weee~ lamenye tak menulis, yeah, akhirnya aku dapat ilham!
err.. ilham lah sangat kan..
aku memang suke menulis. dengan menulis, buat aku rasa lega. terluah apa di benak aku nih.
nak cerita, sape nak dengar. kalau update kat facebook je memanjang, annoying la plak kan.
so, aku rase better tulis blog.
sape nak bace je akan klik. sape yang tak nak just scroll down. terserah.
mungkin sekarang aku ni dalam proses mencuba dan belajar menulis.
aku sedar penulisan aku berterabur, tak padat dan mantap. (tapi, terima kasih banyak sapa yang sudi baca..hee)
sekarang ni, aku sedang belajar dan memerhati...
hmm.. pemerhatian adalah salah satu cara belajar kan?
yup. aku sentiasa membuat pemerhatian, tentang pelbagai perkara..
memerhati cara penulisan, perbuatan dan percakapan orang lain.
kadang-kadang cuba perhati cara pemikiran orang..hehehe
banyak sebenarnya yang aku dapat. even tengok movie pon, aku bole belajar sesuatu.
itu pun pemerhatian jugak kan?? pemerhatian tentang realiti kehidupan. kan? kan?
tak semua perkara kita boleh belajar dengan google tutorial atau cari buku teori tebal-tebal.
ada yang kita perlu membuat pemerhatian
especially kemahiran.
kemahiran yang betul-betul aku cuba nak belajar adalah kemahiran menulis..
kemahiran mengimbangi emosi dan keadaan..
kemahiran mengaplikasikan ilmu pada kehidupan seharian..
kemahiran berkomunikasi dengan baik pada pelbagai peringkat umur
suka memerhati orang-orang hebat. tak tiru, tapi cuba aplikasikan dengan cara tersendiri
pernah terlintas cita-cita nak jadi seorang penulis. zahrina kata, kena banyak membaca baru boleh menulis.
aku setuju sangat dengan apa yang dia kata tu.
sebab.. kita kena buat pemerhatian dulu macam mana penulis mengolah sesuatu cerita atau topik.
jadi sekarang ni aku tengah try la ni..
maaaana ada orang tiba-tiba je jadi hebat. mesti mula dari bawah punya lah!
kalo tak caya nanti lagi 10 tahun baca balik entry ni.. (eheh.. konfiden je kan.. :P )
ehh.. siyes.. kalau interview orang-orang yang sekarang dah berjaya, mesti dia ada pengalaman gagal, atau pengalaman mula dari bawah. betul x?
pesanan kepada sesiapa yang rajin baca blog yg masih dalam pembinaan ni..
hee.. (senyum lebar mata bersinar-sinar)
jazakumullahukhoira.. terima kasih.. arigato.. kamsahamnida.. thank you
sebab korang lah orang yang paling sporting skali, dan sempoi..
mungkin sekarang aku masih di bawah. tak tahu apa-apa dan bukanlah sesiapa...
tapi tak mustahil kan suatu hari nanti ...................................( ^^ )v
CITA-CITA ada di hadapan
USAHA lari kejar harapan,
masa tu..
KEYAKINAN yang temankan
DOA pun tak henti sentiasa beriringan
yang pasti, harus
YAKIN bantuan Tuhan
mesti KEJAYAAN datang nak ikut berteman ..
peace!! ;)
peace!! ;)
No comments:
Post a Comment