Saturday, 23 July 2016

Family first

Kenapa utamakan family?

Mungkin dah terbiasa dari kecil, Babah selalu sebut, "adik beradik kena bersatu, sama-sama. Jangan utamakan orang lain dari family. Diorang takkan lama dengan kita, nanti susah adik beradik juga yang kau cari.Percaya la babah cakap ni"

Ayat tu babah selalu ulang-ulang dalam kereta. Dalam perjalanan ke sekolah, ke kampung tak pernah lekang dari 'lecture'. Heheh

Ditambah lagi dengan pengalaman di sekolah yang macam-macam yang membuktikan kata-kata babah tu betul.

Boleh dikatakan zaman sekolah dulu penuh dengan cabaran dan ujian. Mengajar aku kenal pelbagai jenis manusia. Mana talam bermuka-muka, mana yang lalang, yang tikam belakang. Semua dah jumpa.

Teruk masa tu. Hati aku sakit.
Sebulan 2 kali balik rumah. Itu lah masa yang aku nanti-nantikan. Dapat spend time dengan family. Aku ceritakan semuanya, dan diorang sangat protective. Macam-macam tips dorang share suruh buat, untuk back up aku. Hilang segala rasa yang tak best. Lega sangat.

Dengan family, aku bebas untuk buat apa-apa. Dari kecik, sifat aku yang periang hanya diorang yang tahu. Bila aku mula diam, dorang akan tanya, dorang kenal aku macam mana. Kalau diam mesti ada something yang tak kena. Dorang care pasal aku.

Sebab tu la, susah untuk aku ketepikan diorang dalam apa yang aku buat.
Susah senang aku, biarlah dengan diorang.
Aku taknak bila susah je baru cari family.

Family je yang tahu segala buruk baik aku tapi tetap ada dengan aku. Tak berubah.
Diorang je yang sedia menerima aku seadanya.

In Shaa Allah, family first sampai bila-bila.

Friday, 22 July 2016

Luahan kecuakan :D

Kesibukan tu ada nikmatnya. 
Puas bila dapat habiskan masa dengan sesuatu yang membuahkan hasil.

Dalam tempoh berpraktikal selama 2 bulan, dalam masa yang sama, aku dah mulakan penulisan untuk Final Year Project. Kalau diikutkan, tajuk thesis tak confirm lagi, tapi SV kata dah boleh mula buat proposal dan tunjuk pada dia. So, esoklah harinya. wehuuu~ 

Esok pergi dengan harapan, dapat confirmkan tajuk. 
Kalau rezeki lebih, harap dapat nasihat dan guide sikit dari Ustazah. untuk langkah seterusnya. 

Kecuakan berganda sebenarnya.
Supervisor ni kita yang pilih sendiri tapi still takut dengan dia.
Dah takut kenapa pilih beliau? haha
Sebab, suka kat ustazah, terinspirasi sangat tengok dia. 
Semua orang kata dia garang. Em, memang pun.. Tapi garang bertempat okay apa. Seorang yang tegas dan lembut pada tempatnya, ada pendirian, dan yang paling penting, terinspirasi dengan akhlaknya. Ustazah baik sangat,. dulu kena tasmi' hafazan dengan dia. Tasmi' kali pertama boleh dianggap gagal la, sebab tiba-tiba blank. 
Pastu, ustazah tanya apa masalah enti? 
Aku pun explain, cerita kenapa.
Terus ustazah bagi peluang lagi sekali.
(Biasanya kalau dah tak lepas tu, memang kena repeat lah!)
Alhamdulillah peluang kedua tu aku tak sia-siakan. Kebaikan orang jangan kita ambil kesempatan kan? Ternyata ustazah bukan seorang yang cepat menghukum. Nampak je garang tapi sebenarnya boleh bawa bincang.

Apa cerita pasal ustazah pulak nih :'D haha
Takutnyaa sok!
Lengkapkan cepat proposal mira~ Sok jumpa sv kesayangan k ;)

Tuesday, 19 July 2016

Setiap Hari

Dengan siapa kau bercakap setiap hari?
Dengan siapa kau bergurau setiap hari?

Ofkos lah family :)
Kawan kat ofis, biasa-biasa jer,
Dengan group wassap, Kadang-kadang menyampuk Kadang-kadang setakat buka conversation sebab taknak tengok ada notification. Kuikui
Dengan Kawan baik pastinya Mun.

Itu jelah 😅

Kawan ofis tanya, awak ada boyfriend?
😓 soalan cepumas. Ingat kita wasap tergelak2 sebab wassap ngan pakwe ke.
Cukup dengan group wassap family dah wat aku terhibur la. I tak desperate okay~
Hahah

So, kalau ada yang tanya lagi, nak jawab apa?
Nak acah2 macam mira filzah nya jawapan lah " nak kata ada, mcm xde. Nak kata xde, mcm ada"
Em, cam poyo je..
Krik3 ..
Walaupun kenyataan nya mmg takde. 😅

Jodoh tak sampai lagi, mungkin sebab jem... Atau dia singgah solat istikharah kat masjid otw ke aku. Chia3

Friday, 15 July 2016

Takde tajuk

Mendidik bukan senang...
Macam jaga pokok, hari2 nak kena siram. Bukan sekali siram terus elok pokoknye.
Kadang-kadang disalah anggap... Tegur dikatanya marah. Tak tegur tak tahu pulak.

Masing-masing ada karakter tersendiri. Setiap orang lain cara nak tegur. Ada yang sensitif beno tu, kena tegur personal. Tak tahu sangat psikologi tapi agak-agak sendiri je.. Lain umur, tahap pemikiran pun beza. Yang kanak2 lain, yang remaja cara lain pulak. Alahai... Adik.

Sabar. Itu jelah satu perkataan untuk kuatkan diri ni. Sebab sayang, kena lah sabar kan?

Mungkin sekarang terasa penatnya. Tapi takpe, untuk adik-adik kan. Semoga korang terus kuat, pandai berdikari, akhlaqul karim dan rajin ngaji.

Kakcik tak minta korang balas apa-apa. Cukuplah dengan jaga diri, terjaga dari semua sudut sampai dewasa.

# kakcik sayang korang sampai bila-bila. Jaga diri, jangan kecewakan kakcik 😢


Friday, 8 July 2016

Maafkan

"Di aidilfitri, kita kembali kepada fitrah.
Bersihkan jiwa, buang segala marah dan dendam. Seberat mana pun rasa untuk memaafkan, perlahan-lahan, lepaskan.
Cukuplah, jangan simpan lagi. Makin lama makin membusuk nanti. Kita pun siapa? Bukan sempurna, in shaa allah dengan memaafkan, kita juga akan dimaafkan."

Sekali lagi, aku cuba cakap dengan diri sendiri. Aku lepaskan semuanya. Aku taknak simpan dah walaupun sedikit dalam hati.
Apalah sangat nak diharapkan dengan bahagia kat dunia ni, sedangkan hidup akhirat tu yang abadi.

Alhamdulillah. Setakat ni, tak nangis lagi la.
Sebak tu ada, tapi air mata dah kering kot.
Speechless.



Wednesday, 6 July 2016

Common sense

Tiba-tiba rasa nak cerita pasal "common sense" memandangkan orang moden zaman kini makin tak ada common sense.
😂

Aku baca banyak confession pasal masalah dengan keluarga mertua la.. Ipar la segala.. Aku rasa, antara punca masalah dorang adalah takde common sense.

Pelik.
Ada banyak keadaan yang aku rasa boleh dikaitkan dengan benda ni.

1. Keadaan bilamana kita berada di tempat orang. Tak kisah lah dekat rumah saudara yang paling rapat ke,  kawan baik sesangat ke, even kalau dah kawen, bila balik rumah mak sendiri..  Rajin-rajinlah ke dapur, tolong apa patut. Bukan datang-datang sekadar vvip yang tunggu dihidang dilayan 1st class. Bukan kena buat semua benda pun, budi bahasa kena jaga.. At least hantar dapur ke pinggan mangkuk...
Benda ni boleh fikir sendiri lah sebenarnya. Bayangkan je kalau kau tuan rumah.. Terus dpt fikir logik.

*Baru sekarang aku paham, kenapa dulu mama selalu suruh aku pegi dapur walaupun pegi raya rumah orang. Baru aku paham, kenapa masa dulu mama marah kalau aku buat dunno je pas makan terus blah tak basuh pinggan. Ini namanya common sense. Benda yang kau fikir sendiri sepatutnya tak perlu ditegur.

2. Kawal sendiri anak-anak

Dalam rumah sendiri, tempat untuk mendidik. Di rumah orang, tempat aplikasikan didikan tu. Tengok sama ada lekat atau tak. Tips aku nak bagi, sebelum sampai ke rumah orang, dalam kereta tu, bagitahu siap-siap,
- Salam orang tua
- Jangan buat sepah
- Jangan masuk bilik orang
- Jangan complain apa yang orang bagi/hidang

Nanti bila dah ada kat rumah orang, perhatikan anak-anak tu. Tuan rumah akan faham "biasa lah budak-budak..." tapi dorang takkan faham bila parents tak kawal anak tu langsung. Orang boleh nampak effort kau jaga anak tu atau sambil lewa.

Dalam perjalanan balik, buat macam post moterm kalau sepanjang ada di rumah orang tu anak-anak ada buat hal.

*Ni semua apa yang babah buat masa kitorang kecik. Masa tu tak faham, ingatkan babah suka marah-marah. Rupanya ni lah dia, didikan namanya.

Tadi macam banyak idea sangat tetiba dah tak ingat apa lagi contoh keadaan yang memerlukan common sense, budi bahasa dan fikir logik.

Tetiba aku rasa bersyukur sangat sebab mama dan babah tak manjakan kami. Sepanjang umur kami membesar penuh dengan didikan. Alhamdulillah jazakumullahukhoira...


Tuesday, 5 July 2016

Hidup berbakti

Tahun ni, tinggal seorang insan yang akan aku peruntukkan masa dan tenaga sepanjang hari raya.
Siapa? Nekmak.

Tahun ni, raya sekadarnya. Walaupun tahun ni, mama dah takde. Tapi ada nekmak lagi. So, raya kali ni aku nak fulltime berbakti pada nekmak pulak.

Nekmak kakak sulung daripada 9 adik beradik. So, 1 sampai 3 hari raya tetamu tak putus-putus datang raya. Sebab tu la, kena sentiasa standby.

Biar penat badan, jangan nanti sakit terkilan. Aku nak bagi nekmak senang hati, happy raya ni. Aku tak kisah pegi jalan beraya ataupun tak kali ni, asalkan nekmak senyum, senang hati. Baru aku puas hati.

Jiwa kita rasa hidup bila berbakti kerana erti hidup pada memberi.

Alhamdulillah. Dah jumpa erti raya tahun ini :)

Monday, 4 July 2016

Untukmu kawan

Kita disatukan dengan kasih sayang
Dipisahkan dengan takdir

Kita punyai satu tujuan
Tapi, dipisahkan dengan beberapa jalan

Kita berkongsi rasa
Tapi kehidupan berbeza

Sebuah kegembiraan yang diisi sekelumit kesedihan.
Sedih, kerana akan berjauhan
Bahagia, kerana melihat kau tersenyum.

Nanti doa akan sentiasa mengiringi perjalananmu kawan.
In shaa allah. Semuanya jalan lancar.

Saturday, 2 July 2016

Malam di Masjid Negeri

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Teruja sangat tengok malam macam siang di Masjid Negeri malam tadi. Semuanya nampak bersemangat menghidupkan sunnah nabi, iktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan.

Sepanjang malam, semua berlumba-lumba beribadah. Ada yang bersendiri, solat, duduk berdoa, mengaji. Ada yang berkumpulan saling menyemak bacaan. Yang paling buat aku rasa terinspirasi, ada yang bersama keluarga. Dibawanya semua anak-anak kecil sama-sama merasai suasana indah dalam Ramadhan.

Bagus, satu didikan awal bagi anak-anak. Mungkin nampak macam leceh nak bawa kesana sini, dengan segala perkakas mereka. Tetapi, sebenarnya ia memberikan satu impak yang baik dalam membentuk jiwa dan kerohanian anak-anak itu.

Pada aku, inilah sebenar-benar yang orang kata "relationship goals".  Bersatu dalam jalan yang sama, iaitu jalan ke syurga. Kalau ditakdirkan aku sempat berkeluarga sendiri sebelum mati, aku nak hidupkan suasana sebegini dalam diri anak-anak aku. Semoga aku dan 'ayah' mereka punyai misi yang sama.

Alhamdulillah, ada adik-beradik yang punyai semangat yang sama. Dari yang sulung sampai paling bongsu. Jujur tahun ni baru dapat peluang bersama-sama mereka beriktikaf di masjid. Tahun sebelum-sebelum ni, tinggal kat asrama, pastu kalau cuti pun, ada task lain teman mama. Semoga kami terus istiqomah.

Kekuranganku, terlalu banyak, dosa menggunung tinggi. Kerana itulah, kena usaha lebih untuk raih pahala dan keampunan.
Sungguh, aku yakin RahmatMu luas.



Friday, 1 July 2016

Bila rumah takde orang tua

Nak raya ni, biasanya semua sibuk dengan persiapan. Kemas rumah, kuih raya, perkakas2 yang hanya ada masa raya, hias rumah lah, plan konvoi dan segala lah.

Haha.. Itu semua ada dalam kepala orang tua. Bila beraya dengan adik-beradik je, semua tak kisah. Tak ada persiapan apa pun.. Ada lah nampak sikit kerepek abang beli masa balik kampung kak ipar. Pastu kemas rumah pun macam kemas2 biasa. Takde fikir nak tukar langsir ke.. Berapa jenis kuih yang ada.. Kordial untuk hidang kat tetamu..

Serius, tak rasa apa-apa. Apa yang bestnye nak raya?

Open house? Tak tahu lah buat ke tidak. Rasa pelik la bila buat makan-makan tapi takde orang tua 😂
Adik cakap, nanti kalau orang-orang tua datang raya, kita nak layan macam mana? Nak borak apa?
Entah. Hidang jelah apa patut. On tv.hehe.

Janggal rasanya raya tahun ni.
Hohooo
Ni lah kitaran hidup!
#rayaadikberadik