Monday, 25 August 2014

Cabaran Baru Buat Mira

bismillah~

Lama dah tak bercerita. Agak sibuk dengan kehidupan seharian sebagai seorang "bibik"..hehe

Selepas aku selesaikan projek pertama sebagai seorang Pengarah, aku serik. Berulang-ulang aku sebut pada keluarga dan kawan terdekat, yang aku TAKNAK lagi aktif untuk apa-apa aktiviti di kolej.

Em, selalu apa yang kita TAKNAK tu, itulah yang kita dapat kan? Awal bulan 8 baru-baru ni, aku jadi wakil hanya untuk bentangkan plan projek. Lepas selesai perbentangan tu, aku dilantik, atau lebih tepat lagi, aku diberi peluang sekali lagi untuk jalankan projek ini sebagai Pengarah. Aku sahut ini sebagai satu cabaran buat diri aku sendiri. Pengalaman itu tak boleh didapati dari mana-mana buku. Mari Redah!

Kali ni lebih mencabar, sebab aku perlu letakkan target projek ini ke peringkat antarabangsa. Buat masa ni, plan aku cuma nak melibatkan student daripada Universiti dari Singapura. Semakin banyak pihak yang terlibat, semakin besar tanggungjawab aku. Bagaimanapun, aku akan usaha dan pastikan projek ini tidak mengecewakan mana-mana pihak. Aku tekad untuk melaksanakan gerak kerja hinggalah kepada perlaksanaannya dengan professional. Aku nak ambil peluang ini untuk melatih diri agar jadi lebih disiplin dan berkaliber.

Ada sahabat aku, yang awal-awal dah ingatkan " lagi besar projek ni, makin besar cabaran, kau kena kuat".  Terima kasih. Aku akan selalu ingat nasihat tu. Apapun, aku tak dapat berdiri sendiri. Aku perlukan pertolongan Yang Maha Besar, aku perlukan dorongan yang arif dan ahli mengenai projek ni. Aku perlukan doa dan sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan.

May Allah Ease Everything. Mudah-mudahan aku dapat bantu, mengharumkan nama Universiti Malaya dan Kolej Kediaman Keempat. Amin...

No comments:

Post a Comment