Sunday, 29 May 2016

Biar aku ajar

Bukan pendendam.
Tapi susah lupakan.
Lagi-lagi bila banyak kali dipijak.
Komunikasi bagi elok sikit.
Beradab jangan biadap.
Diam bukan sebab tak tahu melawan.
Tapi rasa marah yang sangat sampai malas nak layan.
Jerit-jerit lepaskan kemarahan bukan cara aku.
Lepas ni,

Friday, 27 May 2016

Alasan

Hidup dengan alasan,
Takkan berkesudahan,
Tiada penyelesaian.
Jangan orang lain yang dipersalahkan,
Ini jalan kita, kita punya pilihan,
Sama ada tersilap, atau benar kebetulan,
Terpulang bagaimana kita imbangkan.

Catatan tercorot setakat ini.
Entah kenapa aku tak pasti.
Tapi ini memang salah sendiri.


Mintalah fatwa dari hatimu

Telah difitrahkan kepada kita, sebagai manusia, akan berasa resah untuk perkara yang tidak benar dan merasa tercari-cari akan ketenangan dan kebaikan.

Pernah suatu situasi, antara akal dan hati seolah berkelahi.
Mana satu yang harus diikuti?
Saat itu, bertanya pada sudut hati yang paling dalam. Adakah kita berasa tenang akannya?

Jujurlah dengan diri sendiri.
Hidup kita bukan terhenti setakat ini. Setiap gerak geri ada catatan dikanan dan kiri.
Jangan takut dengan kehilangan keduniaan. Tapi takutlah andai hilang arah disaat berjalannya penghisaban.

Allahu, tetapkan hati ini dalam iman. Jangan diragut rasa ini.

Monday, 23 May 2016

Sakit

Dalam setahun, berapa kali je sakit, dan kita merungut.
Berapa lama pula kita sihat dan kita alpa.

Hujung semester dah umpama satu adat, aku demam. Bukan minta, tapi ni dah semester 6. Setiap hujung semester aku demam.

Masa ni, baru lah tergadah.
Nak menangis dengan keserabutan yang aku kumpul sendiri. :'(

Alhamdulillah masih boleh beraktiviti sebab panas ni datang kejap pergi. Semoga diri sendiri cepat sihat, dapat tambah ibadat. Ighfirlyy.... 😢

Monday, 16 May 2016

Almost End

Less than 3 years, but almost.
Time flies so fast,

My life as a student almost at an end
Spirit sometimes burning, sometimes in vapid

I was alone with my own turbulence thought
Looking for answers. Ask for guidance.

Now there is no more time for me having fun,
In my comfort zone, safe position.

Real life will appear with true colors.
May all be blessed.

Oh Allah, please give me strength when i hit my weakest point
Please give me patience and acceptance.
Please, protect me. :'(


Friday, 13 May 2016

Hifzuddin

Hifzuddin?
Bukan nama orang ni 😅

حفظ - menjaga
الدين - agama

Tadi masa kelas Pengajian Hudud, Dr. ada sebut tentang Maqasid Syariah, salah satu daripadanya adalah, hifzuddin iaitu menjaga agama.

Bagaimana kita menjaga agama?

Menjaga agama boleh dilihat dalam konteks yang begitu besar iaitu menjaga agama dalam negara, sehinggalah yang paling dekat adalah, menjaga agama dalam diri sendiri.

Nampak macam terlalu simple. Tapi sebenarnya itu paling asas dalam memelihara segala kemaslahatan dan kepentingan yang lain. Perlu kita tahu, setiap dari kita ada peranan dalam menjaga agama.

Cuba lihat, banyak kerosakan atau jenayah yang terjadi seperti rosaknya akhlak, masalah sosial dan segala jenayah yang berlaku kini disebabkan apa?
Jawapannya, mudah.

Sebabnya adalah, rosaknya agama dalam diri.

Dr. ada menyebut tentang, حد الأدنى (haddul adnaa) iaitu dalam bahasa melayunya, had yang paling rendah dalam menjaga agama dalam diri adalah, melakukan segala perintah wajib dan menjauhkan segala yang haram. Ini batas yang paling rendah, dimana setiap kita, Muslim perlu berusaha menjaganya dalam diri.

Manakala حد الأعلى ( Haddul A'laa) Had paling tinggi pula adalah, melakukan segala perintah yang wajib, ditambah dengan semua yang sunat, dan menjauhkan segala yang makruh apatah lagi yang haram. Ini peringkat yang tinggi. Para wali atau alim ulamak, mungkin.

Hmm...
Adakah kita dah capai pada tahap yang paling rendah itu?

Tuesday, 10 May 2016

Rindu yang takkan hilang

Rindu.

Hidupku tanpa seorang ibu.

Jujur, rasanya tak enak.
Rasa sendiri, tiada tempat untuk berkongsi cerita, sedang aku masih mengharap nasihat daripada pengalaman2nya.
Bila dalam ramai, aku kekok, lagi-lagi bila melihat sekelilingku, mereka berjalan bersama ibu.

Setiap yang disusun oleh Tuhan, tiada celanya. Aku yakin itu.
Mungkin sinar hikmahnya belum aku temui.

Semoga aku terus kuat dalam perjalanan hidup ini tanpa seorang ibu.
Aku berharap, andai ada jodohku nanti, punyai seorang ibu yang menganggap aku seperti anaknya sendiri, dapat aku bersandar semula, dibahu seorang yang bergelar, ibu.






Wednesday, 4 May 2016

Tolong Appreciate

Rasa nak cakap "Tolong Appreciate kerja aku boleh? Aku bukan minta balas, tak perlu puji ke apa, cuma jangan buat aku sedih"

Serius rasa nak cakap.😢

Tapi tu la kan, kita kena kawal rasa marah tu. Tak boleh ikut kepala kita je lebih-lebih lagi dalam organisasi. Be Professional Mira!

Cumanya sebagai peringatan untuk diri sendiri, Jangan buat orang lain macam mana yang kita kena. Berurusan dengan manusia ni, ambil kira juga adab dan cara berkomunikasi dengan baik. Jaga lah juga hati orang. Lainlah kalau berurusan dengan robot. Boleh je nak lanyak robot tu kalau nampak macam lembab buat kerja. Tak perlu komunikasi. Rosak letak tepi.

Jangan buat aku sedih please.



Thursday, 28 April 2016

Independent

Cukup independent ke?
Belum... 😢

Setiap kali aku minta tolong orang, selepas pada tu aku rasa bersalah. Lagi2 bila orang tu muncung je. Mula lah aku risau.

Dan.. Rasa menyesal menyelubungi. Patut aku buat je semua sendiri. Jangan susahkan orang.
I'm sorry 🙏

Sunday, 24 April 2016

Manja

Masa sekolah menengah dulu, ada beberapa orang ni suka cop mira. Kata mira ni anak manja.

Mira nafikan. Masa tu tak rasa pun yang mira ni manja.

Tapi, sekarang ni macam ya pula. Mira rasa betul apa yang orang tu cakap. Cumanya mira manja dekat orang tertentu.

Mira manja dengan kaklang. The one and only sister that i have. Sekarang ni, kaklang dah ada banyak komitmen. Di mana kita tak dapat nak spend time berdua lagi macam dulu.

Sometimes mira rindu. Banyak sebenarnya nak cerita. Tapi takde masa kita berdua . :'(

And, one more thing, my love language is Quality Time Together