Sunday, 24 March 2013

lihat orang hebat. cermin diri kat mana.

bismillah!

contohi orang hebat untuk ko jadi hebat

aku terfikir benda ni sejurus lepas aku baca entri sorang member skolah lama aku. hebat. memang hebat.
Siyes aku rase agak ketinggalan bila baca blog dia. ada isu2 yang dia kupas, aku tak tahu. dia guna perkataan2 bahasa arab, aku x faham. sedangkan aku sebaya je ngan dia, aku pon belajar bahasa arab gak. tapi kenapa aku tak terfikir macam dia. mentaliti aku mungkin jauh ke belakang.

sekarang, ape yg patut aku buat???
yup. aku kena cari penyelesaian. aku kena lah usaha sesuatu untuk maju macam dia. actually ramai lagi kawan2 skolah aku, yang kini dah jadi mahasiswa yang hebat. akhlak terbaekk.. cara pemikiran yang matang. aku??? agak2 kat mana?

bukan aku nak tunjuk kelemahan aku kat sini. cuma aku rasa, mungkin ade lagi yang macam aku. sama macam aku fikir. so, aku nak bawak diri aku sendiri dan orang yang macam aku ni, teroka jauh dalam diri masing2. apa masalh kita? apa yang kita buat selama ni?

1 benda yang aku rase menyebabkan aku agak terkebelakang adalah --> malas!

aku malas baca buku2 ilmiah, bacaan2 berfaedah.
.dulu.
aku baru sedar membaca sangat penting. ini logik. kalo bukan daripada method membaca, mcm mana diorang bole tahu banyak isu? banyak perkataan2 bahasa arab dan gaya bahasa yg matang?
jadi, pasni aku perlu jd yg ''ambil tahu'' dan tanam rasa tanggungjawab dalam diri untuk baca. cari ilmu.
yup.
aku tak boleh lagi tutup mata.
sedangkan aku tahu,,
IQRO'! itu perintah allah yang pertama kepada rasulullah.

apa lagi puncanya?
hah. aku rasa sebab, aku tak letak seseorang yang hebat sebagai inspirasi untuk aku jadi hebat. terlalu selesa berada dalam zon selesa. perasan yang diri dah 'ok lah ni'. huh! ini bukan gaya orang yang berwawasan! aku rase tiba masa untuk aku keluar dari zon selesa ni. letak somebody sebagai inspirasi, supaya aku dapat bandingkan diri aku dengan dia, bukan untuk aku bertambah rendah diri , tapi sbg target untuk aku jadi hebat macam dia. sedarkan diri segera mira.

Aku selalu tengok orang berjaya..''wah, hebatnya dia,,hebatnya dan hebatnya''
bila aku nak berada dalam tempat tu??? tempat orang hebat.tu.. jawab sendirilah!

daripada pemerhatian aku lah, orang yang berjaya dan hebat ni,

# rajin
# disiplin
# sentiasa ada matlamat
# tak pernah mengeluh
# amalkan akhlaqulkarim

ok. dah nampak permasalahan, kelemahan n sedikit muhasabah sbg penyelesaian.

masih belum terlambat. jadi, gerak sekarang. supaya boleh beri manfaat kepada orang lain. bukan KOSONG .
ada, x disedari kehadiran. tak de, tak dirasa kehilangan.
sedangkan nanti, hayat  kita di akhirat akn dipersoal ''dihabiskan untuk apa''. mase tu? huh. jawab~

selebihnya balik pada diri sendiri. nak stay kat takuk lama, atau jalan terus ke depan.
alhamdulillah.. ya rabb, kerana masih beri aku hidayah untuk sedar semua ini.
ya allah.. pelihara aku, jagakan aku, tunjukkan aku, mudahkan urusanku.. amin~


4 comments: