Friday, 13 May 2016

Hifzuddin

Hifzuddin?
Bukan nama orang ni 😅

حفظ - menjaga
الدين - agama

Tadi masa kelas Pengajian Hudud, Dr. ada sebut tentang Maqasid Syariah, salah satu daripadanya adalah, hifzuddin iaitu menjaga agama.

Bagaimana kita menjaga agama?

Menjaga agama boleh dilihat dalam konteks yang begitu besar iaitu menjaga agama dalam negara, sehinggalah yang paling dekat adalah, menjaga agama dalam diri sendiri.

Nampak macam terlalu simple. Tapi sebenarnya itu paling asas dalam memelihara segala kemaslahatan dan kepentingan yang lain. Perlu kita tahu, setiap dari kita ada peranan dalam menjaga agama.

Cuba lihat, banyak kerosakan atau jenayah yang terjadi seperti rosaknya akhlak, masalah sosial dan segala jenayah yang berlaku kini disebabkan apa?
Jawapannya, mudah.

Sebabnya adalah, rosaknya agama dalam diri.

Dr. ada menyebut tentang, حد الأدنى (haddul adnaa) iaitu dalam bahasa melayunya, had yang paling rendah dalam menjaga agama dalam diri adalah, melakukan segala perintah wajib dan menjauhkan segala yang haram. Ini batas yang paling rendah, dimana setiap kita, Muslim perlu berusaha menjaganya dalam diri.

Manakala حد الأعلى ( Haddul A'laa) Had paling tinggi pula adalah, melakukan segala perintah yang wajib, ditambah dengan semua yang sunat, dan menjauhkan segala yang makruh apatah lagi yang haram. Ini peringkat yang tinggi. Para wali atau alim ulamak, mungkin.

Hmm...
Adakah kita dah capai pada tahap yang paling rendah itu?

No comments:

Post a Comment