Saturday, 25 July 2015

Bahagia yang sempurna

Hai Assalamualaikum!

Biasalah asam garam hidup kan, namapun asam garam kan, yang membawa maksud hidup ni ada macam-macam variasi rasa.

Macam sekarang aku ada kat rumah saudara jauh, stay sini seminggu amek upah jaga baby 6 bulan dan yang sorang lain 2 tahun. Apa yang aku rasa?? Membuak-buak rasa sunyi dan rindu kat adik-beradik.

Masa kat rumah, selalu terdetik hati yang aku tak ada masa untuk diri sendiri. Hari-hari aku penuh dengan aktiviti berkhidmat untuk keluarga. Bila free, aku amek kesempatan untuk tidur sebab dah penat.  Nak membaca tak ada mood. Menulis jauh sekali. Hobi tak ada dah. Tukar kepada tidur.

Tapi kan, bila banyak masa free macam sekarang ni, aku baru sedar yang kesibukan aku dengan keluarga tu adalah lebih bermakna dan memuaskan berbanding duduk sendiri, dapat online lama2, berblogging, tengok movie, membaca dll. Dalam beberapa hari ni, aku dah buat semua aktiviti yang aku nak sangat buat untuk kepuasan diri sendiri. Dan bila semuanya aku dah buat. Still rasa kosong.

Kat sini, lepas kakak tu balik kerja dan take over jaga anak-anak dia, aku dah mula bosan. Buat apa pun tak kena. Aku asyik teringat kat adik-adik sampai tersenyum n tersengih sendiri teringat lawak hambar dorang.

Ya Allah...kehidupan sekarang ni cukup sempurna sebenarnya untuk aku. Dalam resah bila bermasalah atau lelah, rupanya terselit anugerah rasa yang membahagiakan. Tak ada gantinya di tempat lain. Aku dah terbiasa dengan Kesibukan dan kepenatan demi keluarga.

Alhamdulillah aku ada kehidupan sekarang. Kebahagiaanku luassss :)

Thursday, 9 July 2015

Moist Cake

1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan minyak kelapa
1/2 tin susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh bicarbonate soda
1 1/4 cawan baking powder + 1 sudu self raising flour // 1 1/4 tin self raising flour
1 sudu esen vanila
3 biji telur

Minyak kelapa, susu cair, susu pekat, gula, koko masak atas dapur

Tunggu sejuk, masukkan tepung, self raising flour dan telur

Kukus selama 1 jam


Tuesday, 7 July 2015

JomMassak!

Hi Assalamualaikum!

Bawang Merah 1/2
Bawang Putih    6
Halia                 sikit je
Serbuk Kari       2 sudu
3 sekawan ( Bunga cengkih, Bunga Lawang, Kayu Manis )
Air Asam Jawa
Daun Kari
Santan
Udang

Monday, 29 June 2015

Resepi chocolate chip

150 gram mentega
50 gram buttercup
50 gram minyak jagung
50 gram gula ( dikisar halus)
300 gram gula perang
3 biji telur
1 camca teh esen vanila
350 gram self raising flour
1 camca teh baking soda
100 gram chocolate chip
100 gram kacang
20 gram koko

Cara-caranya:
1. Mentega, minyak jagung dan gula dikacau hingga rata
2. Masukkan telur, esen vanila, self raising flour, baking soda, chocolate chip, kacang, koko
3. Digaul rata kemudian bentukkan

Resepi crunchy cookies

300 gram mentega
50 gram butter
50 gram corn oil
150 gram gula (kisar halus)
400 gram self raising flour
200 gram quacker oat
200 gram chocolate rice
100 gram kacang ( ditumbuk kasar)
200 gram cornflakes
1 sudu teh baking soda
Secubit garam
2 biji telur

Cara-caranya

1. Kacang tumbuk kasar
2. Margerin dan gula kacau hingga halus
3. Masukkan self raising flour
4. Masukkan quacker oat, chocolate rice, baking powder, garam, telur.
5. Gaulkan dan bentuk kuih bulat-bulat
*chocolate rice letak last sekali

Thursday, 25 June 2015

Perjalanan Nan Satu

Penjalanan kita jalannya berliku,
Tapi aturannya tetap satu,
Ia akan terusss ke depan,laju dan tanpa henti.
Takkan ada terlewat atau tertangguh walau sesaat,
Takkan ada ruang masa untuk jalan mengundur.

Perjalanan kita ini, syaratnya cuma sekali.
Tiada pengulangan.
Perjalanan kita ini, syaratnya setiap orang berbeza.
Takkan setara.

Dari itu, hargai sepenuh hati,
Jangan sia-siakan walau sekali.
Hargai perjalanan yang satu ini
Laluilah dengan penuh rasa syukur dan gembira.
Kerana walaupun pahit perjalanan kita sekarang,
Ia akan berubah jadi yang manis untuk dikenang.

Ucapan sayang sepenuh hati buat keluargaku yang tercinta, sahabat yang kusayangi.
Alhamdulillah atas perjalanan ini.
:)
Semoga sambil ku berjalan, dapat ku kutip buah amal. untuk bekal di penghujung nanti. bila jumpa jalan mati, Tiada undurnya lagi...

Monday, 15 June 2015

Hanya Bila Perlu

Sekeliling kita ada macam-macam jenis kawan.
Ada sentiasa susah senang bersama.
Ada yang datang bila perlu cuma.

Jangan pernah berharap pada kasih manusia,
Kita tak tahu dimana ikhlasnya.
Jangan pernah berharap pada perhatian mereka,
Sedang kita tak pasti perhatiannya itu dengan kritik atau dengan berlapang dada.

Apa yang telah aku lalui
Memberi banyak pengajaran
Agar aku tidak terlalu berharap pada kasih dan perhatian manusia.
Pasakkan azam agar dapat raih kasih Allah dan Perhatian daripadaNya.
Pasti takkan kecewa.

Tarik nafas. Senyum. Lepas.
Semoga dijalan depan sana, aku lebih berhati-hati
Agar tak tersadung lagi.

Penipu

Sekali tipu, susah nak percaya dah.

Kenapa mesti nak tipu?
Cakap jelah perkara yang sebenar. Aku lagi sanggup telan yang pahit sebab kejujuran daripada sedap dengar masa awal dan at last tahu itu adalah sebuah penipuan.

Setiap orang mungkin boleh judge macam-macam. Ada pendapat masing-masing, prinsip, dan pandangan dari perspektif yang berbeza. Datang lah kot dari mana pun pandangan tu.
Aku mohon satu.
Janganlah menipu.

Itu kali terakhir aku percayakan kau.
Lepas ni sifat pesimistik menghantui aku. Tapi jangan salahkan aku masa itu. Siapa yang mulakan menipu?

Memang aku ni mudah percaya. Sebab aku tak reti tipu. Takpe, aku terima dulu apa yang kau rancangkan dengan profesional.
Tapi, jangan ingat aku mudah nak percaya lagi. Cukup takat ni. Aku mungkin lurus, tapi bukan b#d#h.



Saturday, 13 June 2015

Exam Datang Lagi

Bismillah.

Assalamualaikum dan haiii.. Exam is just around the corner. Semester Keempat. Tahun Dua.

Tempoh masa untuk mengulang dah semakin singkat. Satu nota pun belum aku buat. Kenapa?
Kalau ditanya kenapa, mesti kita akan fikirkan punca dan alasan. Pada kebiasaannya, kita dengan spontan akan mula menyatakan punca dan alasan tu datang dari faktor luaran. Kononnya penyebab itu bukan dari kita. Betul tak?

Okay, sambung.
Aku dah cipta seribu alasan bagi menyedapkan hati kononnya aku tak bersalah atas kelewatan study for exam ni. heee
Tapi sebab dah tahu itu semua bukanlah faktor SEBENAR kecundangan aku,
Aku simpan yang itu.

Realitinya, apa yang harus aku perbaiki, bagi tak terus kecundang dan dapat terus mulakan study dengan gear empat???

1. Target.

Kena target dalam masa yang sekian-sekian nak study apa. Caranya, susun jadual.

2. Disiplin

Ikutlah jadual tu, tadi dah habis masa duk menyusun, takkan tak nak ikut pulakkk

3. Yakin Diri

Kena yakin dengan kebolehan diri dalam menerima dan memahami subjek yang diulangkaji itu. Sebab kalau hidup dengan penuh keraguan, kau takkan maju. Duk lah kat takuk yang meragukan dan tunggu tumbang sorang-sorang. Yakin, Allah bantu bila kau usaha. Kipidap

4. Fokus

Fokus dengan Target kau. Fokus dengan apa yang kau tengah study tu. Fokus dengan pencapaian untuk diri kau. Jangan hirau dah orang lain (melainkan ada yang minta kau terangkan apa-apa, jangan selfish pulak)

5. Doa

Doa ni bukanlah ditangga yang kelima. Tapi aku letak kat akhir dengan memaksudkan, sepanjang perjalanan kau, gerak dan langkah kau, mesti berdoa. Jangan Sombong. Kau tak ada tempat lain untuk meminta melainkan pada Pemilik Segala Dunia dan seisinya. Minta je semua.. Yang paling penting, Minta agar Allah Redha atas detiap yang kau dah lakukan, sedang lakukan dan akan lakukan. Banyak-banyak istighfar, bersihkan hati.jiwa, dan diri kau. Buang segala anasir negatif yang menyelubungi kau selama ni.

Walaupun sebenarnya masa dah tersangatlah singkat, tapi teruslah berlari dan jangan pandang belakang. Apa yang dah berlaku jangan kau ungkit atau sesali. Terussssskan saja apa yang ada didepan. Sebab yang dah lepas tu tinggal memori, terabadi dan tak boleh untuk diubah dah.
Yang akan datang ni, cipta kejayaan dan kegembiraan.

Semoga berjaya dalam peperiksaan, tak lupa juga semoga berjaya dalam Ramadhan
Allahumma najihna fil Imtihaan, Fiddin, Fiddunya Wal Aakhiroh
Allahumma Ballighnaa Romadhon..
Robbana Taqobbal Minna Innaka Antassami'ul Alim, Wa tub 'alaina innaka Anta Tawwaburrohim..

:) Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Aku bangkit semula!

Bukan Tempat Aku

"Setiap orang ada kelebihan masing-masing"

hm, selalu sangat dah dengar ayat tu. Sampai dah tak rasa apa dah.

Aku dilantik, Tapi belum diiktiraf lagi perlantikan itu.
Pada aku, sungguh aku tak layak.

Pemimpin selalunya perlu dijadikan contoh
And i'm not the right one
Seriously,

Mereka sepatutnya pilih yang ada ciri-ciri berikut:
1. Akademik Power
2. Personaliti Contoh Yang Sejati

Aku tak ada kedua-duanya.
Ni bukan entry rendah diri minta simpati.
Tapi jujur dari hati yang merasakan diri tak layak.

Semoga pengiktirafan itu tak diteruskan.
Tempat itu bukan untuk aku.
Mohon Jelas dan Faham