Monday, 21 October 2013

my heart thought

bismillah~

ada masanya, kita suka berteman.
ada masanya kita suka bersendiri
ada masanya kita suka berjalan
ada masanya kita suka.......apa yang kita sukalah! huuu

semuanya aku pernah rasa. dan sekarang ni, aku bukan suka bersendiri, TAPI aku PERLU bersendiri.
dengan timbunan kerja-kerja yang beratur ''cantik'' minta aku siapkan..
dengan harapan yang tinggi terhadap aku oleh orang yang aku sayang.
aku perlu waktu BERSENDIRI tu. sekejap.

rasa berat sebenarnya.
kemana-mana membawa nama diri sendiri, nama ayah, nama keluarga, nama islam.
bahu ni berat bawa harapan mak ayah terutamanya.
aku perlu kuatkan semangat, mujaaaahadah untuk capai apa yang mereka harapkan tu.

jujur, aku tak sekuat mana. bergejolak dengan emosi dan situasi.
tapi langkah aku tak terhenti. aku terus dan terussss gagahkan langkahku
lakukan apa yang perlu aku laksanakan, dan terus mencari kekuatan.
ya, kekuatan tu hanya boleh aku peroleh dengan KEMBALI.
kembali pada apa tujuan aku diberi peluang untuk hidup dimuka bumiNya ni.

tajdid(perbaharui) niat asal.
Moga Allah redha dalam langkahku disini, dan dicatat oleh yang kanan...
niatkan semua ibadah. terus buka mata hati mencari bahagia hakiki.
kerana yang dicita-citakan bukan kemenangan dunia.
tetapi kemenangan akhirat MELALUI dunia.

for the sake of my parents, family, 354..
you need to be strong, mira
*terus kuat k, sebab mira kan AMIRAH~ yoshhh!!! ;)

climbing the ladder to success







No comments:

Post a Comment