....huu... lama dah menyepi..krik3
fuh..fuh.. (tiup habuk. da bersawang dah blog aku nih..he)
''tanpa ilmu dan pengalaman.. takkan terwujudnya sebuah nukilan''
itu yang dapat aku simpulkan, kenapa lama tak menulis (atau lebih tepatnya, menaip. )
sebab, kurangnya ilmu lahh. bila dah lama jauh dengan majlis ilmu, kita pasti akan rasa
kosong~kosong~oo...
alhamdulillah, berkat bercuti raya haji, mama pun sudah ada di rumah, maka dapat aku join ngaji lagi..hee
ni nak share la ni.. apa yang aku dapat..
ok tarik nafas... lepas..
betulkan niat.
siyes tujuan aku tulis ni adalah kerana ke'exited'an aku untuk berkongsi dan bercerita.
aku tak harap looooiiike (iatu jama' kpd like.he)
aku cuma nak citer. citer. cter..
dan mudah-mudahan kok ada la yang baca, dpt manfaatnya. kurang2 pun dpt sikit saham kanan. insya'allah :)
haaa... cakap pasal like, ni nak share hadis tentang riya'.
حدثنا هارون بن إسحق حدثني محمد بن عبد الوهاب عن سفيان عن سلمة بن كهيل عن جندب قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من يراء يراء الله به ومن يسمع يسمع الله به
رواه ابن ماجه كتاب الزهد
من يراء يراء الله به
Maknanya, kalau kita melakukan perkara kebaikan, untuk dijadikan tontonan orang, agar dipuji baik, soleh dan seorang yang rajin beribadah, maka nanti diakhirat, allah juga akan HANYA menunjukkan pahala-pahala dan kenikmatan atas perbuatan baiknya itu. hm, kira nak kasi contoh, kita rajin ke surau biar orang tahu kita rajin ibadah. Pastu contoh lain, kalau kita post benda baik2 kat fb, tweet dan insta biar orang nampak kita nampak baik n berilmu.. haa.. itulah riya'. Kita buat baik, tapi bukan mendambakan wajah allah(redha allah) tetapi untuk dipuji-puji, dipandang manusia...
maka perkara-perkara baik kita tu lebur jelah.. allah tak pandang.. pahala pun nanti dapat tengok jee...
itu contoh riya' perbuatan.
ومن يسمع يسمع الله به
kalau ''agar diperdengarkan'' pulak, contohnya kita ngaji sedap2, dalam hati tu biar orang tahu kita pandai ngaji, atau tarannum ke.. ha.. camtu lah. pokok pangkalnya nak pujian orang agar dikatakan itu dan ini.
dengan niat je dah dapat membezakan ibadah tu kerana allah atau sekadar pamer depan manusia..
bahaya riya' nih -,-
Untuk melatih jiwa kita agar sentiasa rendah hati mempersembahkan ibadah hanya untuk allah adalah...
Jangan pernah rasa kita ni da cukup baik.
lagi2 bila kita wat ibadah sunnah, orang2 disekitar kita tak buat.
tak payah nak rasa bangga sangat k. ingat, kita buat semua tu untuk top-up pahala kita.. tampal lompong2 pada ibadah wajib kita yang selalu tak sempurna tu..
kita ni selalu ter ter tersalah. pendosa. jadi memang tanggungjawab kita lah untuk tertibkan ibadah wajib, tambah2kan ibadah sunnah...
dan.. cter balik pasal like tadi, kita menulislah di laman bersawang sesawang nih, seikhlas hati untuk berkongsi dan menyampaikan.. biaq p kat depa nak baca ka.. tak mau kaa.. nak like ka.. ignore ka...hee
sebab, kita hanya harap allah redha dengan perbuatan kita. untung2 dapat pahala kiranya ia memberi manfaat pada orang lain.. wink3 ;)
banyak lagi nak share senanye.. ni baru satu hadis nih. huu
takpe, sikit2 lama2 jadi banyak macam bukit ^^
ada masa aku tulis lagi ber'sharing is caring'' dengan kamu/anda/korang..hee
''spec besa..buku besa.. nampak aku hebat x? ==, ''
(ni cth budak riya'..hee)
akhir kata,
ambillah peluang join majlis2 ilmu supaya hati kita berisi..
:: BATERI rohani kita perlu DICAS dengan ILMU, baru ada TENAGA untuk BERAMAL::
assalamualaikum~ :))

No comments:
Post a Comment