ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui..dengan sempurna...
haa.. mesti sume tau lagu ni punya lah. sebab tiap kali nak ramadhan mesti ada keluar lagu nih.
alhamdulillah~ tiba bulan ramadhan yang ke-20 dalam hidup..
mungkin tolak beberapa tahun lah sebab masa kanak-kanak tak tahu apa sangat kan.
dalam umur 20 tahun ni, pernah tak betul-betul ada feel ramadhan?
yup. pernah. masa kat sekolah SHAMS dulu..huhu..
bila masuk je U.. fon kat tangan, laptop depan mata, wifi plak free.. ok, ngaku.
tak rasa macam mana ramadhan kat sekolah dulu..lalalala
ok, tu cter yang da lepas! dah dah! jangan nak nyesal2 lak
sekarang ni. realiti. pandang depan!
kita mesti pastikan peluang kali ni jangan dilepaskan lagi..
jom lihat hadis2 bab keutamaan bulan ramadhan ^^
Maknanya, dalam bulan ramadhan ni, syaitan semua dah takda dah. kena ikat. Jadi, dah takde alasan dah. memang kalau still buat perkara mungkar, maksiat ataupun dosa. Itulah diri kita sendiri.
Dalam bulan ni lah kita berkesempatan memprogramkan atau mendidik diri kita sendiri.
sambil memperbaiki akhlak dan memperbanyakkan ibadah, kan? :)
Dari Abu Hurairah r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w, Setiap amalan anak adam akan dilipatgandakan pahalanya. satu kebaikan akan dilipatgandakan menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali lipat. Allah berfirman,''kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu bagiKu (Allah) dan Aku sendiri yang akan membalasnya,kerana orang yang berpuasa telah meninggalkan syahwatnya, makannya kerana Aku (inginkan pahalaku). Bagi orang yang berpuasa mendapat 2 kegebiraan ; gembira ketika berbuka puasa dan gembira ketika berjumpa Tuhannya. dan bau busuk mulutnya lebih wangi disisi Allah daripada bau minyak kasturi.
(h.r. ibn majjah, kitabusshiam)
subhanallah... bertapa hebatnya bonus di bulan ramadhan.. takkan tak nak grab kott~
cubalah kalau pahala dan syurga tu kita nampak? mesti kita berebut2 nak kumpul pahala kan?
Tapi, itu perkara ghaib. kita tak nampak. dan sebagai orang yang beriman. kita mesti yakin dengannya. no doubt.
hmm.. tapi kita kena ingat, amalan baik kita akan digandakan pahalanya. bagaimana pula kalau kita lakukan dosa??
Dari Abu Hurairah r.a berkata, sabda rasulullah s.a.w, Barangsiapa yang tidak meninggalkan pada perkataan dusta dan perbuatannya, maka tidak ada keperluan bagi Allah, di dalam meninggalkan makan dan minumnya. (h.r. Bukhari kitabusshiam)
okay, maknanya kat sini, kita berpuasa bukan hanya tahan lapar dan haus je.. tapi jaga perbuatan dan perkataan daripada perkara mungkar yang boleh menyebabkan dapat dosa. betapa ramainya orang sekarang yang puasanya takde effect pon pada dirinya selain dr rasa haus n lapar..(semoga kita semua tak tergolong dalam kalangan itu..amin~)
ingat! jangan biarkan ramadhan berlalu saja~ sebab, ada dari hadis nabi yang menyatakan (... sangat rugi bagi orang yang masuk dalam bulan ramadhan, kemudian habis bulan ramadhan itu, sebelum diampuni dosanya... dr h.r tirmizi )
maknanya, apabila bulan ramadhan yang penuh rahmat dan keampunan ni tamat, tapi dosanya masih belum diampunkan..sangat rugi...
itulah serba sedikit yang dapat dikongsikan tentang bulan ramadhan. moga-moga anda dan saya dapat manfaatnya. sambil berkongsi, tazkirah jugak pada diri sendiri..huu
nak kasi tips sikit ;)
5 TIPS SUKSES RAMADHAN
1) puasa sungguh-sungguh. (macam saya cakap tadi,bukan hny tahan lapar n haus tapi puasa dari kata-kata atau perbuatan buruk)
2) solat-solat sunnah (tarawikh dan solat-solat sunnah yang lain amalkan)
3) iktikaf 10 malam terakhir mencari lailatulqadar (ha.. ustaz ada pesan, kalau iktikaf kat masjid tu, tak yah la bawak tilam bantal sume.. itu bukan iktikaf dah tu, itu namanya, pindah tempat tidur..huu)
4) bacaan Al-Quran ( banyakkan kalau boleh khatamkan 30 juzuk. mesti boleh punyer ..cayalah~)
5) zakat fitrah
salam ramadhan buat semua..
maaf zahir batin. semoga amalan kita diterima, doa didengar dan diredhaiNya.. amin~

No comments:
Post a Comment