Sunday, 22 December 2013

angin exam

bismillah..

30 disember ni exam bermula!! wee~~~
ehm, hepy ke?
huhu.. semester satu baru..

hmm, memang lain la hidup "degree" ni. jaooohhhh bebeza dengan asasi.
agak lambat aku sesuaikan diri dengan suasana "degree" ni.
sesi pengenalan yang cukup panjang untuk aku.
banyak yang aku "belajar" dalam sem ni.
em, maksud aku, bukan pelajaran dalam kelas je. tapi belajar tentang kehidupan.
memang tak sama langsung!
pelbagai tribulasi dalam mengenali keadaan dan orang sekeliling.
sem ni banyak masalah. tp kan, kalo muhasabah balik...
itu semua "kursus khas" dari Allah.
nak ajari aku praktikal "sabar".

apa pun, aku akan akhiri semester ini dengan perjuangan habis-habisan. cukup-cukuplah dengan apa yang aku lalui dalam sem ni.. aku tak nak "abadi"kan kepahitan semester ni dalam reputasi akademik aku.
ya, aku mesti fight abis-abisan.
korbanlah waktu tidur, waktu online, waktu chatting dll..

penuhi masa dengan study dan peningkatan tahap iman dan taqwa.
dan inilah cara intensif untuk berubah.
keadaan terpaksa itu paling berkesan. terbukti dah pun :)
so, chaiyokkkk! all the best!

allahumma najihna fil imtihan fiddin fiddunya wal akhiroh. amin

No comments:

Post a Comment