Aku selalu ada DIA dan MEREKA
Ya Allah.. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah!
selesai akhirnya satu bebanan besar buat aku, iaitu menjadi pengarah projek pertandingan catur bistari 2014!
Mungkin pada orang lain itu cuma event kecil.
Tapi pada aku "berat" sangat. Sebab apa?
Sebab banya perkara yang aku tak tahu, dari aspek prosedur terutamanya..
Kat Umkl ni lain dengan nilam puri dulu.
yela kan, NP tu kecil je, urusan tak sebanyak kat KL ni..
huhuu..
dah lah! x nak dah cerita pasal projek.
Dah habis dah pun!! weeee~~~
point aku nak tulis entry ni sebenarnya adalahhh....
nak cerita macam mana aku boleh teruskan projek tu sampai selesai???
tak putus asa walaupun BANYAK halangan..
em, macam mana?
cuba teka?
hee
Sebab aku ada Allah dan Family
Dalam kerisauan yang menebal, bila takde sebarang tajaan, aku buntu.
aku dapat rasa cuma satu pergantungan untuk aku berharap.
DOA. aku doa... tak putus2.. aku cuba tajdid niat untuk ingatkan diri sendiri,
yang SEMUA ini sebagai satu amal soleh,satu ibadah..
akhirnya aku dapat bantuan dari arah yang aku tak sangka2..
Makcik Norsiah, tolong aku cari tajaan.
dalam masa 3 minggu shaja semuanya selesaii
such a miracle kan? nasrum minallah~ :D
Dan..
aku ada Family yang SENTIASA support aku.Especially mama..
mula2 aku rasa susahhh sgt. gerak kerja yang dibuat semuanya tak nampak hasil.
mama pesan, " jangan merungut. Buat kerana Allah, semuanya akan lancar."
aku pegang kata-kata mama.
Sejak tu, aku dah boleh control kemarahan bila ada masalah dlm gerak kerja.
aku dapat hadap semua tu dengan tenang dan berfikir lebih drpd beremosi.
bila mula rasa penatt.. aku ingat balik kata2 mama tu.
Babah pun sama, selalu bagi motivasi.
bila aku kata " ini 1st and last lah bah.. mira tak nak lagi da incharge program!"
babah slumber je gelak.. pastu cakap " takde... ini 1st and the 1st .."
Abangteh paling rajin.
Dia tak banyak cakap, tapi paling banyak tolong..hehehe
masa cuti semester hari tu, dia la yang rajin ulang alik Shah Alam - Kl bawak aku..
masa tu banyak hal surat menyurat ni.
Hampir tiap minggu kot.. :)
Abangteh dan Abangah pun banyak tolong..
ada beberapa urusan bank, yang diorang tolong buatkan
aku cuma call dari sini, minta tolong..
pastu dorang selesaikan.hehe
alhamdulillah.. banyak abang!
Kak ana pun tolong.. Dia mintakan tajaan kat bos dia.
huhu.. dalam masa sehari je... dah dapat!
Along & kak noni dah pernah jadi macam aku
incharge program mase diorang student dlu
dorang share pengalaman dorang..
motivate aku yang tak berpengalaman ni
yelakan, otai la katakaannn.. hee
Kaklang ngan Nekmak sentiasa update aku..
"cane program? okay x? ada masalah?"
Semua care. hehe tetiba terinngat lagu nih
~bila ku sedari.. diri disayangi.. langkah kaki ini semakin berani~~
:P
cam kena je lagu tu.
haha.. berbeza pulak dengan adik2..
diorang selalu komplen
"kakcik ni, asyik projekkk je.. bz jee..."
alhamdulillah, jazakumullah khoira semuaa.. mira tak tau dah nak cakap macam mana.
sayang sume orang <3
MEREKA semua buat aku rasa lebih kuat.
MEREKA yang setia support aku, dari mula, sampai habis
dan yang pasti...
hanya MEREKA yang betul2 ikhlas pada aku
susah senang, jatuh bangun aku..
mereka selalu ada...
Ya Allah, Rahmatilah keluargaku, berikan mereka keselamatan di dunia dan di akhirat, mudahkan semua urusan mereka. jagakan mereka ya allah.. aku saaaayaangggg mereka... aamiin....
No comments:
Post a Comment