Thursday, 18 April 2013

bahasa melambangkan ''2 i'' ;)

bismillah~

bila ada post ape2 di mana2 laman sosial..
contohnya video kat fb atau youtube,.
saya lebih suka baca komentar2 bebas daripada pelbagai jenis orang..

dan setelah sekian lamanya saya rajin membace komen2.. memerhati...
dapat disimpulkan~

macam2 orang.. macam2 ragam..
macam2 gaya bahasa yang digunakan
ada yang komen letak ''smiley'' je.. :)
ada yang komen panjang~ nasihat .. (yg ni bagus ;) )
ada yang suke tulis akronim, mcm.. ''W_ _''..err ade...betul.. ce tengok..
yang paling tak best! yang suke carut2..maki orang tak leh blah...

mungkin nak menegur..tapi tak perasan yang dia carut2 tu pun tak elok gak.
so, same je. :/

bahasa jiwa bangsa
bahasa kita melambangkan ''2 i'' -iman -imej
dengan bahasa2 yang digunakan dalam komen2 tersebut,
boleh melambangkan diri kita macam mana..
jadi agak2 lah kalau nak komen pon.. hati-hati..
kalau betul lah, kita nak tegur.. guna cara lain..
jangan hambur kata2 kesat tu kat ruang komen sampai public boleh baca..
kan aibkan orang tu namanya..

dalam alam maya macam ni, mungkin semua berani nak cakap macam2,
sesedap rasa..
sebabnya..
''bukan face to face''
''alah, komen je pun.. ''
''bukan orang tu kenal aku pon''
''sape suh gedik sangat''
dan macam-macam lagi alasan untuk menyedapkan hati masing2 dan menganggap apa yang mereka buat tu takde salahnye.. hmm

tapi!
ingat.. setiap apa yang kita buat semuanya akan dipertanggungjawabkan.
setiap apa yang kita tulis, post, share, like, tag~~~semua!
takde satu pun yang terlepas dari catatan di kanan dan kiri kita
kalau setakat nak carut2 marah sume kat komen tu, better tak payah tulis lah.. sia2 je

jadi!
tulis yang baik-baik
cakap yang baik-baik
ataupun.. DIAM

(h.r.bukhari/muslim)

jangan lupa.. bahasa kita melambangkan ''2 i '' (^^)v

 (peringatan utk diri sendiri gak ni. yela, manusia kan, selalu lupa)

# mungkin tangan yang menulis ni pun tak sebaik mana tapi apa salahnya kita saling menegur dan mengingatkan.. :) sekian wasalam~..

Monday, 8 April 2013

nak suasana tarbiyah... bentuk sendiri! :)

bismillah!

masuk minggu ni, dah 23 hari aku bercuti di rumah

tiada kelas, tiada kuliah tafaqquh, tiada iza'ah sobahiah(radio pg2)
tiada suasana tarbiyah yang setiap waktu solat, ade pengumuman ajak solat ontime... malam agak2 kol 11mlm ade bacaan al-mulk sejurus lepas tu ade tazkirah...

hmm.. bila kita ada di tempat yang penuh dengan tarbiyah, rasa kuat, kan?
ya, tapi nope!
tarbiyah tu bukan hanya pd faktor tempat.
yang utama tu adalah diri sendiri.
suasana tu, kita boleh bentuk.
 keadaan itu kita yang pilih. 
sama ada nak terus rasa tenang dan terisi dengan tarbiyah dan ilmu,
ataupun biarkan diri terus leka dengan suasana kosong... sia-sia..

sekarang ni.. nasihat dan pengisian utk hati semua kena cari sendiri
tak lagi disuap manje macam kat nilam puri dulu.

jadi di sini, nak share la sket, apa inisiatif yg dlakukan untuk dapat pengisian dalam suasana takde kelas nih :)

(1) sekarang ni, aku lebih kepada membaca, (baru dpt rasa manisnye membaca.hehe)
baca buku2, artikel2 nasihat, motivasi..
membaca ni, memang buat aku rase keluar dari tempat yang aku duduk, keluar dari masalah yang aku hadapi. siyes, best. cuma buku tu kena la pilih elok2..
sebab..
''you are what you read and what you eat''
phm kan... :')

(2) ada masanya tengok tv al-hijrah 
( channel paling bagus, bila tengok ustaz2 tu bg kuliah, da rase mcm kat dalam kelas. ^^, ske sgt)

(3) dgn on9 fb?
memang selalu on9, cari page2 yang byk kata2 nasihat dan motivasi mcm..
kagum betul dengan mereka
kadang2, pendek je dia tulis, tp menusuk.
huhu.. 
kadang2 terbabas juga.. buang masa dengan on9 ni. hehe.. (jgn ikut!)

(4) ikut pengajian al-quran hadis ..
yang ni ada seminggu sekali je,
tapi ok la dari takde kan. 

aku buat semua tu,
cuma... masa kosong seperti sekarang ni, rasa macam ujian besar buat aku,huhu
kenape? sebab, masa yang aku gunakan tak semua dengan perkara bermanfaat..
aku sedar tu, dan sekarang tengah usahakan untuk memenuhi masa aku dengan sesuatu yang boleh hasilkan sesuatu.

perancangan banyak. perlaksanaannye masih tak tentu.
(doa2kan lah ye..huu)

untuk terus rasa suasana tarbiyah tu, kita yang kena usaha.
banyak2 mengaji, buat amalan sunnah nabi,
doa supaya ditetapkan hati ^^
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
[8: آل عمران]

Saturday, 6 April 2013

ada kenduri? ikut jangan tak ikut~ :)

bismillah!

sejak kebelakangan ini, ade saje kad jemputan ke walimatulurus a.k.a kenduri lah,  yang diterima :)

seperti orang lain yang agak2 sebaya ngan saya, mesti malas nak ikut..
bila mak tanya, nak ikut x?
x nak. nak duk rumah je senang.

haaa.... itu masalah!
kenapa kata masalah?
sebab.. ce bace hadis nih

dari Abu Hurairah r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda : ''hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ada lima,
menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengikuti jenazah(ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan menjawab bersin''
(h.r. Bukhari)

 MEMENUHI JEMPUTAN salah satu daripadanya :)

ia nampak mudah, tapi jangan dipandang enteng.
bukan susah pun, ikut pegi kenduri da dapat pahala..
apa salahnya kita korbankan sikit masa untuk menunaikan salah satu hak terhadap muslim yang lain kan.

jadi, kepada golongan yang seperti saya, yang sebelum ni cukup malas nak ikut g kenduri..
rajin2 kan lah diri tu eh..
moge bermanfaat~ ^^


Friday, 29 March 2013

sygsampaisyurga.uhibbukifillah

bismillah!

aku ade sahabat. lagu ni utk dia...
Sahabat - Najwa Latif

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu


masuk hari ni dah 3 hari dia diam.

w/p dah 3 hari takde komunikasi 2 hala antara aku dan dia,
tp aku doakan harap dia sihat,okay,tenang, dan dipermudahkan urusan.
rindu ? x yah cakap r.. mmg sunyi bila dia xde.

kalo ikutkan intinct aku la, die mungkin perlukan ruang dan masa untuk bersendiri dan cari ketenangan.
bukan aku tak hirau, tapi aku tak nak jadi pendesak.aku nak jadi yang memahami, bagi dia waktu...
biar dia selesa, sampai masa kalau dia perlu tempat untuk bercerita, aku sedia.
dia selalu ade mase aku sedih.. susah...down...
aku pun nak selalu ade dengar cerita dia
aku tak nak jadi sahabat yang ada bila senang je..

esok kenduri kakak, harap dia datang..

Sunday, 24 March 2013

lihat orang hebat. cermin diri kat mana.

bismillah!

contohi orang hebat untuk ko jadi hebat

aku terfikir benda ni sejurus lepas aku baca entri sorang member skolah lama aku. hebat. memang hebat.
Siyes aku rase agak ketinggalan bila baca blog dia. ada isu2 yang dia kupas, aku tak tahu. dia guna perkataan2 bahasa arab, aku x faham. sedangkan aku sebaya je ngan dia, aku pon belajar bahasa arab gak. tapi kenapa aku tak terfikir macam dia. mentaliti aku mungkin jauh ke belakang.

sekarang, ape yg patut aku buat???
yup. aku kena cari penyelesaian. aku kena lah usaha sesuatu untuk maju macam dia. actually ramai lagi kawan2 skolah aku, yang kini dah jadi mahasiswa yang hebat. akhlak terbaekk.. cara pemikiran yang matang. aku??? agak2 kat mana?

bukan aku nak tunjuk kelemahan aku kat sini. cuma aku rasa, mungkin ade lagi yang macam aku. sama macam aku fikir. so, aku nak bawak diri aku sendiri dan orang yang macam aku ni, teroka jauh dalam diri masing2. apa masalh kita? apa yang kita buat selama ni?

1 benda yang aku rase menyebabkan aku agak terkebelakang adalah --> malas!

aku malas baca buku2 ilmiah, bacaan2 berfaedah.
.dulu.
aku baru sedar membaca sangat penting. ini logik. kalo bukan daripada method membaca, mcm mana diorang bole tahu banyak isu? banyak perkataan2 bahasa arab dan gaya bahasa yg matang?
jadi, pasni aku perlu jd yg ''ambil tahu'' dan tanam rasa tanggungjawab dalam diri untuk baca. cari ilmu.
yup.
aku tak boleh lagi tutup mata.
sedangkan aku tahu,,
IQRO'! itu perintah allah yang pertama kepada rasulullah.

apa lagi puncanya?
hah. aku rasa sebab, aku tak letak seseorang yang hebat sebagai inspirasi untuk aku jadi hebat. terlalu selesa berada dalam zon selesa. perasan yang diri dah 'ok lah ni'. huh! ini bukan gaya orang yang berwawasan! aku rase tiba masa untuk aku keluar dari zon selesa ni. letak somebody sebagai inspirasi, supaya aku dapat bandingkan diri aku dengan dia, bukan untuk aku bertambah rendah diri , tapi sbg target untuk aku jadi hebat macam dia. sedarkan diri segera mira.

Aku selalu tengok orang berjaya..''wah, hebatnya dia,,hebatnya dan hebatnya''
bila aku nak berada dalam tempat tu??? tempat orang hebat.tu.. jawab sendirilah!

daripada pemerhatian aku lah, orang yang berjaya dan hebat ni,

# rajin
# disiplin
# sentiasa ada matlamat
# tak pernah mengeluh
# amalkan akhlaqulkarim

ok. dah nampak permasalahan, kelemahan n sedikit muhasabah sbg penyelesaian.

masih belum terlambat. jadi, gerak sekarang. supaya boleh beri manfaat kepada orang lain. bukan KOSONG .
ada, x disedari kehadiran. tak de, tak dirasa kehilangan.
sedangkan nanti, hayat  kita di akhirat akn dipersoal ''dihabiskan untuk apa''. mase tu? huh. jawab~

selebihnya balik pada diri sendiri. nak stay kat takuk lama, atau jalan terus ke depan.
alhamdulillah.. ya rabb, kerana masih beri aku hidayah untuk sedar semua ini.
ya allah.. pelihara aku, jagakan aku, tunjukkan aku, mudahkan urusanku.. amin~


Saturday, 16 March 2013

sahabatku di apiumNP :)

bismillah!

tanggal 16 mac 2013.
jam 9pagi saya akan meninggalkan bumi tarbiyah nilam puri
sebelum pergi,. sy nak tulis 1 entri
iaitu entri terakhir yg ditulis di'sini' :')

:: APIUMNP :: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri <3

dulu, saya tak kenal pon name ni..
"UM nilam puri?err.. kat mane tu.."
"ade ke UM kat kelantan?"

bila dah duduk sini.. lama2 saya fall in love ngan tmpat ni...
sebab, byk ilmu,kawan, dan pengalaman baru yg saya peroleh..

mase mula2 masuk kan,
kitorang ade orentasi (MHS:Minggu Haluan Siswa)
haha.. bila ingat balik, klaka..
kat sini la 1st time dengar perkataan
 ''ikhwah'' # ''akhowat'' # ''majmuah''
sy monolog sndiri ''apekahhh???''
err.. siyes mase tu nak sebut pon kekok. cam segan takut salah sebut..

ha, nak cter sket ttg wajah2 kesayangan hamba di nilam puri..
huhu...

haa.. ni lah gambar mase mula2 saya kat sini.. ha, ce cari
. (sume muka macam........ hee.. xnak ckp lah! =P )


yang dalam gambar ni lah, MAJMUAH 1(kelas)
yang tengah2 tu, Timbalan Pengarah APIUMNP
merangkap MENTOR kesayangan kami ^^
Prof. Madya Dr. Mohd Muhiden

setelah 4 sem kami sekelas, tengok gambar ni pulak!

nampak meriah kan! =D beza dr yg atas. hee
nak kenal kan ke sorang2? err.. ramai nih..

(barisan depan : faisal, rozi, arif, zari, ustaz,tuan,nizam,paan)
(baris tgah : jun, raihan,syera,naemah,ika,umi,fadz,lina,yana,anis)
(yg blkg : hasmah, fira,aini.saya.dila,cheah)

lepas 2 tahun kami sekelas, dah tempuh kenangan bersama...
saya dah mula rasa sayang kat semua <3

yang akowat sy dah mula rase macam adik2 / kakak2 sendri je
yang ikhwah cam abang2
sume cool~sempoi~sporting
the best classmate ever!
[ cayalah korang! ;) ]

ok skrg nak tunjuk 5 org kawan yg paling rapat. hmm.. beh kurang BFF gak r


sofina.. roomate sy di bilik A103 blok Al-Malik Khalid
sorg kwn yg lembut je orgnye dan klaka! sgt! 
lg2 bila die cakap kedah.terrbaekk..hehe
pendengar setia cerita saya tiap hari..hee
sian dia kena dengar saya membebel =P

jun.. jiran sebelah bilik/classmate 
teman wat assignment, teman g kelas
dia sangat sempoi! senang je ngan dia, xde nak touching2 sgt.
#my cutest friend#

hasmah. kecik je suara dia. 
suke gurau. memang relax je kalo ngan die
gurau memanjang.. 
comel jugak. hasmah ngan jun, dorg rapat. same je kecik berdua nih
cam adek2 saya je dorang ni
huhu

rina dan amal
dorang satu bilik.. dan saya 'pendatang mulia'(kata aina:adik bilik rina n amal)
lagi2 kalo musim exam.. bilik dorang jd port
actually baru je rapat ngan dorang masa sem 3
pastu sangkut! jadi BFF! ;)

rumah saya ngan rina xde la jauh sgt.. senang jugak la kitorg kalo nak jumpe2 nanti
tapi, amal... sabahan kott.. susah la nt nak jumpe die,.huu
(amal, jgn sedih ea,, walimah amal nt insya'allah kite ngan rina g ea =P ) 

huu
berakhir jugak 2 tahun yang dulu saya rasakan lama

                     special dedicate to you, all my beloved friends :
kalau cerita hidup saya di APIUMNP ni sebuah novel....
wajah2 di dalam gambar2 kat atas ni lah yang memenuhi watak2 nya,
ragam mereka yang mewarnai jalan cerita nya
dan capai kejayaan bersama mereka,
sebagai 'happy ending'nya 
#selamat menempuh suasana baru di UMKL nt. 
jaga diri, w/p yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti.
 tapi korang, tetap diingati
^^
uhibbukum fillah.. igt lg tak hadis
antara golongan yang dapat naungan ketika tiada naungan selain naunganNya
 "Rojulaani tahaabba fillah, ijtama'a alaihi wa tafarraqa alaihi" dua orang yang saling mencintai karena Allah, yang bersama karena-Nya dan berpisah pun karena-Nya.
jom praktikkan! 

#selamat tinggal nilam puri, setiap memori tersemat di hati#
yuna kata setiap gambar ada lagu 
mira pun nak kata jugak!
mira kata setiap gambar ada cerita..


Saturday, 9 March 2013

kejap suka tu, kejap suke ni...

bismillah!

rase dah lame sgt tak update blog..huhu..

sedang menjahit tudung untuk dinner last nanti. terfikir sesuatu..

''kenapa minat kita selalu berubah? kejap suke ni kejap suke tu..''

pelik ke? ataupun tu sesuatu yang normal (nak kena tanya babah ni )

                   kadang-kadang suke menulis, tulis blog.
pastu sejak dapat baucer buku ni, beli buku .. minat membaca pulak
        jumpe marker pen warna warni suke menconteng..  melukis ...
bile tengok bahan ''feltcraft'' rase nak menjahit ...

hmm.. semua tu ade mood sendiri. boring tu buat ni pulak. boring ni buat tu... hehe
nak share sket ni perkara-perkara yang saya suka tu ^^

buku ni salah satu buku yang menarik perhatian saya (dulu seorang yg x suke membaca) 
mase nak guna baucer buku hari tu. ZMasturahZul (bff :P ) yang syorkan. memang best buku ni. banyak ilmu baru yang saya dapat.. memang sesuai untuk orang yang kehausan ilmu serta pengisian seperti saya ni... ia bagi motivasi untuk berubah! ;)



ini pulak contengan jalanan ku...
siyes memang suke buat benda-benda ceni..
 kadang-kadang saya suka tulis kata-kata semangat utk diri sendiri ,
 then tampal tepi katil ke, kat locker ke,, dinding.. mane2 tempat yg senang saya nampak lah ..
dan ini salah satu hobi saya masa sekolah dulu.. tulis nama kawan2. letak kat alas meja dorang.
(konon wat suprise lah... =P)











ini minat yang paling latest.hehehe
this is my first trial wat ''feltcraft''
saya buat baju untuk al-quran saya yang dah mula koyak kulitnya..supaya nampak cantik dan semangat lagi untuk mengaji .hee ^^ ... ( cantik x? )



yang pasti, semua aktiviti yang saya minat ni mesti mengambil masa yang lama..
menulis # membaca # menjahit # menconteng # melukis
semua take time..

mungkin bagi orang lain semua ni buang masa..
tapi pada saya.. tak!  ini satu kepuasan. lagi2 bila lihat hasil nye.huhu
rase cam.. cam ... hmm.. rase best lah!. tak tahu cane nak explain rase ni... =)

# saja nak share... sape2 ada jawapan tentang persoalan saya di atas.. komen lah ye . thnx!



Friday, 22 February 2013

knp aku pilih alQira'ahMiftahulILMI~

bismillah!

malam MKBA (Malam Kesenian Bahasa Arab)

alhamdulillah, menang pertandingan reka banner :)


huu.. tapi bukan tu point aku tulis entry kali ni.
ape yg ak nak cter adalah.....

camne aku boleh pilih
 'hikamulamthal' (kata2 hikmah bhs arab)
''AL-QIRAAH MFTAHUL ILMI'' - MEMBACA KUNCI ILMU

dalam banyak2 kata-kata hikmah... 
kenapa yang simple ni jugak jd pilihan hati aku???
haa.. ni sejarah!

sejarah dalam hidup aku
kata-kata ni adalah .. hikamulamthal yang PERTAMA aku hafal masa form 1

ingat lagi mase tu nak exam,
stay-up kat katil atas,
dengan bergantung pada cahaya lampu koridor asrama
mase tu, aku rase 3 perkataan ni SUSAH~~~ sangat nak hafal!
yelah, dah la 1st year aku belajar bhs arab. 
pastu kena lak hafal2 en.
memang tergagap2.. ulang-ulang...
(ter 'takak ka'a wa taza'za'a)

akhirnya! aku hafal jugak. sebab aku hafal dengan nada... al-qiraah~ miftahul~ilmi!!

sampai sekarang aku teringat2,
kata-kata hikmah arab yang PERTAMA aku hafal
dan sebab itu lah, aku nak abadikan sejarah yang sweet ni dalam banner yang aku reka 

biase nye yg menang, akan digantung banner nye kat 'jambatan mahabah'. tp kali ni x tau lah kan.
takpe.. yg pasti aku dah try yg termampu utk abadikannya
sebagai sejarah aku berkecimpung dalam madah bhs arab ni
dan sebagai kenangan terindah
btw,
 i'm really happy ! alhamdulillah~
ter'abadi' jugak -alQiraahMiftahulIlmi-
(^^)V


Monday, 11 February 2013

aku dan aku

bismillah!

cerita ni...........mula dari.......

DIA KATA
''aku perlukan masa!''

ahhh... semua orang tak faham. aku perlukan masa untuk dri aku sendiri. cukup2 lah nak uruskan orang, nak kena fikirkan perasaan orang!
aku betul2 perlukan masa dan ruang untuk diri aku sendiri!!

AKU KATA
salah tu!
masa kita sama. tempat kita sama, suasana kita sama. 
kau perlukan masa yang macam mana? kau perlukan ruang besar mana?
cuba fikir elok2.. kau mengeluh nak salahkan sapa?
masa yang kau guna kononnya untuk 'orang lain' tu. sebenarnya untuk diri kau jugak.
saham untuk kau di akhirat sana. kalau kau tak gunakan masa tu untuk jalankan amanah,
kau akan guna untuk apa?
kau yakin ke kau akan guna masa tu sepenuhnya untuk ibadah?
dan yakin ke dapat selesaikan kerja2 kau sendiri yang sampai kononnya kau perlukan masa untuk diri kau sendiri tu?

chill lah!
kita sama2 ada tanggungjawab. ada amanah untuk dipikul. kau fikir satu je senang
''redha allah masuk syurga''
jadi, bila kau jalankan amanah kau dengan baik, masa kau tu kau laburkan untuk saham akhirat.
 itu semua ibadah. pahala ganjarannya. Yang paling penting, kau fikir apa yang kau perlu untuk kau hidup bahagia di dunia dan akhirat nanti?? ya, hanya RAHMAT ALLAH. REDHA ALLAH.

aku malas nak cakap banyak, kau tahu sendiri sebenarnya kan? 
kau tanamkan IKHLAS
kau bajakan dengan KESUNGGUHAN
kau siramkan dengan KETABAHAN
kau tunggu ia rendang dan berbuah dengan KESABARAN
barulah akhirnya kau rasakan nikmat betapa manisnya buah KEBERKATAN 

dan terakhir...
 'DIA' itu adalah aku ketika emosi
'AKU' itu adalah aku saat koreksi diri
 :: akhir kata. apabila kau lemah. mativasikan diri sendiri, sebab 1000 orang boleh menasihati tapi 1 orang pun belum tentu memahami bagaimana sebenar kondisi hati::




Sunday, 3 February 2013

Tadabbur Alam Cari Ilahi

bismillah!
 
sungguh. ALLAH MAHA BESAR!
dua hari lepas aku join program Batch.
nama program nye
'SOUL OF CONSOLIDATION' kat PUSAT KOKURIKULUM,TANGOK, BACHOK,KELANTAN
kalau nak diikutkan, kerja memang banyak.
tapi aku tak tahu lah kenapa hati aku kuat sangat rasa NAK join.
aku NAK cari kekuatan,
aku NAK dinasihatkan,
aku NAK dekati dan kenali kawan2 se'batch'..

dan alhamdulillah... aku rasa apa yang aku NAK tu aku dapat..
macam2 pengalaman baru yang aku dapat.
yang PALING aku rasa macam nak nangis..

bila aku tadabbur alam.. aku hayati setiap yang ALLAH ciptakan, dari sekecil2 makhluk tu.. ada manfaatnya.
aku nak cerita KISAH BULAN KISAH POKOK KISAH RUMPUT

petang hari ke 2 kem
3 petang, aktiviti di tasik.

mase nak jalankan aktiviti, tak pakai kasut
maka aku pun berjalan kaki tanpa kasut.
sakit pijak batu2 kecil kat tepi tasik tu.
panas terik lak tu.
mase tu baruulah cari RUMPUT.
jalan lompat2 kecik nak pijak kwasan ada RUMPUT.
baru lembut.. sejuk.. kaki pun tak sakit :)
SUBHANALLAH.. sungguh. ciptaanNYA tiada yang sia2
mase tu baru rasa alhamdulillah ada rumput..


malam last di kem,
11.30malam

kitorang ade 'night walk'
pada awalnya ada yang suluh jalan..
pastu jurulatih suruh tutup. jangan suluh guna henset or lampu picit.
masa tu betul2 aku rasa bergantung pada ALLAH..
sebab aku tak pasti apa yg ada di jalan depan aku.
kot2 batu ke.. apa ke... aku tak tahu.
lame2 dah bergelap.. ak dah mula nampak jalan.
sebab ada cahaya BULAN.. :')
SUBHANALLAH...
kalau selalu. time2 camtu,
aku busy dengan benda lain. duduk dalam bilik.
tak endahkan pun kat BULAN..
malam tu aku btol2 rasa terpukau terpegun ter.. ter...
mulut kumat kamit.. subhanallah..
memang HEBAT ciptaan ALLAH.
mase tu baru rasa alhamdulillah ada bulan..


masa nak pasang khemah dan nak simpan khemah
kedua2 nya mase panas terik.

matahari terpacak je.
aku n KEMmate cari kawasan redup.
sebab panas terik yang menyengat.
mata kitorang silau.
haa.. mase tu lah baru nak cari POKOK..
nak redup untuk berteduh.
hm, biasa nya aku wat tak tahu je ngan pokok2..
mase tu betul2 rasa alhamdulillah ada pokok..


subhanallah... mungkin itulah sebabnya hati aku kuat rase nak join program.
aku rindu dengan ketenangan mengingati ilahi.
dengan pengalaman2 yang kecil tu..
dapat rasa dekat denganNya dapat rasa kerdilnya aku seorang hamba. ~
pada alam ciptaanNya, tersirat sesuatu untuk aku cari ketenangan dan nikmat hidup bertuhan ~

amal