yakin ke dapat selesaikan kerja2 kau sendiri yang sampai kononnya kau perlukan masa untuk diri kau sendiri tu?

chill lah!
kita sama2 ada tanggungjawab. ada amanah untuk dipikul. kau fikir satu je senang
''redha allah masuk syurga''
jadi, bila kau jalankan amanah kau dengan baik, masa kau tu kau laburkan untuk saham akhirat.
 itu semua ibadah. pahala ganjarannya. Yang paling penting, kau fikir apa yang kau perlu untuk kau hidup bahagia di dunia dan akhirat nanti?? ya, hanya RAHMAT ALLAH. REDHA ALLAH.

aku malas nak cakap banyak, kau tahu sendiri sebenarnya kan? 
kau tanamkan IKHLAS
kau bajakan dengan KESUNGGUHAN
kau siramkan dengan KETABAHAN
kau tunggu ia rendang dan berbuah dengan KESABARAN
barulah akhirnya kau rasakan nikmat betapa manisnya buah KEBERKATAN 

dan terakhir...
 'DIA' itu adalah aku ketika emosi
'AKU' itu adalah aku saat koreksi diri
 :: akhir kata. apabila kau lemah. mativasikan diri sendiri, sebab 1000 orang boleh menasihati tapi 1 orang pun belum tentu memahami bagaimana sebenar kondisi hati::




Sunday, 3 February 2013

Tadabbur Alam Cari Ilahi

bismillah!
 
sungguh. ALLAH MAHA BESAR!
dua hari lepas aku join program Batch.
nama program nye
'SOUL OF CONSOLIDATION' kat PUSAT KOKURIKULUM,TANGOK, BACHOK,KELANTAN
kalau nak diikutkan, kerja memang banyak.
tapi aku tak tahu lah kenapa hati aku kuat sangat rasa NAK join.
aku NAK cari kekuatan,
aku NAK dinasihatkan,
aku NAK dekati dan kenali kawan2 se'batch'..

dan alhamdulillah... aku rasa apa yang aku NAK tu aku dapat..
macam2 pengalaman baru yang aku dapat.
yang PALING aku rasa macam nak nangis..

bila aku tadabbur alam.. aku hayati setiap yang ALLAH ciptakan, dari sekecil2 makhluk tu.. ada manfaatnya.
aku nak cerita KISAH BULAN KISAH POKOK KISAH RUMPUT

petang hari ke 2 kem
3 petang, aktiviti di tasik.

mase nak jalankan aktiviti, tak pakai kasut
maka aku pun berjalan kaki tanpa kasut.
sakit pijak batu2 kecil kat tepi tasik tu.
panas terik lak tu.
mase tu baruulah cari RUMPUT.
jalan lompat2 kecik nak pijak kwasan ada RUMPUT.
baru lembut.. sejuk.. kaki pun tak sakit :)
SUBHANALLAH.. sungguh. ciptaanNYA tiada yang sia2
mase tu baru rasa alhamdulillah ada rumput..


malam last di kem,
11.30malam

kitorang ade 'night walk'
pada awalnya ada yang suluh jalan..
pastu jurulatih suruh tutup. jangan suluh guna henset or lampu picit.
masa tu betul2 aku rasa bergantung pada ALLAH..
sebab aku tak pasti apa yg ada di jalan depan aku.
kot2 batu ke.. apa ke... aku tak tahu.
lame2 dah bergelap.. ak dah mula nampak jalan.
sebab ada cahaya BULAN.. :')
SUBHANALLAH...
kalau selalu. time2 camtu,
aku busy dengan benda lain. duduk dalam bilik.
tak endahkan pun kat BULAN..
malam tu aku btol2 rasa terpukau terpegun ter.. ter...
mulut kumat kamit.. subhanallah..
memang HEBAT ciptaan ALLAH.
mase tu baru rasa alhamdulillah ada bulan..


masa nak pasang khemah dan nak simpan khemah
kedua2 nya mase panas terik.

matahari terpacak je.
aku n KEMmate cari kawasan redup.
sebab panas terik yang menyengat.
mata kitorang silau.
haa.. mase tu lah baru nak cari POKOK..
nak redup untuk berteduh.
hm, biasa nya aku wat tak tahu je ngan pokok2..
mase tu betul2 rasa alhamdulillah ada pokok..


subhanallah... mungkin itulah sebabnya hati aku kuat rase nak join program.
aku rindu dengan ketenangan mengingati ilahi.
dengan pengalaman2 yang kecil tu..
dapat rasa dekat denganNya dapat rasa kerdilnya aku seorang hamba. ~
pada alam ciptaanNya, tersirat sesuatu untuk aku cari ketenangan dan nikmat hidup bertuhan ~

amal