Friday, 26 December 2014

menerobos.

Bismillah

Sampai waktu untuk menerobos potensi diri aku sendiri.
Perancangan demi perancangan aku susun.
Cuma belum rapi.
Masih banyak yang perlu aku pelajari.
Mencari sumber rujukan dari yang ahli.
Belajar merangka strategi.
Pekakkan omongan gusar disekeliling.
Bisukan diri dari hujah yang membodohkan.
Tiada waktu untuk aku layan, masa ku jongkong emas.

Selagi matlamat aku jelas,
Tiada undur. Takkan ku akur tewas.

Wednesday, 24 December 2014

Sayangi Diri Dulu

Bismillah...

kenapa,..

perwatakan kita berbeza?
cara berfikir,
cara berkomunikasi,
cara mengurus diri dan kerja.
cara memandang sesuatu, dari sudut yang berbeza....
kelebihan yang berbeza

Sebab...
Setiap orang punyai komitmen yang berbeza.
Tugas kita mungkin tampak sama, tapi takkan serupa.

Masa kita terhad, Kebolehan kita punya had.

Kita selalu rasa yang tugas kita lebih banyak daripada masa yang kita ada.

Padahal, masa kita itu sudah CUKUP.
andai.. ANDAINYA...
Kita fokus dengan kerja atau bidang tugas kita sendiri, tanpa perlu bersusah payah "mengambil tahu" atau lebih tepatnya "menyibuk" hal-hal orang lain.
Ketepikan emosi yang berlebihan, memikirkan orang itu orang ini.. dia kata begitu .. dia kata begini..
Itulah yang membuatkan masa kita banyak terbuang dengan sia-sia tanpa disedari.

Luangkanlah lebih masa dengan kerja sendiri, hal sendiri.
Sayangilah masa yang diberi pada kita,
Sambil menghulurkan bantuan ANDAI diminta.
Beri perhatian kepada yang memerlukan saja,
Sulamkan kasih sayang pada yang layak menerimanya.
Juga mengisi kekosongan jiwa dengan mendekatkan diri kepada Yang Esa.

Cukup-cukuplah lagak seperti kita punya banyak masa terluang,
Sedangkan ianya membinasakan dan akhirnya bisa membuat kita kecundang.

* Pesanan untuk diri sendiri di tingkat teratas, untuk kamu jika rasa ia benar, untuk dia yang sering membosankan *








Saturday, 6 December 2014

Ter



Tiba waktu yang sebenar
Yang dulu aku nafi
Tapi kini aku sendiri diuji
Hari-hariku berat
Namun aku cuba untuk kuat
Takkan ku perlihatkan padanya apa yg tersirat.
Tak perlu.
Teruskan cara ini.
Lebih tenang dan dekat disisi.

Tuesday, 11 November 2014

kecewa



Ini bukan sesi melayan perasaan

Cuma ingin buat peringatan
Atau lebih tepat lagi, persediaan

Ku bukan si pesimis akan perkara tak pasti
Cuma tak mahu leka dibuai mimpi

Ku serah pengetahuan ghaib itu
Pada Yang Tahu

Bahagia selalu singgah sekejap
Saat kekeliruan terlerai, segala tersingkap

Tika itu lah, aku, kecewa.

Friday, 7 November 2014

kala tersepit, motivate diri sendiri

bismillah

ya allah ya allah ya allah!

aku rindu kat rumah
rindu kat adik-adik akuuu

Pada masa sekarang aku agak tersepit dengan kerja, terhimpit dengan masa
Aku dah tak boleh nak buang masa walau sedikitpun
Leka pun tak boleh

Searang ni semua benda aku kena catat, almaklumlah, pelupa.
Walaupun penat, tapi syukur alhamdulillah, Allah beri kesihatan yang baik
kalau sakit, apa pun aku tak boleh nak buat kan?

Taklifan bertimpah, semuanya minta aku selesaikan pada tempoh yang aku sendiri macam tak percaya boleh buat atau tak.
Aku cuma yakin yang 24 jam yang Allah kurniakan pada kita setiap hari ni CUKUP!
kan Allah Maha Kuasa Maha Tahu Selaga apa yang manusia perlu.,
kita je manusia yang suka menangguh kerja, membuang masa dan leka.
pastu bila tersepit, mulalah masa yang disalahkan.

Aku sebenarnya takde point sangat nak cerita. tapi ini mengeluh tau!
Cuma nak lepaskan apa yang terbuku didada di fikiran aku ni.

Wish me luck! :) Semoga Allah terima usaha aku dalam menyempurnakan segala amanah di bahu aku ni sebagai satu ibadah,pahala,ganjaran Syurga. Amin!


Friday, 3 October 2014

kenapa macam ni

bismillah.

Hari berganti hari,
Umur meningkat lagi
Ujian pun silih berganti.
Paling mengganggu, adalah soal hati,
Kadang mampu kawal, tapi yang selalunya ditangisi

Kuat?
Hari-hari cuba untuk kuat.
Setiap malam mengharapkan, hari esok yang lebih indah,
Namun masih sama
Mana lompongnya?

Sampai suatu saat,
Cuba lari dari rutin
Buat sesuatu yang menggembirakan hati,
,, Tetap seperti tadi
Tak temu lagi,

Mohon petunjuk dan ketenangan dariNya
Aku Tak Mampu Sendiri :'(





Monday, 25 August 2014

Cabaran Baru Buat Mira

bismillah~

Lama dah tak bercerita. Agak sibuk dengan kehidupan seharian sebagai seorang "bibik"..hehe

Selepas aku selesaikan projek pertama sebagai seorang Pengarah, aku serik. Berulang-ulang aku sebut pada keluarga dan kawan terdekat, yang aku TAKNAK lagi aktif untuk apa-apa aktiviti di kolej.

Em, selalu apa yang kita TAKNAK tu, itulah yang kita dapat kan? Awal bulan 8 baru-baru ni, aku jadi wakil hanya untuk bentangkan plan projek. Lepas selesai perbentangan tu, aku dilantik, atau lebih tepat lagi, aku diberi peluang sekali lagi untuk jalankan projek ini sebagai Pengarah. Aku sahut ini sebagai satu cabaran buat diri aku sendiri. Pengalaman itu tak boleh didapati dari mana-mana buku. Mari Redah!

Kali ni lebih mencabar, sebab aku perlu letakkan target projek ini ke peringkat antarabangsa. Buat masa ni, plan aku cuma nak melibatkan student daripada Universiti dari Singapura. Semakin banyak pihak yang terlibat, semakin besar tanggungjawab aku. Bagaimanapun, aku akan usaha dan pastikan projek ini tidak mengecewakan mana-mana pihak. Aku tekad untuk melaksanakan gerak kerja hinggalah kepada perlaksanaannya dengan professional. Aku nak ambil peluang ini untuk melatih diri agar jadi lebih disiplin dan berkaliber.

Ada sahabat aku, yang awal-awal dah ingatkan " lagi besar projek ni, makin besar cabaran, kau kena kuat".  Terima kasih. Aku akan selalu ingat nasihat tu. Apapun, aku tak dapat berdiri sendiri. Aku perlukan pertolongan Yang Maha Besar, aku perlukan dorongan yang arif dan ahli mengenai projek ni. Aku perlukan doa dan sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan.

May Allah Ease Everything. Mudah-mudahan aku dapat bantu, mengharumkan nama Universiti Malaya dan Kolej Kediaman Keempat. Amin...

Tuesday, 17 June 2014

usaha la lebih, rajinlah banyak

Bismillah~

Dari Nilam Puri lagi, ak suka teka apa yang masuk exam. Kalau orang lain dah bagi spot, ak tapis lagi. Mengikut logik, gerak hati, agak-agak apa yang lecturer sebut-sebut selalu dan macam-macam faktor lah aku "memandai-mandai je agak".

Alhamdulillah, selalu bernasib baik. Spot "memandai-mandai" aku tu la yang masuk exam. Sebab tu, aku semakin berani nak meneka dan terus "memandai-mandai agak", hinggalah exam kali ni.

Tapi baru-baru ni, ada target aku tersasar. aku punya "agak-agak" tu tak betul.
Maka ada jugak lah yang termangu2 menjawab. (aku la tuh) bopoloh den dalam dewan ber"ekon" tuh!

Jadi sekarang, aku tak berapa nak berani dah. hehe

Apa moral citer aku???

Mana ada jalan "shortcut" nak sukses. sebab tu la orang selalu sebut " Usaha Tangga Kejayaan". TANGGA tu.. TANGGA!. bukan eskelator, bukan lif,

"MAN JADDA WA JADA" siapa usaha sungguh2, mesti dia dapat.
So, Man La Jadda....Siapa tak usaha sungguh2, APA JADAH je la yang dia dapat.

Hm, tak rugi pun usaha lebih. Allah pasti bantu. Berbalik pada pengalaman2 zaman SPM, aku tak pernah kecewa pun bila dah usaha lebih.
RESULT selalunya SETIMPAL DENGAN USAHA. RAJINLAH BANNYAK~
Tak salah nak study tajuk spot.
sebab~~~

SPOT TU REZEKI
MEMANDAI-MANDAI TU YANG BALA

# cerita ini memang ada kena mengena dengan aku, sekadar nak kongsi pengalaman, mungkin korang boleh duduk sekali dengan aku ambil pengajaran.

Tuesday, 3 June 2014

jatuh

bismillah~

disaat semua sedang mengosongkan fikiran selain daripada 'study'
aku masih belum melangkah walau seinci.

orang boleh kata itu dan ini..
sedang mereka bukannya berada di dalam situasi

semua melihat sekadar dikejauhan
sudah agak beruntung pada yang memberi pandangan

aku tak mahu mengeluh tentang suatu bebanan
sekadar mahu melepaskan rasa yang terpendam

ada ketika aku sendiri tak pasti
mampukah aku berdiri seiring dengan mereka yang 'score' tinggi

pernah jua aku terfikir,' mengapa jalan hidup mereka begitu mudah
sedangkan aku seperti terkulai harap dipapah

pernah tak rasa seperti semua diatas ni??
rasa terlalu rendah dari mereka disekeliling....
ya, kali ni aku tewas daripada sebarang motivasi diri
mungkinkah esok muncul sinar baru untuk aku kembali berdiri??
harapanku moga segala hikmah yang baik tersingkap nanti
pada tika itu mungkin aku dapat bukti
yang semua jalan sukar yang aku lalui
tersedia ganjaran emas dipenghujung nanti

# Ya Allah, jangan kau hukumi aku jika aku terlupa atau tersalah.
Ya Allah, jangan kau bebani aku dengan bebanan yang berat yang tidak mampu untuk aku menanggungnya
Ya Allah... jangan biarkan aku sendiri...... :'( jagakan aku.....





Monday, 12 May 2014

bukan mati



Suatu perkara yang aku dah tahu.
Tapi baru sekarang aku rasa.

Saat sesuatu yang nikmat pada aku, hilang satu per satu
Masa ni, aku baru berpijak pada realiti
Semua Jangkaan aku dulu, kini semuanya jelas pasti.

Tak ada yang kekal
Aku harus terus cekal
Terima hakikat
Bukan salahkan yg telah tersurat

Aku takkan berhenti
Hanya kerana mereka tak mempeduli
Tunggu suatu waktu
Akan aku buktikan sendiri
Yang sendiri itu bukan mati.

#Hasbiallahu