Dalam kesibukan untuk study, kami pelajar tahun 3 Jabatan Fiqh & Usul kena mula cari supervisor untuk Final Year Project (FYP) dan serah tajuk sebelum cuti ni.
Maka dengan itu, sambil2 study aku kena cari tajuk. Minggu lepas ada jumpa senior, dia kata cara nak dapatkan idea, buat review, baca jurnal-jurnal berkaitan dengan bidang yang kita minat.
Aku minat bidang harta perwarisan sebab suka juga kira-kira ni. Tapi, setakat ni, tak jumpa lagi idea dalam bidang tu. Yang tercetus adalah mengenai perbelanjaan perkahwinan. Trend sekarang orang nak kahwin buat personal loan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang kosnya diluar kemampuan. Sedangkan dalam Islam, terdapat konsep at-Taysir iaitu Memudahkan.
Hmm, isu masih digali. Apakah masalah berkaitan hukum yang timbul dalam hal ini. Aku target, esok dapat jumpa lecturer tanya pendapat pasal ni.
May Allah ease...
No comments:
Post a Comment