Penjalanan kita jalannya berliku,
Tapi aturannya tetap satu,
Ia akan terusss ke depan,laju dan tanpa henti.
Takkan ada terlewat atau tertangguh walau sesaat,
Takkan ada ruang masa untuk jalan mengundur.
Perjalanan kita ini, syaratnya cuma sekali.
Tiada pengulangan.
Perjalanan kita ini, syaratnya setiap orang berbeza.
Takkan setara.
Dari itu, hargai sepenuh hati,
Jangan sia-siakan walau sekali.
Hargai perjalanan yang satu ini
Laluilah dengan penuh rasa syukur dan gembira.
Kerana walaupun pahit perjalanan kita sekarang,
Ia akan berubah jadi yang manis untuk dikenang.
Ucapan sayang sepenuh hati buat keluargaku yang tercinta, sahabat yang kusayangi.
Alhamdulillah atas perjalanan ini.
:)
Semoga sambil ku berjalan, dapat ku kutip buah amal. untuk bekal di penghujung nanti. bila jumpa jalan mati, Tiada undurnya lagi...
No comments:
Post a Comment