bismillah~
disaat semua sedang mengosongkan fikiran selain daripada 'study'
aku masih belum melangkah walau seinci.
orang boleh kata itu dan ini..
sedang mereka bukannya berada di dalam situasi
semua melihat sekadar dikejauhan
sudah agak beruntung pada yang memberi pandangan
aku tak mahu mengeluh tentang suatu bebanan
sekadar mahu melepaskan rasa yang terpendam
ada ketika aku sendiri tak pasti
mampukah aku berdiri seiring dengan mereka yang 'score' tinggi
pernah jua aku terfikir,' mengapa jalan hidup mereka begitu mudah
sedangkan aku seperti terkulai harap dipapah
pernah tak rasa seperti semua diatas ni??
rasa terlalu rendah dari mereka disekeliling....
ya, kali ni aku tewas daripada sebarang motivasi diri
mungkinkah esok muncul sinar baru untuk aku kembali berdiri??
harapanku moga segala hikmah yang baik tersingkap nanti
pada tika itu mungkin aku dapat bukti
yang semua jalan sukar yang aku lalui
tersedia ganjaran emas dipenghujung nanti
# Ya Allah, jangan kau hukumi aku jika aku terlupa atau tersalah.
Ya Allah, jangan kau bebani aku dengan bebanan yang berat yang tidak mampu untuk aku menanggungnya
Ya Allah... jangan biarkan aku sendiri...... :'( jagakan aku.....
No comments:
Post a Comment