Wednesday, 16 January 2013

sebab awk sorang je akak sy :')

bismillah!

aku : kaklang~
kaklang : nape yah... ^^

itulah dialog yang PALING BANYAK kali aku sebut.
ada hal @ takde hal.. selalu je cakap ''kaklang~~''
kaklang pun pernah cakap.. '' yah dari kecik sampai sekarang.. SAMA,,
wat muke 'camni' pastu panggil ''kaklang~~~'' ..

ya, memang mira selalu macam tu,, sebab awak sorang je kakak saya... :')

ingat lagi..
mase umur 5tahun lagi.. bermain sama-sama.. menyanyi sama-sama..
buat semak sama-sama .. kena marah pun sama-sama...haha
kalau diingatkan balik kelakar.. masa duk kat PortKlang dulu..
depan cermin, kita nyanyi lagu..dah lah lagu patriotk. huh! takde taste langsung,, :P  sampai tak perasan 'eka' jatuh katil (masa tu eka baby lagi)
dah la kunci pintu,,, habis kena marah ngan mama.. :(


Pernah ada sekali tu, mira demam teruk..

 dalam kereta, kaklang yang pangku...
sekali terrrr'M##T## atas baju kaklang...
huu.. sorry kaklang,, mase tu mira tak faham..
kaklang sabar je kan.. ^^

Masa mira darjah enam..
dah nak UPSR.. mama  dan adik beradik lain semua ikut g Melaka masa tu ade kenduri..
kaklang tak pergi. kaklang dah cakap kat mira.. '' takya pergi yah.. ''
banyak kali kaklang pujuk.. tapi mira tetap nak ikut jugak
sekali accident..
masa kat hospital, kaklang datang.. ''yah.. yah ok?''
''sakit kaklang~ ''
 (mase tu mira patah tulang rahang.. nak cakap pun susah)''
kaklang nangis..
''kaklang dah cakap.. jangan ikut.. yah degil..''
kaklang yang stay kat hospital, ponteng sekolah,, nak jaga mira..


Masa mira sekolah asrama..
mira selalu kumpul syiling banyak-banyak..
at least RM2..
untuk call kaklang..sampai tengok syiling je ingat kaklang..
bila duit cukup, mira call..
kaklang cakap ''kaklang tunggu yah call.. ''
kita ada instinct kan?? bila rindu boleh tahu ^^

Bila mira habis SPM..
mira nak kerja.. kaklang yang temankan mira cari kerja
kita same-same pusing PKNS tanya setiap kedai ''ada kerja kosong x''
sampailah~ dapat, baru kita stop.
hari-hari mira kerja pagi sampai malam
setiap hari...
bila time dah nak balik.. kaklang mesti masej
''yah kat mana? sape amek?''
kaklang risau sebab mira baru 1st time kerja kan ^^

Lepas sebulan mira tukar kerja kat PAS (Plaza Alam Sentral)
masa mira busy kerja,, kita jauh sekejap.
kaklang kata ''yah dah lain''
mira pun rasa benda yang sama
mungkin pengaruh sekeliling,, suasana tempat mira kerja pun lain..
sampailah~ mira dapat result utk  masuk U
tau2 dapat 'asasi syariah' kat Universiti Malaya'
tapi kat Nilam Puri Kelantan..
mase tu mira tanya'' kaklang tak sedih ke? mira nak g kelantan ni.. ''
kaklang jawab '' sedih tapi kaklang suka''
mira tau.. kaklang suka sebab mira dapat tempat yang boleh tarbiyah mira balik kan?
supaya mira jadi macam dulu ^^

sampailah~~ sekarang,,, mira dah semester 4 kat sini..
kaklang selalu call.. masej.. skype.. chatting
# happy sedih mira kat sini # demam batuk mira # tension stress mira #
SEMUA mira cerita kat kaklang..
kaklang tau SEMUA.. hampir  dikatakan TAKDE yang mira tak cerita
bila mira takde kredit.. tak minta dan tak bagitau pun..
tibe2 je dapat masuk masej nombor top-up
cam tau2,, je....  macam ada -wi-fi-hati lak ^^

terlalu banyak cerita kita .. kenangan kita.. tak terimbas semuanya..
                         masam manis pahit payau... semua ada...

 tahun ni 2013..
mira dah 20.. kaklang 24...
kadang-kadang rasa takut.. tetibe je nangis..
nanti dapat lagi ke kita macam dulu..
~sama-sama~
sebab MIRA ADA SORANG JE KAKAK
yang dari dulu lagi mira panggil..
''kaklang~~~~''

#tetibe teringat lagu ni..
dapatkah.. selamanya kita bersama.. menyatukan perasaan,,
kau dan aku... 
semoga cinta kita kekal abadi.. sesampainya akhir nanti... selamanya... :'(

mira nak kaklang tahu. walaupun sebenarnya kaklang tahu.
tak terungkap dengan tepat melalui tulisan mahupun kata-kata..
kaklang mesti dapat rasa
mira sayang kaklang.. mira ada sorang je kakak
mira happy tengok kaklang happy..
mira sedih tengok kaklang sedih..
mira minta maaf.. mira selalu wat macam2..
happy selalu ea.. ^^
moga Allah jaga kita.. supaya kita masih dapat 'sama-sama'
hingga ke Jannah Nya.. amin..


Thursday, 10 January 2013

beri dengan hati, terima dengan hati

bismillah!

rindu rasenye nak menulis entry.. 
tapi aku biasanya akan tulis apa yang daripada hati, bukan semata-mata untuk menambah kuantiti,
bukan juga untuk dikenali..

kenapa ya aku nak cakap tentang 
BERI DENGAN HATI, TERIMA DENGAN HATI???

aku terfikir tentang ni dah lama,,
hari demi hari.. aku meneliti dan mengamati..
apa yang terjadi dipersekitaran aku ni..
buat pemerhatian sendiri
akhirnya aku dapat buat kesimpulan :)

yang bila mana kita memberi sesuatu dengan hati, orang pula akan menerimanya dengan hati,
 jika orang pula tidak menerima dengan hati, 
kita sendiri yang akan menerimanya dengan hati

faham x?

ok, kat sini nak sentuh sedikit elemen 'ikhlas'. ia sgt berkait rapat dengan hati sebenarnya.
ceni, dalam apa sekalipun yang kita lakukan,
kita perlu lakukan dengan hati yang ikhlas,
contohnya dalam aspek penulisan
 dalam menulis sesuatu, tak kisah la status facebook ke..twitter ke.. blog ke..
apa-apa sekalipun yang berkaitan dengan penulisan lah

kalau kita menulis ikhlas dari hati 
orang yang baca pun akan membaca dengan hati,
tetapi, kalau kita 'menulis sekadar menulis'
tulisan kita itu sepi bagai tiada erti
[ dah buat eksperimen (==,)hee ]

tapi ingin dijelaskan disini..
 tulisan daripada hati itu, bukan tulisan dengan emosi
tulisan dari hati tu,...
 ada satu rasa nak berkongsi..
berkongsi maklumat,.. kata-kata nasihat ..
ataupun motivasi yang bermanfaat ..

maka disitulah sebenarnya lahir satu nilai sebuah penulisan.
nilai yang boleh dihargai dengan nilai yang tinggi
dan nilai itu...
hanya akan hadir dalam hati pembaca itu sendiri
haa.. yang ni lah aku maksudkan 'terima dengan hati'
<3 n.n
sekarang ada faham??

bukan penulisan je, dalam berkomunikasi atau
 berkata-kata juga, ada nilai
BERI DENGAN HATI, TERIMA DENGAN HATI

kita boleh bercerita seribu cerita
menasihat dengan ilmu yang penuh didada,
TAPI!
satu pun tiada bermakna jika kita 
''bercerita semata-mata bercerita''
''bicara sekadar mengeluarkan kata''
sebab...
untuk memberi kesan kepada si pendengar,
kita perlu beri kata-kata itu dengan hati
ikhlas untuk memberi maklumat, 
ikhlas untuk berkongsi cerita
secara automatiknya pendengar itu turut boleh memahami dan menghayati
^^

CUMA...satu je nak ingatkan,,
Jangan Sekali-kali Mengharapkan Penghargaan
biar ia 'natural' datang sendiri
kita perlu ingat.. orang macam-macam..
kita jangan sedih pulak bila kita dah BERI DENGAN HATI..
tapi, masih lagi orang TIDAK menerima dengan hati...
pada ketika itu...
kita sendirilah yang harus MENERIMA DENGAN HATI :)
last...
(share kata-kata yang direka sendiri.. )

:: 1001 ORANG ... 1001 CARA TAFSIRAN ::

:: Yang MEMBINA ambil, jadikan TELADAN ::

:: Yang TAK RELEVAN boleh ABAIKAN ::

:: Yang NAK MENJATUHKAN lagi la TAK YAH LAYAN ..  hehe

assalamualaikum! :')