Tuesday, 20 August 2013

jauh dan kembali

Hidup takkan berhenti dengan cubaan.
Itu sebagai tanda yang Allah masih syg
Lumrah manusia selalu lupa dan alpa bila senang.
Kemudian allah tarik semula senang itu untuk tarik hamba pada iman.

Kadang jauh.. Kemudian kembali.
Kerana apa? Kerana hanya pada satu arah bisa memberi ketenangan hakiki.
Jangan sesekali lari dari situasi
Terus jalani hidup menghadap matahari
Biar segala bayang takut dan resah itu sekadar di belakang bukan dihati


Kembali pada fitrah. PerintahNya dijaga rapi.
lihat langit biru yang luas itu.
RahmatNya seluas itu malah infiniti kira
Sedarkan kembali. Seorang hamba. Maka jadi yang sebenar-benar hamba.
Meski berulang kali pernah menjauh
Harus gagahkn langkah untuk kembali

*nukilan malam hamba yg resah. Moga rahmatNya tetap mengiringi hamba ini. Aminn*

No comments:

Post a Comment