bismillah!
sungguh. ALLAH MAHA BESAR!
dua hari lepas aku join program Batch.
nama program nye
'SOUL OF CONSOLIDATION'
kat PUSAT KOKURIKULUM,TANGOK, BACHOK,KELANTAN
tapi aku tak tahu lah kenapa hati aku kuat sangat rasa NAK join.
aku NAK cari kekuatan,
aku NAK dinasihatkan,
aku NAK dekati dan kenali kawan2 se'batch'..
dan alhamdulillah...
aku rasa apa yang aku NAK tu aku dapat..
macam2 pengalaman baru yang aku dapat.
yang PALING aku rasa macam nak nangis..
bila aku tadabbur alam.. aku hayati setiap yang ALLAH ciptakan, dari sekecil2 makhluk tu.. ada manfaatnya.
aku nak cerita KISAH BULAN KISAH POKOK KISAH RUMPUT
petang hari ke 2 kem
3 petang, aktiviti di tasik.
mase nak jalankan aktiviti, tak pakai kasut
maka aku pun berjalan kaki tanpa kasut.
sakit pijak batu2 kecil kat tepi tasik tu.
panas terik lak tu.
mase tu baruulah cari RUMPUT.
jalan lompat2 kecik nak pijak kwasan ada RUMPUT.
baru lembut.. sejuk.. kaki pun tak sakit :)
SUBHANALLAH.. sungguh. ciptaanNYA tiada yang sia2
mase tu baru rasa alhamdulillah ada rumput..
malam last di kem,
11.30malam
kitorang ade 'night walk'
pada awalnya ada yang suluh jalan..
pastu jurulatih suruh tutup. jangan suluh guna henset or lampu picit.
masa tu betul2 aku rasa bergantung pada ALLAH..
sebab aku tak pasti apa yg ada di jalan depan aku.
kot2 batu ke.. apa ke... aku tak tahu.
lame2 dah bergelap.. ak dah mula nampak jalan.
sebab ada cahaya BULAN.. :')
SUBHANALLAH...
kalau selalu. time2 camtu,
aku busy dengan benda lain. duduk dalam bilik.
tak endahkan pun kat BULAN..
malam tu aku btol2 rasa terpukau terpegun ter.. ter...
mulut kumat kamit.. subhanallah..
memang HEBAT ciptaan ALLAH.
mase tu baru rasa alhamdulillah ada bulan..
masa nak pasang khemah dan nak simpan khemah
kedua2 nya mase panas terik.
matahari terpacak je.
aku n KEMmate cari kawasan redup.
sebab panas terik yang menyengat.
mata kitorang silau.
haa.. mase tu lah baru nak cari POKOK..
nak redup untuk berteduh.
hm, biasa nya aku wat tak tahu je ngan pokok2..
mase tu betul2 rasa alhamdulillah ada pokok..
subhanallah... mungkin itulah sebabnya hati aku kuat rase nak join program.
aku rindu dengan ketenangan mengingati ilahi.
dengan pengalaman2 yang kecil tu..
dapat rasa dekat denganNya dapat rasa kerdilnya aku seorang hamba. ~
pada alam ciptaanNya, tersirat sesuatu untuk aku cari ketenangan dan nikmat hidup bertuhan ~
amal
No comments:
Post a Comment