pagi 1 ramadhan :)
dah lama tak merasa 1st ramadhan kat rumah.. selalunya mesti kat hostel.tetibe ter'excited pulak nak tulis blog pg ni.. sebab apa?
sebab nak cter pengalaman baru laa.. hee
kali ni kan, jadual ramadhan aku kena rombak... err, xde la rombak mane pon. ni la nak cter ni..
selalunya tak kisah nak tidur kol brape.. bangun pun ade yg kejutkan(kalo kat rumah la)
tapi for the first time, sebelum tidur kena masak dulu utk sahur.. then, pagi tu, kena bangun dulu serve kan makanan dan kejut adik2. okay, w/p bukan la ape sgt cter ni kan, tapi bg aku ini 1 benda baru.
lalala~
yelah, dulu relax je.. bangun da la paling lambat skali (ehm, mengakhirkan sahur la katakan~)
tau2 je makanan memang da ada atas meja. senang betul masa tu yee.
perubahan yang mendadak. daripada langsung tak reti nak wat keje dapur. tup2 WAJIB buat semuanya.
aku memang mula dari Zero kott.. nak masak pun kena call2 nekmak..
sebelum ni tak payah nak fikir pasal yang lain. cukup fikir aktiviti ibadah sendiri..
heh. baru tau rasa macam mana jadual mama dulu kan. rupa-rupanya penat. skrg baru tahu..
hmm..
betul lah dengan perubahan baru ada peningkatan.
adanya sesuatu ujian itu, untuk mematangkan..
tanpa ujianNya, mesti sampai sekarang aku leka dan terus dengan sifat yg kebudak-budakan tuh..huu
mama masih belum pulih sepenuhnya, jadi aku la kena ganti kejap kerja2 mama..
Allah Maha Mengetahui .. rencana dia bersebab.. kita kena yakin ''inna ma'al-usri yusraa'' iaitu setiap kesulitan itu pasti ada kesenangan.
hah. nak cter pasal luqman plak.
kan antara target ramadhan rata-rata orang islam adalah, nak khatamkan Al-quran,30 juzuk. hee same la kite..
6.45pg
jadi, pg tadi aku pinjam Al-Quran dia. sebab AQ dia besar. best.. ( niat nak pinjam sepanjang bulan ni..hehe)
kan aku mula baca dari 1st page kan, dia tegur la..
luqman : eleh, luqman dah sampai m/s 20 da.. haha
aku : :) kakcik bole lumba luqman ..kejap je nanti da sampai 20
lepas beberapa minit aku panggil dia
aku : luqman tengok ni. kite dah seri. kejap je kan? kakcik dah kata dah..:D
luqman : hish kakcik ni.. bagi lah AQ luqman.luqman nak baca skrg!
aku : eleh, luqman pegi skolah, kakcik baca banyak2! haha :P
luqman : alaaaaaaaaaa..
aku : padan muka. tu la.. ada masa, luqman tak manfaatkan.asyik main game je...
...
ni la Luqman Hakim
hehe.. saje cakap camtu..
aku nampak sesuatu pada situasi ni.
luqman,adik bongsu aku. umur baru 6 tahun,
dah ada rasa nak berlumba2 buat kebaikan. rasa persaingan dalam perkara yang baik.
dengan kesempatan ni, aku nak biar rasa nak bersaing ni ada dalam diri dia..
supaya dia lebih manfaatkan waktu dia untuk mengaji. bukan lagi game!
ok, tu je nak cter.. ^^ assalamualaikum!

No comments:
Post a Comment