Friday, 28 June 2013

aku mahu...

bismillah..

keadaan tersepit, mungkin kali ini aku yang perlu memilih dan berfikir yang mana lebih baik.
antara menjaga mama yang sedang sakit ataupun pergi mengaji tafsir AQ (biasanya pondok tu kalau bulan puasa,akan khatamkan ngaji tafsir Al-Quran)

kalau secara rambang dibuat bancian pun, ada yang prefer jaga mama (A).. tak kurang juga dengan yang prefer g ngaji  (B)..

antara dalil yang golongan (A) adalah ''kama Qol'' dalam 1 hadis ttg jihad, apabila rojul bertanya pada rasulullah, kemudian rasulullah perintah pada rojul utk pulang pada orang tuanya, itu jihad bg rojul itu.

dan banyak lagi hadis2 nabi yang perintah pada berbuat baik pada ibu bapa..

pendapat golongan (B) pula kata, di rumah masih ramai adik beradik yang lain boleh bantu. (tapi semua dah ada kerja masing2.. hal yang x dpt dielakkan, aku je yg cuti skrg..)

apa mahu apa???

aku nak ngaji tu.. bukan lama sangat, cuma kurang dr 3 minggu je. then lepas tu, aku masih ada sebulan penuh cuti. mase tu aku betul2 free boleh jaga mama. tambah pula, pasni nak masuk study balik. bukan senang nak dapat masa cuti yang macam ni.

hmm.. tapi itulah.. itu cuma permintaan hati aku.. nama pun permintaan hati, x semestinya perlu tertunai. kalau keadaan tak mengizinkan, aku harus terima. biasalah, tak semua yang kita mahu, kita dapat kan..dan! rasa hati x tentu betul. kalau ikutkan mama pun, dia suka sangat aku g ngaji, sikit pun x dihalang.. cuma itulah, dia perlukan aku sekarang, bukan sengaja..

istikharah adalah usaha terakhir buat aku.. serah pada Yang Maha Tahu
semakin ramai yang tidak lagi beri harapan utk aku,.
tinggal pada Allah je aku belum putus harap, Doa kan boleh mengubah takdir.. aku serah.. pilihkanlah untuk aku..

# sekadar luahkan apa yang aku rasa, tak kata betul tak kata salah.sedih (=,=)'

No comments:

Post a Comment