Semester 5 dah mula.
Tapi, aku tak pasti lagi sama ada nak teruskan atau tangguh satu semester.
Btw, mama sekarang perlu penjagaan rapi. Fulltime.
Perkembangan kesihatan mama yang terkini,
: Kanser dah merebak ke bahagian otak. Kesannya, akan menyebabkan mama sawan/strok bila-bila masa. Kalau nak kurangkan kebarangkalian mama jadi macam tu, kena jaga betul-betul. Jangan bagi dia rasa stress atau sedih.
: Mama tak dapat pegang barang betul-betul. Kejap-kejap terlepas. Jadi, aku kena suapkan mama makan dan minnum.
Sebab tu lah aku berfikir-fikir lagi nak belajar atau extend. Aku tak dapat nak fikir dengan rasional sekarang. Hati memang nak sangat habiskan study ontime. Takut nanti kalau extend, aku akan belajar sorang-sorang. Aku ni dah lah tak alert mana.
Bila tengok keadaan mama pulak, aku dah mula terbelah bagi. Mana satu yang utama? Sekarang ni aku sangat harapkan sebarang pendapat atau nasihat daripada orang. Tapi aku tak nak nampak sangat yang aku ni tengah sedih. Siapa yang boleh aku minta nasihat masa macam ni?
dari pengalaman tercetus ilham lalu menari sang jemari atas keyboard maka tercipta sebuah nukilan jalanan online dan inilah..ceriteramiera :)
Tuesday, 8 September 2015
Wednesday, 26 August 2015
Puisi cuma : "Tersekat"
Tersekat.
Kau ada dalam satu ruang.
Nampak diluar sana banyak yang kurang
Pandang semula pada diri.
Apa tindakan untuk atasi,
Dalam sedar aku jumpa jawapannya.
Cuma ia memakan masa.
Aku ukir cita-cita dalam hati.
Biar berparut agar tetap aku ingati.
Dan dalam perjalanan,
Aku tutup ruang pendengaran.
Aku langkah dengan tangkas.
Aku takut terdengar tangisan.
Aku takut peluang terlepas.
Sendirian aku bermonolog.
Bukan gila tapi tiada tempat untuk aku sorok.
Kalau aku luah, nanti ada yang sakit
Baik aku pendam setiap bait
Aku tahu cuma Satu yang mendengar.
Aku masih ketakutan.
Adakah aku akan tetap berpijak
Atau bakal kan rebah
Ya, kini tersekat segala rasa di kerongkong.
Saturday, 22 August 2015
Tak sedia
Cepat betul masa berlalu
Terus bergerak tanpa tunggu
Orang kata umur macam aku sekarang ni, semua dah sibuk mencari teman hidup, jodoh, partner or whatever yang sewaktu dengannya.
Tak lekang juga dengan orang yang cuba mengayat dan masuk line.
Tipulah kalau kata tak ada kan?
Ya, memang ada. Beberapa kali jugak aku buat-buat tak faham. Tukar topik atau hentikan conversation terus.
Tak takut ke jadi anak dara tua?
Gila tak takut?? Mestilah tak nak.
Tapi, aku belum sedia la. Aku sekalikan lah ini kira topik cinta la kan?
Cinta perlu komitmen. Di mana kau perlu luangkan masa, beri perhatian, jaga hati dsbgainya yang diperlukan dalam relationship.
Itu memang aku belum sedia. Apa yang aku tahu sekarang, aku dalam proses membentuk diri agar jadi yang lebih baik. Dalam proses membina karier aku sendiri. Hidup aku yang sekadar fikirkan diri sendiri pun belum betul terurus. Fikirkan adik-adik, mak dan ayah. Banyak yang belum aku sempurnakan.
Btw, aku harap, aku dapat jumpa prince charming aku pada masa yang tepat.
Masa yang aku dah stabil. Dapat urus hidup aku dengan baik, dapat bantu mak, ayah dan adik-adik.. Dan pastinya, dapat bantu dia dalam segala urusan dengan baik.
Aku taknak jadi yang menambah beban. Tapi, aku nak jadi yang diperlukan dan menyenangkan.
Bila la tu ye? 😅 haih, aku pun tak tahu.

Saturday, 25 July 2015
Bahagia yang sempurna
Hai Assalamualaikum!
Biasalah asam garam hidup kan, namapun asam garam kan, yang membawa maksud hidup ni ada macam-macam variasi rasa.
Macam sekarang aku ada kat rumah saudara jauh, stay sini seminggu amek upah jaga baby 6 bulan dan yang sorang lain 2 tahun. Apa yang aku rasa?? Membuak-buak rasa sunyi dan rindu kat adik-beradik.
Masa kat rumah, selalu terdetik hati yang aku tak ada masa untuk diri sendiri. Hari-hari aku penuh dengan aktiviti berkhidmat untuk keluarga. Bila free, aku amek kesempatan untuk tidur sebab dah penat. Nak membaca tak ada mood. Menulis jauh sekali. Hobi tak ada dah. Tukar kepada tidur.
Tapi kan, bila banyak masa free macam sekarang ni, aku baru sedar yang kesibukan aku dengan keluarga tu adalah lebih bermakna dan memuaskan berbanding duduk sendiri, dapat online lama2, berblogging, tengok movie, membaca dll. Dalam beberapa hari ni, aku dah buat semua aktiviti yang aku nak sangat buat untuk kepuasan diri sendiri. Dan bila semuanya aku dah buat. Still rasa kosong.
Kat sini, lepas kakak tu balik kerja dan take over jaga anak-anak dia, aku dah mula bosan. Buat apa pun tak kena. Aku asyik teringat kat adik-adik sampai tersenyum n tersengih sendiri teringat lawak hambar dorang.
Ya Allah...kehidupan sekarang ni cukup sempurna sebenarnya untuk aku. Dalam resah bila bermasalah atau lelah, rupanya terselit anugerah rasa yang membahagiakan. Tak ada gantinya di tempat lain. Aku dah terbiasa dengan Kesibukan dan kepenatan demi keluarga.
Alhamdulillah aku ada kehidupan sekarang. Kebahagiaanku luassss :)

Thursday, 9 July 2015
Moist Cake
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan minyak kelapa
1/2 tin susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh bicarbonate soda
1 1/4 cawan baking powder + 1 sudu self raising flour // 1 1/4 tin self raising flour
1 sudu esen vanila
3 biji telur
Minyak kelapa, susu cair, susu pekat, gula, koko masak atas dapur
Tunggu sejuk, masukkan tepung, self raising flour dan telur
Kukus selama 1 jam

Tuesday, 7 July 2015
JomMassak!
Hi Assalamualaikum!
Bawang Merah 1/2
Bawang Putih 6
Halia sikit je
Serbuk Kari 2 sudu
3 sekawan ( Bunga cengkih, Bunga Lawang, Kayu Manis )
Air Asam Jawa
Daun Kari
Santan
Udang
Bawang Merah 1/2
Bawang Putih 6
Halia sikit je
Serbuk Kari 2 sudu
3 sekawan ( Bunga cengkih, Bunga Lawang, Kayu Manis )
Air Asam Jawa
Daun Kari
Santan
Udang
Monday, 29 June 2015
Resepi chocolate chip
150 gram mentega
50 gram buttercup
50 gram minyak jagung
50 gram gula ( dikisar halus)
300 gram gula perang
3 biji telur
1 camca teh esen vanila
350 gram self raising flour
1 camca teh baking soda
100 gram chocolate chip
100 gram kacang
20 gram koko
Cara-caranya:
1. Mentega, minyak jagung dan gula dikacau hingga rata
2. Masukkan telur, esen vanila, self raising flour, baking soda, chocolate chip, kacang, koko
3. Digaul rata kemudian bentukkan

Resepi crunchy cookies
300 gram mentega
50 gram butter
50 gram corn oil
150 gram gula (kisar halus)
400 gram self raising flour
200 gram quacker oat
200 gram chocolate rice
100 gram kacang ( ditumbuk kasar)
200 gram cornflakes
1 sudu teh baking soda
Secubit garam
2 biji telur
Cara-caranya
1. Kacang tumbuk kasar
2. Margerin dan gula kacau hingga halus
3. Masukkan self raising flour
4. Masukkan quacker oat, chocolate rice, baking powder, garam, telur.
5. Gaulkan dan bentuk kuih bulat-bulat
*chocolate rice letak last sekali

Thursday, 25 June 2015
Perjalanan Nan Satu
Penjalanan kita jalannya berliku,
Tapi aturannya tetap satu,
Ia akan terusss ke depan,laju dan tanpa henti.
Takkan ada terlewat atau tertangguh walau sesaat,
Takkan ada ruang masa untuk jalan mengundur.
Perjalanan kita ini, syaratnya cuma sekali.
Tiada pengulangan.
Perjalanan kita ini, syaratnya setiap orang berbeza.
Takkan setara.
Dari itu, hargai sepenuh hati,
Jangan sia-siakan walau sekali.
Hargai perjalanan yang satu ini
Laluilah dengan penuh rasa syukur dan gembira.
Kerana walaupun pahit perjalanan kita sekarang,
Ia akan berubah jadi yang manis untuk dikenang.
Ucapan sayang sepenuh hati buat keluargaku yang tercinta, sahabat yang kusayangi.
Alhamdulillah atas perjalanan ini.
:)
Semoga sambil ku berjalan, dapat ku kutip buah amal. untuk bekal di penghujung nanti. bila jumpa jalan mati, Tiada undurnya lagi...

Monday, 15 June 2015
Hanya Bila Perlu
Sekeliling kita ada macam-macam jenis kawan.
Ada sentiasa susah senang bersama.
Ada yang datang bila perlu cuma.
Jangan pernah berharap pada kasih manusia,
Kita tak tahu dimana ikhlasnya.
Jangan pernah berharap pada perhatian mereka,
Sedang kita tak pasti perhatiannya itu dengan kritik atau dengan berlapang dada.
Apa yang telah aku lalui
Memberi banyak pengajaran
Agar aku tidak terlalu berharap pada kasih dan perhatian manusia.
Pasakkan azam agar dapat raih kasih Allah dan Perhatian daripadaNya.
Pasti takkan kecewa.
Tarik nafas. Senyum. Lepas.
Semoga dijalan depan sana, aku lebih berhati-hati
Agar tak tersadung lagi.
☺

Subscribe to:
Posts (Atom)