Usai selepas berkongsi cerita dan rasa dengan seorang kakak kesayangan, buat aku rasa tidak lagi keseorangan. Gembira dapat jumpa dengan orang yang faham perangai kita yang agak kompleks.huihui
Mungkin, disebabkan kami orang seni. Maka adanya sifat-sifat yang agak janggal dilihat orang lain tapi itulah kami. Fokus kepada diri sendiri, ya betul, aku jenis tak kisah. Tak kisah dengan apa yang dikatakan orang, suka mengambil masa sendiri, dan sukakan privasi.
Kadang-kadang aku sendiri pelik bila ada orang yang suka bertanya hal-hal yang pada aku tak perlu pun untuk diperiksa. macam polis dah. Lagi-lagi musim nak exam ni, akan wujudlah golongan-golongan yang suka cek kita study apa, dah berapa banyak dan sebagainya, Ehm, apa yang mereka nak sebenarnya? Bersaing? hahahah pergi lah bersaing dengan orang lain. Aku tak selesa di cek macam tu. Aku suka jalan aku sendiri, aku tak perlu untuk bersaing. Aku akan berusaha dapatkan apa yang aku nak atas dasar ingin membuat pencapaian untuk kepuasan diri sendiri dan kepentingan beberapa orang yang aku sayang. Aku tak perlukan perlumbaan kalian.
Terasa nak cakap macam ni dekat golongan tersebut. Tapi nantilah, kalau sampai masa aku dah malas sangat nak layan, memang masa tu jugak aku copy paste ayat ni bagi kat depa.
Fahamilah.
Bahagia ke hidup dengan rasa cemburu dan gembira berada diatas melihat orang lain dibawah?
Pada aku, tidak. Aku bahagia dengan cara aku sendiri.
No comments:
Post a Comment