Bismillah..
Fuh kanan,
Fuh kiri.
Huishhh lamanya tak bercerita dalam ni. Kesibukan aku sebagai mahasiswa yg berwibawa adalah penghalangnya. ( konfiden tu penting)
Hmm,,
Negative thinking. Sejak dua menjak ni, tah kenapa terlalu negatif. Semua tak kena.
Tapi malam ni, aku disajikan dengan beberapa quote yang positif kat insta, twitter, fb dan blog someone ni.
Dannn datanglah aura segar gembira positif dan bahagia sehingga mengheretkan aku ke sini untuk menulis.
Okay, apa point aku sekarang sebenarnya ni? Apa citer nye??
Takde lah point sangat, ni bukan ensiklopedia ataupun portal rasmi untuk anda dapatkan maklumat yang berautoriti. Heee
Balik pada apa yang telah aku niatkan nak share, adalah...
Yakin dan positif.
Pertama skali, untuk sentiasa yakin dengan diri dan berfikiran positif adalah, berada dalam kalangan orang yang positif sifatnya. Kurangkan berbual dengan si jemah yang suka cerita keburukan orang. Jauhkan sikitt je jarak dengan markonah yang suka merungut dengan segala ribut taufan hidupnya.
Kita perlukan aura-aura yang positif disekeliling untuk diserap.
Kedua, elakkan daripada membaca bahan-bahan bacaan yang penuh dengan cacian, kejian dan segala.. An...an yang negatif. Kenapa?? Sebab, apa yang kita baca itu adalah santapan minda kita. Emosi kita
perlukan sumber positif dr minda. Jadi, banyakkan membaca Al-Quran, Al-Mathurat, kata-kata semangat ataupun cerita-cerita yang bermanfaat. Kalau nak up sikit, mencabar minda, rajin-rajinkanlah diri baca jurnal or kitab yang berkaitan dengan study field kita.
Yang ketiga, diri kita sendiri, pokok kek kauu... Tapislah aura negatif, dan serap hanya yang positif. Jangan meranakan emosi dengan melayan anasir-anasir yang menurunkan self-esteem kita.
(merenung ke luar jendela.. Bayu pagi meniup lembut... Lihat bintang di angkasa.. Purnama menerangi gelapku)
Lirik lagu tu dah bagi aku satu imaginasi kesegaran dan sejuk. Kemudian terseraplah ion-ion positif dalam hatiku.
Semoga kekal positif dan yakin! Assalamualaikum 😊
No comments:
Post a Comment