Hari pertama ramadhan, aku dah ada di UM. wehuuuu~!
Sunyi weh UM. Aku syak semua balik kampung masing-masing, tolong mak prepare sahur.
Study week dah bermula.
Kali ni aku balik rumah 2 hari je.
(ini satu pencapaian yang membanggakan.haha)
seriouslyyy?? ye, tak tipu.
Aku dah kat Kolej ni ha, ditemani bunyi cengkerik dan kicauan burung di pagi hari.
Semester ni tak tahulah kenapa dengan aku
Banyak sangat bersedih dan terlebih masa untuk aktiviti lain.
So, Carry marks aku tak tahu la ke laut mana.
Actually aku tak cek pun, tapi instinct tu adoo,
bahawasanya, ia tidak seindah mana. :'(
Maka dengan ini, aku isytihar start study awal kali ni.
Sebab tinggal masa exam jelah aku nak cover balik,
segala kekhilafan aku terhadap study semester ni.
nampak tak ayat insaf tu?
please trust me :D
Pernah juga rasa macam nak give up dah.
Harapan babah nak aku dapat 1st class degree.
Tapi, ni dah tinggal 2 semester, dan CGPA aku.. hmmm
Boleh kejar sebenarnya, dengan syarat aku kena dapat 3.9 dua semester ni.
hahahha. kenapa aku gelak?
Sebab rasa mustahil. hm -_-
Haaa... jangan cop aku batak pointer ehh
aku bukan macam tu, aku jadi berkira-kira sebegitu
sebenarnya untuk fulfill harapan babah je.
Untuk bagi sedapkan hati ni,
aku akan bangkit balik daripada kesedihan yang melampau
daripada kemalasan tahap arnab yang tidur dilumba kura-kura
daripada kekecewaan macam dalam music video lagu-lagu indon
Cukup-cukuplah nak~
Kita ni dimamah usia, dipenggal masa.
Berhentilah segala aura negatif setakat di pintu sana.
Aku disini nak mulakan hidup baru
Macam iklan pewangi aromaterapi berbau lavender,
yang senyum sorang-sorang tutup mata
gaya macam segar tu.
ha camtu lah aku nak.
Dah lah merepek apa kat entry ni pagi2?
Jom kita mulakan study week.
Semoga percubaan mula awal ini, Allah catat sebagai salah satu usaha aku untuk berjaya. Amin :)
Wish you all the best jugak
May All Your Dream Comes True
Assalamualaikum!
;)
No comments:
Post a Comment