Monday, 8 July 2013

welcome to ramadhan

bismillah~

ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui..dengan sempurna...
haa.. mesti sume tau lagu ni punya lah. sebab tiap kali nak ramadhan mesti ada keluar lagu nih.

alhamdulillah~ tiba bulan ramadhan yang ke-20 dalam hidup..
mungkin tolak beberapa tahun lah sebab masa kanak-kanak tak tahu apa sangat kan.
dalam umur 20 tahun ni, pernah tak betul-betul ada feel ramadhan?
yup. pernah. masa kat sekolah SHAMS dulu..huhu..
bila masuk je U.. fon kat tangan, laptop depan mata, wifi plak free.. ok, ngaku.
tak rasa macam mana ramadhan kat sekolah dulu..lalalala

ok, tu cter yang da lepas! dah dah! jangan nak nyesal2 lak
sekarang ni. realiti. pandang depan!
kita mesti pastikan peluang kali ni jangan dilepaskan lagi..

jom lihat hadis2 bab keutamaan bulan ramadhan ^^


Dari Ibn Abi Anas sesungguhnya bapanya bercerita, bahawasanya beliau mendengar Abu Hurairah r.a berkata, sabda rasulullah s.a.w : ketika bulan ramadhan, maka dibuka pintu-pintu rahmat dan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu. (h.r. muslim,kitabusshiam)

Maknanya, dalam bulan ramadhan ni, syaitan semua dah takda dah. kena ikat. Jadi, dah takde alasan dah. memang kalau still buat perkara mungkar, maksiat ataupun dosa. Itulah diri kita sendiri.

Dalam bulan ni lah kita berkesempatan memprogramkan atau mendidik diri kita sendiri.
sambil memperbaiki akhlak dan memperbanyakkan ibadah, kan? :)

Dari Abu Hurairah r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w, Setiap amalan anak adam akan dilipatgandakan pahalanya. satu kebaikan akan dilipatgandakan menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali lipat. Allah berfirman,''kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu bagiKu (Allah) dan Aku sendiri yang akan membalasnya,kerana orang yang berpuasa telah meninggalkan syahwatnya, makannya kerana Aku (inginkan pahalaku). Bagi orang yang berpuasa mendapat 2 kegebiraan ; gembira ketika berbuka puasa dan gembira ketika berjumpa Tuhannya. dan bau busuk mulutnya lebih wangi disisi Allah daripada bau minyak kasturi.
(h.r. ibn majjah, kitabusshiam)

subhanallah... bertapa hebatnya bonus di bulan ramadhan.. takkan tak nak grab kott~
cubalah kalau pahala dan syurga tu kita nampak? mesti kita berebut2 nak kumpul pahala kan?
Tapi, itu perkara ghaib. kita tak nampak. dan sebagai orang yang beriman. kita mesti yakin dengannya. no doubt.

hmm.. tapi kita kena ingat, amalan baik kita akan digandakan pahalanya. bagaimana pula kalau kita lakukan dosa??

Dari Abu Hurairah r.a berkata, sabda rasulullah s.a.w, Barangsiapa yang tidak meninggalkan pada perkataan dusta dan perbuatannya, maka tidak ada keperluan bagi Allah, di dalam meninggalkan makan dan minumnya. (h.r. Bukhari kitabusshiam)

okay, maknanya kat sini, kita berpuasa bukan hanya tahan lapar dan haus je.. tapi jaga perbuatan dan perkataan daripada perkara mungkar yang boleh menyebabkan dapat dosa. betapa ramainya orang sekarang yang puasanya takde effect pon pada dirinya selain dr rasa haus n lapar..(semoga kita semua tak tergolong dalam kalangan itu..amin~)

ingat! jangan biarkan ramadhan berlalu saja~ sebab, ada dari hadis nabi yang menyatakan (... sangat rugi bagi orang yang masuk dalam bulan ramadhan, kemudian habis bulan ramadhan itu, sebelum diampuni dosanya... dr h.r tirmizi )
maknanya, apabila bulan ramadhan yang penuh rahmat dan keampunan ni tamat, tapi dosanya masih belum diampunkan..sangat rugi...

itulah serba sedikit yang dapat dikongsikan tentang bulan ramadhan. moga-moga anda dan saya dapat manfaatnya. sambil berkongsi, tazkirah jugak pada diri sendiri..huu

nak kasi tips sikit ;)

5 TIPS SUKSES RAMADHAN

1) puasa sungguh-sungguh. (macam saya cakap tadi,bukan hny tahan lapar n haus tapi puasa dari kata-kata atau perbuatan buruk)

2) solat-solat sunnah (tarawikh dan solat-solat sunnah yang lain amalkan)

3) iktikaf 10 malam terakhir mencari lailatulqadar (ha.. ustaz ada pesan, kalau iktikaf kat masjid tu, tak yah la bawak tilam bantal sume.. itu bukan iktikaf dah tu, itu namanya, pindah tempat tidur..huu)

4) bacaan Al-Quran ( banyakkan kalau boleh khatamkan 30 juzuk. mesti boleh punyer ..cayalah~)

5) zakat fitrah

salam ramadhan buat semua..
maaf zahir batin. semoga amalan kita diterima, doa didengar dan diredhaiNya.. amin~


aku mula dari bawah....

bismillah

weee~ lamenye tak menulis, yeah, akhirnya aku dapat ilham!
err.. ilham lah sangat kan..

aku memang suke menulis. dengan menulis, buat aku rasa lega. terluah apa di benak aku nih.
nak cerita, sape nak dengar. kalau update kat facebook je memanjang, annoying la plak kan.
so, aku rase better tulis blog.
sape nak bace je akan klik. sape yang tak nak just scroll down. terserah.
mungkin sekarang aku ni dalam proses mencuba dan belajar menulis.
aku sedar penulisan aku berterabur, tak padat dan mantap.  (tapi, terima kasih banyak sapa yang sudi baca..hee)
sekarang ni, aku sedang belajar dan memerhati...

hmm.. pemerhatian adalah salah satu cara belajar kan?
yup. aku sentiasa membuat pemerhatian, tentang pelbagai perkara..
memerhati cara penulisan, perbuatan dan percakapan orang lain.
kadang-kadang cuba perhati cara pemikiran orang..hehehe
banyak sebenarnya yang aku dapat. even tengok movie pon, aku bole belajar sesuatu.
itu pun pemerhatian jugak kan?? pemerhatian tentang realiti kehidupan. kan? kan?

tak semua perkara kita boleh belajar dengan google tutorial atau cari buku teori tebal-tebal.
ada yang kita perlu membuat pemerhatian
especially kemahiran.
kemahiran yang betul-betul aku cuba nak belajar adalah kemahiran menulis..
kemahiran mengimbangi emosi dan keadaan..
kemahiran mengaplikasikan ilmu pada kehidupan seharian..
kemahiran berkomunikasi dengan baik pada pelbagai peringkat umur
suka memerhati orang-orang hebat. tak tiru, tapi cuba aplikasikan dengan cara tersendiri

pernah terlintas cita-cita nak jadi seorang penulis. zahrina kata, kena banyak membaca baru boleh menulis.
aku setuju sangat dengan apa yang dia kata tu.
sebab.. kita kena buat pemerhatian dulu macam mana penulis mengolah sesuatu cerita atau topik.
jadi sekarang ni aku tengah try la ni..
maaaana ada orang tiba-tiba je jadi hebat. mesti mula dari bawah punya lah!

kalo tak caya nanti lagi 10 tahun baca balik entry ni.. (eheh.. konfiden je kan.. :P )
ehh.. siyes.. kalau interview orang-orang yang sekarang dah berjaya, mesti dia ada pengalaman gagal, atau pengalaman mula dari bawah. betul x?

pesanan kepada sesiapa yang rajin baca blog yg masih dalam pembinaan ni..
hee.. (senyum lebar mata bersinar-sinar)
jazakumullahukhoira.. terima kasih.. arigato.. kamsahamnida.. thank you
sebab korang lah orang yang paling sporting skali, dan sempoi..
mungkin sekarang aku masih di bawah. tak tahu apa-apa dan bukanlah sesiapa...
tapi tak mustahil kan suatu hari nanti ...................................( ^^ )v

CITA-CITA ada di hadapan
USAHA lari kejar harapan,
masa tu..
KEYAKINAN yang temankan
DOA pun tak henti sentiasa beriringan
yang pasti, harus
YAKIN bantuan Tuhan
mesti KEJAYAAN datang nak ikut berteman ..
peace!! ;)


Tuesday, 2 July 2013

sifat keanak-anakkan sedikit demi sedikit terhakis mingkin :/

bismillah..

i'm realize about something.
zaman terkinja-kinja aku mungkin dah tamat.
masa untuk berfikir dan bertanggungjawab atas segala hal yang berkaitan dengan hidup aku.

#myself#family#study#

bila dikenang kembali zaman sekolah dan asasi, aku senyum sendiri...
banyak betul masa untuk aku bermain-main..lepak.. macam orang takde masalah..

tapi sekarang, selalu rasa berat. senyum aku tak lama..ketawa pun jarang. nak kata stress tu tak la.. tp macam..semuanya kena serius. itu pun alhamdulillah aku duk rumah ni ade adik2 yang menghiburkan.
walaupun kadang2 geram dengan dorang yang susah betul nak dengar kata. tapi gelagat diorang boleh buat aku terhibur. taklah bosan sangat kan..

ingat lagi masa sekolah TMS (tuanku muhammad school,k.pilah) dan SHAMS dulu.. hmm.. aku pernah jadi macam-macam kategori pelajar. pelajar pasif, bermasalah, bising, cengeng, rajin (eceh,puji dri sndiri lak. ni mse form 5 je) semua pernah rase.. setiap tahun dr form 1 ke form 5 karakter aku berubah.. budak-budaklah katakan.. mencari identiti.ehe..

mase asasi pulak,. pernah jadi seorang yang manja (tapi kat bilik je la), sebab sorang je junior, ade 2 kakak yang baik same bilik ngan aku. kak nisa dan kak maryam. bila naik tahun ke-2 asasi, aku dah mula sedikit serius dengan kerja2, ada pulak masalah kawan yang menimpa2..sikit2 merubah diri aku...

sekarang tengah cuti..
dalam tempoh cuti ni pun, macam-macam rasa yang baru kenal.. satu persatu ujian yang datang..
satu persatu pengalaman baru aku tempuh.. biase la kan..ade yang manis.. ade yang masam pahit payau..
nak tak nak semua kena telan..

ada seorang kawan ni, bila aku kongsi cerita aku, dia kata..''memang umur muda macam awak, akan rasa tenggungjawab tu berat'' mama pun kata ''dulu, masa mama umur mira, mama takde masalah.. mama relax je, enjoy lg dengan kawan2..pk nak happy je''

tapi kan,, aku tak bole nak take advantage dengan kata2 dorang.. aku kena lebih kuat, tak boleh merungut.tak boleh rasa ujian aku dah cukup berat,dan aku ni dah cukup bagus dan hebat.
ada lagi orang lain yang allah uji lebih berat daripada aku.
aku baru belajar dengan keadaan ini...

yosh!
teruskan melalui jalan yang allah susun ni, dengan tawakal kepadaNya..
fikirkan hikmah bukan merungut mengah.
tanpa ujian Dia, aku mesti jauh denganNya..
tanpa ujian Dia, aku mesti leka enjoy tah kemana
tanpa ujian Dia, mungkin arah tujuku samar..
allah uji aku, sebab allah sayang..allah beri perhatian pd aku..
allah nak aku bulatkan cinta dan harapan hanya pada Dia..

tak semua perkara kita boleh belajar bermula dengan teori kemudian diikuti dengan praktikal
terutamanya pelajaran mengenal diri sendiri, tanggungjawab, dan kehidupan..
dan~ pelajaran yang istimewa ini, hanya akan dapat melalui dugaan dan ujian allah..
di awalnya, akan lalui dalam keterpaksaan, diikuti dengan redha dan bulatnya tawakal...

astaghfirullah..alhamdulillah...
Allahumma alhimni rusydi wa 'aizni min sharri nafsi..
ya allah.. berikan aku ilham yang benar, dan lindungi aku dr buruknya diriku sendiri....

moga setiap apa yang aku lalui, dalam petunjukNya..amin...
thanks for reading my heart thoughts






Friday, 28 June 2013

aku mahu...

bismillah..

keadaan tersepit, mungkin kali ini aku yang perlu memilih dan berfikir yang mana lebih baik.
antara menjaga mama yang sedang sakit ataupun pergi mengaji tafsir AQ (biasanya pondok tu kalau bulan puasa,akan khatamkan ngaji tafsir Al-Quran)

kalau secara rambang dibuat bancian pun, ada yang prefer jaga mama (A).. tak kurang juga dengan yang prefer g ngaji  (B)..

antara dalil yang golongan (A) adalah ''kama Qol'' dalam 1 hadis ttg jihad, apabila rojul bertanya pada rasulullah, kemudian rasulullah perintah pada rojul utk pulang pada orang tuanya, itu jihad bg rojul itu.

dan banyak lagi hadis2 nabi yang perintah pada berbuat baik pada ibu bapa..

pendapat golongan (B) pula kata, di rumah masih ramai adik beradik yang lain boleh bantu. (tapi semua dah ada kerja masing2.. hal yang x dpt dielakkan, aku je yg cuti skrg..)

apa mahu apa???

aku nak ngaji tu.. bukan lama sangat, cuma kurang dr 3 minggu je. then lepas tu, aku masih ada sebulan penuh cuti. mase tu aku betul2 free boleh jaga mama. tambah pula, pasni nak masuk study balik. bukan senang nak dapat masa cuti yang macam ni.

hmm.. tapi itulah.. itu cuma permintaan hati aku.. nama pun permintaan hati, x semestinya perlu tertunai. kalau keadaan tak mengizinkan, aku harus terima. biasalah, tak semua yang kita mahu, kita dapat kan..dan! rasa hati x tentu betul. kalau ikutkan mama pun, dia suka sangat aku g ngaji, sikit pun x dihalang.. cuma itulah, dia perlukan aku sekarang, bukan sengaja..

istikharah adalah usaha terakhir buat aku.. serah pada Yang Maha Tahu
semakin ramai yang tidak lagi beri harapan utk aku,.
tinggal pada Allah je aku belum putus harap, Doa kan boleh mengubah takdir.. aku serah.. pilihkanlah untuk aku..

# sekadar luahkan apa yang aku rasa, tak kata betul tak kata salah.sedih (=,=)'

Tuesday, 25 June 2013

hanya suara hati

bismillah...

kesabaran harus maksima
semuanya kena tenang..

sudah hampir dua bulan, aku dalam pengembaraan mencari kekuatan diri. 
menetapkan identiti dalam realiti.
walaupun kadang-kadang aku rasa terlalu berat hadapi semuanya, tapi aku masih ingat 
pesan seseorang padaku...

mira,
    SABAR.. DOA BANYAK2.. JANGAN MENGELUH

seharian waktuku, untuk adik-adik dan mama.. fikirkan tentang mereka, melayan kerenah mereka.
satu yang aku harapkan, moga setiap detik yang aku luangkan untuk mereka itu, dicatat oleh kanan. ditulis sebagai ibadah, bekalan untuk aku berhadapan dengan Sang Pencipta kelak.

aku perlu mendengar setiap keluhan mereka, tunaikan permintaan mereka.. memberi tunjuk ajar apa yang perlu. ya, memang benar proses mendidik itu berat. perlu kesabaran dan didikan berterusan.

aspek yang paling utama yang aku terapkan pada adik2.. kembali pada fitrah yakni IBADAH..
itulah satu2nya perkara utama yang boleh memberi ketenangan hidup dan mati nanti.

semua keluhan, permintaan dan masalah mereka, aku dengar. aku cuba semampu aku untuk bantu dan menasihati....

kata hati aku? hanya aku lakarkan dalam doa, dan ku nukilkan disini. aku tidak bersendiri dan tak akan pernah menyendiri. DIA sentiasa ada denganku,.
aku takkan menangis!

matlamatku, misiku.. dah jelas terukir dalam-dalam. aku takkan pernah mengalah..


Friday, 21 June 2013

belajar tak berpenghujung

bismillah

al-ilmu thalatun wa ma siwa dzalika fahua fadhlun, ayatun muhkamatun au sunnatun qoimatun, au faridhatun adilatun...

adapun ilmu itu ada 3 (yang wajib dipelajari) dan selain daripada itu adalah baik (lebihan, x belajar pun x berdosa), ayat yang menghukum (Al-Quran), sunnah yang tegak ( As-Sunnah) dan ilmu waris yang adil..


hmmm.... umur dah 20.. 3 ilmu yang wajib ni pun masih belum habis aku pelajari..

bila muhasabah balik, dalam 20 tahun ni, berapa peratus ibadah, berapa peratus lahan???

ya allah, sungguh aku telah zalim pada diriku sendiri.

memang belajar itu tak akan pernah berpenghujung.. min almahdi ila allahdi (dari buai hingga liang lahad)..

sekarang ni perancangan memang banyak, mudah-mudah allah permudahkan..
yang aku harapkan cuma keredhaanNya, rahmatNya, SyurgaNya.. moga barokah~amin..

perancangn itu muadah, tapi sepanjang perlaksanaannya itu yang berliku-liku..
ape pun yang terjadi jangan berhenti berharap, Doa banyak2.. lalui semuanya dengan sabar
 ( bissobri wassolah) doa saja yang boleh merubah Qadar..

masa terus berjalan.. aku juga perlu terus ke depan..

3 kunci kejayaan
- alim, faqih
- akhlaqulkarimah
- berdikari

><

Friday, 10 May 2013

sebelum ke batam, indonesia

bismillah..

malam tadi sempat berbual pendek dengan seoran ustazah yang mempunyai pengalaman mengaji pondok.

kata-kata dan nasihatnya banyak menyuntik semangat buat aku.
beliau kata :

sementara muda macam ni lah kena mencari ilmu, banyakkan ngaji (belajar isi Al-Quran dan Hadis. nanti dah tua, ada banyak tanggungjawab, memang susah dah.. akak dah berpengalaman. bila peluang macam ni datang, tempuh je.. kalau nak cakap pasal duit (kos) ''ada duit baru nak g ngaji'' , belum tentu lagi bila berduit kita dapat peluang macam ni .. nanti belajar sungguh2.. masa yang berlalu takkan berulang. manfaatkan betul2..

...................

 ya allah.. aku betul-betul rindu dengar nasihat macam tu.
itu lah yang setiap hari kuliah aku dengar. walaupun sekejap, tapi bermakna.

abang ngah pula pesan :

yah, kau pergi ngaji ni, bawa amanah, harapan.. bukan harapan family je, tapi orang sekeliling. ngaji betul-betul.. nanti boleh sampaikan kat kak ana, mama.. dah susah nak jumpa perempuan yang boleh mengajar..

insya'allah.. aku akan cuba yang terbaik. tanam niat dalam-dalam.. lillahi taala.. ><

aku manusia biasa, banyak silap dan alpa, dengan pergi ngaji ni, salah satu usaha aku untuk memperbaiki diri.. seterusnya boleh menyampaikan ilmu yang aku terima nanti pada orang lain..

alhamdulillah jazakumullahu khoiraa, pada yang memberi tajaan untuk aku ke sana. walaupun tak tahu siapa individu2 itu, Allah Tahu.. moga Dia memberkati mereka..amin~

dan nanti, buat pertama kalinya, aku berbulan ramadhan di tempat orang, dan dalam suasana majlis ilmu sepenuhnya.. pengalaman baru untuk aku.. alhamdulillah..

yang paling aku harapkan adalah,.. seperginya aku, mama sembuh seperti sedia kala. memandangkan dalam sebulan lebih aku bercuti ni, hanya aku yang mama harapkan untuk membantunya di rumah.. (sedikit risau, tapi aku yakin, allah yang susun semua ni, mesti ada hikmah di sebaliknya. moga Allah bantu.)

dengan lafaz bismillah, aku mulakan langkah..
'>_<'   ... bismillah.....


Wednesday, 8 May 2013

resepi yang ummi mintak :)

bismillah :)

hi guys! today i want to share with you.. how to make caramel pudding~ yay~!!! :D

huhu.. saje je tulis dialog same mcm video2 omputeh yang wat kek kat youtube tu.. penah tengok tak? taip je ''how to make ... (apa2 makanan yg anda nak buat) '' nanti ade la kluar..
best~ bole try mcm2 resepi dan macam2 cara..
:)

ok, ni 1st post saya share tentang resepi. aish, bunyi cam teror je ..hehe.. ni resepi minta kat mama..
hah, lg 1, resepi ni khas untuk kawan saya : ummi kalthum :)

bahan-bahannya :

12 biji telur
1 tin susu cair
1 tin jagung
1 cawan air
1 cawan gula pasir
2 camca esen vanila
2 keping gula melaka (ditumbuk halus)

cara-caranya :

1. tabur gula tapak yang telah ditumbuk ke dalam bekas.. ratakan .. biar dulu...
2. blend kesemua bahan2 lain asing2.. bila dah blend 1 per satu.. baru campur..kacau sesedap rasa...
3. ok,tuangkan bancuhan tadi ke dalam bekas yang telah disediakan tadi..
4. kukus di dalam periuk kukusan selama 1 jam.
5. sejukkan di dalam peti, kemudian sedia dihidang dan dinikmati :)

biar sejuk betul, baru best~ ;)

p/s : ummi, kalo x phm komen ea.. tak penah menterjemahkan cara memasak, takut tak phm je..huu

     
 ni yang saya buat hari tu.. nampak cam pecah2 en..mase terbalikkan tu cam terpatah sket..hehe

Monday, 6 May 2013

kembara menganyam pahala

bismillah



 MENGANYAM PAHALA

Bilah-bilah hariku yang bergumpal
detik-detik hidupku yang bersimpul
kuanyamkan semula
kubuangkan duri-duri dosa
kuwarnakan dengan indah pahala
pada petak-petak nur.

Terbentanglah tikar imanku

kusujud di depan-Mu. 

cdt by :Azmi Rahman,UUM, Sintok.


insya'allah hujung minggu ni nak berangkat
pergi bermusafir di bumi Allah mencari ilmu

ramai yang menasihat,
''niat harus diperbetul''

ya, aku tahu.
segalanya perlu lillahi ta'ala..
aku betul-betul rindukan suasana belajar.
itu yang selalu membuat aku rasa dekat denganNya,
beri aku tenang.
sementara nikmat hidup sihat masih aku rasa,
nikmat masa lapang masih dikurnia.

aku harap 3 bulan disana nanti
dapat mentarbiyah hati ini..

agar ikhlas serahkan diri kepadaNya, demi menggapai redha dariNya. tanpa tandatangan kehadiran, tanpa sebarang peperiksaan, tanpa perkiraan markah atau pointer,
aku serah, Ya Allah
moga diterima. Aminn..




Sunday, 5 May 2013

jauh sejenak


bismillah..

berita tiba, saya terdiam
antara gembira dengan sedih
kamu berlegar di fikiran
mungkin agak lama kita jauh
tapi biar jarak jauh asal hati tak menjauh
kan?

saya akan ingat kamu
uhibbukifillah
sebab kalau saya sayang, saya sayang sungguh-sungguh
:)

minta maaf kiranya ada salah bicara, terlebih terkurang selama kamu bersahabat dengan saya.
insya'allah aidilfitri nanti pertemuan kita yang seterusnya. tunggu saya ya! huu

pesan buat kamu : jangan sedih2, jaga diri, makan ontime, breakfast tu jgn tinggal.jangan lupa saya.huuu

ha, all the best ya menjahit. teruskan menghasilkan cover al-quran yang indah2. kamu gilap kelebihan kamu sugguh2. nanti pasti akan membuahkan satu kejayaan buat kamu.


satu je yang saya nak kamu tahu..
selagi cincin ni ada di jari manis
saat usai solat dan tadah tangan,
cincin ini sbg ingatan
doa buat kamu tak ku lepas..
insya'allah


moga baik-baik saja di sini ya. moga allah bersama kita. redha dengan ''jauh sejenak'' kita ini..