Thursday, 30 June 2016

Peng'islah'an

Atau dalam bahasa melayunya, pembaikan.

Pembaikan perlu berjalan sepanjang hidup kita. Sebagaimana kita tak pernah lari dari silap, sama juga kita tak boleh lari dari pembaikan. Fitrah kita sebagai hamba, inginkan yang baik. Kita nak syurga. Kita taknak azab kubur dan neraka. Jadi, perlu sentiasa ada pembaikan.

Kalau dikenang, dosa kita menggunung tinggi. Mampukah ditampung hanya dengan solat 5 waktu?
Kita perlu usaha cari peluang 'over time' untuk tampung sebenarnya.
Dan, yang paling kita harapkan adalah pengampunan. Sebab hidup kita tak tentu. Tah mati esok, lusa atau bila. Kita tak tahu.
Takut tak sempat untuk cover balik semua kesalahan kita.

So, nak syorkan kat sini, agar kita ambil peluang bulan ramadhan yang berbaki ni, dengan banyak2 minta ampun. Sebab dalam bulan ni ada bonus pahala daripada bulan yang lain. Macam ada sales kat mall. Ada jangka masa tertentu. Kita mesti kejar sementara ada kan?

Antara yang best, adalah iktikaf di masjid. Duduk diam pun dapat pahala, tidur pun dapat pahala. Bukan maksudnya syorkan pergi masjid dan terus tidur... Tapi nak cerita kat sini bertapa hebatnya tawaran yang ada! :D

Kat masjid tu, ada satu suasana yang semuaaa orang berlumba-lumba buat kebaikan. Suasana tu kita perlu juga sebagai suntikan semangat dan inspirasi.

Saki baki bulan ramadhan ni, sementara langit terbuka menerima segala doa, untuk kita si pendosa ni, banyak-banyak minta ampun, solat taubat. Mohon husnul khotimah, masuk syurga firdaus. (Memang nabi anjurkan nak doa, biar doa terus syurga tertinggi)

Semoga kita dapat kebahagiaan yang abadi. Cinta yang abadi. Amin!

Itu je nak share, Assalamualaikum 😊

Tuesday, 28 June 2016

Kalau bukan aku, siapa lagi?

Baca satu post adik, gambar masakan dia masak. Alahai adik..
Ya, dia memang pandai masak! 😄

Sekarang ni, dia belum sambung belajar dimana-mana atas faktor kesihatan. So, dia cuma duduk dirumah, buat kerja rumah, dan masak (ni kepakaran dia). Kesian kat dia... 😢

Setiap orang Allah bagi kelebihan tertentu kan.
Hebat dalam akademik bukan satu kayu ukur untuk membuktikan kejayaan seseorang. Tolong, jangan judge dia.. Dia adik aku.

Setiap kali fikirkan dia, aku jadi berkobar-kobar untuk kerja keras. Mungkin kelebihan yang aku ada, patut digunakan dengan sebaiknya untuk manfaat adik-adik. Aku bukan tak sabar nak kerja dan tak hargai hidup sebagai pelajar. Tapi, rasa nak penuhi kehendak adik tu agak tinggi. Bila tak dapat nak bantu dia, aku rasa macam loser sangat. Umur dah tua tapi apa pun tak boleh.

Masa depan kita tak tahu, tapi kita boleh usaha keras untuk Jadikan impian kita satu kenyataan kan!

Sayang adik-adik aku. Semoga diorang membesar dengan 'sihat' dan gembira.

Wednesday, 22 June 2016

Kehilangan

Kehilangan,
Takkan membuatkan kita lemah,
Bahkan makin kuat.
Jika dipaksikan kerana Allah.
Biar hilang ssuatu kerana Allah,
Jangan hilang Allah kerana sesuatu.
Tenang,
Tiada sesuatu yang terjadi luar dari perancangan Dia,
Kita yang tak nampak,
Dibutakan dengan pandangan yang terbatas setakat yang sedap di hati kita.
Terima,
Tiada satu pun cela pada qadarnya.
Yakin,
Nikmat syurga hadiah bagi yang sabar tempuhi semua.

Ya rabb, Tsabbit Aqdaamana

Friday, 17 June 2016

Novel hidup

Kalau kisah hidup sepanjang 22 tahun ni sebuah novel,.. Boleh nampak turun naik dan pasang surutnya. Berubahnya sedikit demi sedikit dari Amirah yang dulu.

Setiap bab ada watak yang berbeza.
Ada yang kekal dari bab 1 dan ada yang muncul di tengah2 tengah2 cerita kemudian hilang atau mati wataknya.
Itu biasa.

Novel sebenar tak seindah novel rekaan. Sebab itu lah, aku takut untuk terlalu berlebih2 untuk semua perasaan.

Takut terlalu benci
Takut terlalu sayang
Takut untuk percaya
Takut untuk sayang
Sebab semuanya takkan kekal. Nanti satu masa ia kan hilang.
Pengalaman mematangkan. Ambil pengajaran.
Sekali tersungkur biasalah, manusia.
Tapi, jangan jatuh tempat yang sama.
Sebab itu bukan biasa, itu "safih" namanya.

Tiba2 lagu ni muncul *lihat pada indah bulan bintang,
namun hilang bila tiba siang~

Thursday, 16 June 2016

Impian dan tanggungjawab

Kedua-duanya aku perlu pikul seiring.
Salah satu tak boleh ditinggalkan.

Sebab itu, impian aku pun selari dengan tanggungjawab.
Impian lain dengan teringin. Nak sebut teringin itu teringin ini memang banyak. Kehendak manusia mana pernah sudah. Ada je. Dapat satu nak dua, dapat dua nak sepuluh.

Untuk mengelakkan impian aku sekadar angan-angan, aku sendiri letak garis panduan.
Garis panduan tu, aku simpan sendiri... secreto de amor.

Kenapa kena ada garis panduan pulak?
Sebab, setiap apa yang kita buat kena ada asas.
Kita akan yakin bila asas kita kukuh.
Bila dah yakin, apa-apa cabaran mendatang kita tak rapuh.

Kita cari dunia, akhirat tak tentu.
Kita cari akhirat, dunia akan mengikut.
Aku genggam erat-erat asas tu,
Kemudian aku redah semuanya tanpa rasa takut.
In Shaa Allah
Mira, yakin dan jalan terus ;)








Friday, 10 June 2016

Anteh

Anteh abang ke 3, dalam adik beradik dia no. 4.

Sepanjang pengajian mira kat UM ni, Anteh lah yang ulang alik ambil mira. Angkut barang, beli barang asrama semua lah.

Kalau dekat rumah, kerjasama lebih dengan dia.
Hal2 barang dapur ke apa semua bagitahu dia. Anteh ni da habis.. Tu dah habis..
Dia la runner hehe
Mira tahu barang ada je, pastu masak.

Anteh ni tak banyak cakap sangat.
Dia buat apa-apa takde nak duk propa.. Dia buat senyap2 je. Tahu2 dah siap.

Disiplin.
Hehe jangan main2... Kalau dia kata pukul 9 nak keluar, kol 9 lah!
Jangan nak kejap2.. Tapi ni ikut mood dia jugak. Kadang2 mood baik dia sabo je tunggu aku siap. Kalau tak... Emm sepanjang jalan dia bebel atau diam.
Antara membebel dengan diam, mira lagi takut bila dia diam.. Sebab tak tahu dia fikir apa.

Apa lagi ea..  ha, memang kalau nak gotong royong kemas2 nak raya ke apa, dia paling senang nak nego. Dia akan bahagikan kerja. Atau ajak buat sama2. Sebab dia kata kemas sorang2 bosan. Ngee cakap jelah jeles kalau mira rilek. Hahaha

Dulu, masa mama ada, memang dia lah kesana kemari bawa mama.
Angkat2 ke kerja2 berat dia buatkan.
Mira kemas2 tempat mama, basuh kain baju ke.. Lap2.. Tu kerja mira.
Kalau kat hospital pun selalu juga la apa2 hal bincang ngan dia. Pasal mama.

Masa mama koma 9 hari tu, kitorang stay sama2 lah, 3 orang tidur hospital.  Anteh, mira, amad.
Pagi2 dia yang kejut mira, ajak mandikan mama, kemas2 katil mama semua sebelum dia nak pegi kelas.

Banyak sangat anteh tolong mira. Fon mira rosak nak repair terus kena keluar ratus2, dia yang dulukan duit. Mira tak minta pun dia tolong. Sebab dia tahu nanti mira susah xde fon.

Ni paling kuasam, bila terdesak minta pinjam duit kat dia.  Hehe mira pun tak tahu macam mana dia boleh ada je duit. Yang pasti dia rajin bisnes dan menyimpan.

Sekarang ni, mira kerjasama ngan dia untuk bisnes printing Laz Art Presswork. Dia runner, dan semua kerja dia boleh buat senanye. Hahaha cuma design je dia tak reti. Tu mira punya bahagian.

Kalau shopping pun selalu ajak dia. Jalan ngan dia best sebab rilek, (melainkan dia dah cakap nak cepat) hehe... Kalau nak beli baju raya mira prefer pegi ngan dia. Sebab dia nya taste boleh tahan gak. Pandai pilih. Pastu nanti kalau nak beli aiskrim ke coolblog ke dia mesti bagi. Ni mira perasan, bila adik2 minta, dia akan cakap jangan membazir la sejuk la apa la. Hahaha
Kalau mira minta boleh pulak. Mungkin sebab dia tahu mira minta bila teringin je kot.

Mira nak tunjuk kat dia cerita pasal ni segan. Mesti dia ejek nanti. Hahaha nanti la bila2 bagi dia link. Sebenarnya dia pun tak tahu mira ada blog. Kah3

Nape mira nak cerita pasal anteh ni?
Sebab, mira sayang kat anteh la. Banyak lagi nak tulis tapi ni nak sambung study ni..
Sementara mira ada, dan masih ingat, mira tulis. Nanti mana lah tahu sok2...
Takde apa lah. Tak elok cakap bukan2

Semoga anteh dipermudahkan semua urusan dunia akhirat. Dannn.. Semoga anteh dapat someone yang betul2 appreciate anteh. Jangan kecewakan my anteh please wahai kakak ipar to be.
Jaga dia. I love him so much!



Hati

Hati,
Kalau boleh dipisahkan dari jasad,
Dah lama terlantar di wad plaintif.
Antara hidup mati.
Tapi tak.
Dia tetap ada dalam ni,
Untuk kita rawat sendiri.

Bukan senang untuk diri bangkit dari nelangsa.
Bukan senang untuk hati sembuh seperti sediakala.

Jangan harap makhluk yang sambut kita
Tapi doa, minta pada Dia
Minta hati disembuhkan,
Minta jiwa dilapangkan,
Minta kekuatan.

Sesungguhnya pertolongannya dekat. Mohonlah dengan sangat.
:)

Mungkinkah semuanya perlu bermula dengan memaafkan?

Wednesday, 8 June 2016

High


When you're close to tears remember 
Some day it'll all be over 
One day we're gonna get so high 
And though it's darker than December 
What's ahead is a different colour 
One day we're gonna get so high 

And at
The end of the day 
remember the days 
When we were close to the edge 
And we'll wonder how we made it through the night
The end of the day 
remember the way 
We stayed so close till the end
We'll remember it was me and you 

'Cause we are gonna be forever you and me 
You will always keep me flying high in the sky of love 

Don't you think it's time you started 
Doing what we always wanted 
One day we're gonna get so high 
'Cause even the impossible 
is easy when we got each other 
One day 'we're gonna get so high 

And at
The end of the day 
remember the days 
when we were close to the edge 
And we'll wonder how we made it through the night
The end of the day 
remember the way 
We stayed so close to till the end
We'll remember it was me and you.

'Cause we are gonna be forever you and me 
You will always keep me flying high in the sky of love 


My Along introduced this song to me and I really love it! ;)

Monday, 6 June 2016

Tajuk FYP

Dalam kesibukan untuk study, kami pelajar tahun 3 Jabatan Fiqh & Usul kena mula cari supervisor untuk Final Year Project (FYP) dan serah tajuk sebelum cuti ni.

Maka dengan itu, sambil2 study aku kena cari tajuk. Minggu lepas ada jumpa senior, dia kata cara nak dapatkan idea, buat review, baca jurnal-jurnal berkaitan dengan bidang yang kita minat.

Aku minat bidang harta perwarisan sebab suka juga kira-kira ni. Tapi, setakat ni, tak jumpa lagi idea dalam bidang tu. Yang tercetus adalah mengenai perbelanjaan perkahwinan. Trend sekarang orang nak kahwin buat personal loan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang kosnya diluar kemampuan. Sedangkan dalam Islam, terdapat konsep at-Taysir iaitu Memudahkan.

Hmm, isu masih digali. Apakah masalah berkaitan hukum yang timbul dalam hal ini. Aku target, esok dapat jumpa lecturer tanya pendapat pasal ni.

May Allah ease...

!st Ramadhan 1st day study

Hari pertama ramadhan, aku dah ada di UM. wehuuuu~!
Sunyi weh UM. Aku syak semua balik kampung masing-masing, tolong mak prepare sahur.

Study week dah bermula.
 Kali ni aku balik rumah 2 hari je. 
(ini satu pencapaian yang membanggakan.haha) 
seriouslyyy?? ye, tak tipu. 
Aku dah kat Kolej ni ha, ditemani bunyi cengkerik dan kicauan burung di pagi hari.

Semester ni tak tahulah kenapa dengan aku
Banyak sangat bersedih dan terlebih masa untuk aktiviti lain. 
So, Carry marks aku tak tahu la ke laut mana.
Actually aku tak cek pun, tapi instinct tu adoo, 
bahawasanya, ia tidak seindah mana. :'(
Maka dengan ini, aku isytihar start study awal kali ni.
Sebab tinggal masa exam jelah aku nak cover balik,
segala kekhilafan aku terhadap study semester ni.
nampak tak ayat insaf tu?
please trust me :D

Pernah juga rasa macam nak give up dah. 
 Harapan babah nak aku dapat 1st class degree.
Tapi, ni dah tinggal 2 semester, dan CGPA aku.. hmmm
Boleh kejar sebenarnya, dengan syarat aku kena dapat 3.9 dua semester ni.
hahahha. kenapa aku gelak?
Sebab rasa mustahil. hm -_-
Haaa... jangan cop aku batak pointer ehh
aku bukan macam tu, aku jadi berkira-kira sebegitu
sebenarnya untuk fulfill harapan babah je. 

Untuk bagi sedapkan hati ni,
aku akan bangkit balik daripada kesedihan yang melampau
daripada kemalasan tahap arnab yang tidur dilumba kura-kura
daripada kekecewaan macam dalam music video lagu-lagu indon
Cukup-cukuplah nak~
Kita ni dimamah usia, dipenggal masa.
Berhentilah segala aura negatif setakat di pintu sana.
Aku disini nak mulakan hidup baru 
Macam iklan pewangi aromaterapi berbau lavender,
yang senyum sorang-sorang tutup mata
gaya macam segar tu.
ha camtu lah aku nak.

Dah lah merepek apa kat entry ni pagi2?
Jom kita mulakan study week. 
Semoga percubaan mula awal ini, Allah catat sebagai salah satu usaha aku untuk berjaya. Amin :)
Wish you all the best jugak
May All Your Dream Comes True
Assalamualaikum!
;)