Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
Teruja sangat tengok malam macam siang di Masjid Negeri malam tadi. Semuanya nampak bersemangat menghidupkan sunnah nabi, iktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan.
Sepanjang malam, semua berlumba-lumba beribadah. Ada yang bersendiri, solat, duduk berdoa, mengaji. Ada yang berkumpulan saling menyemak bacaan. Yang paling buat aku rasa terinspirasi, ada yang bersama keluarga. Dibawanya semua anak-anak kecil sama-sama merasai suasana indah dalam Ramadhan.
Bagus, satu didikan awal bagi anak-anak. Mungkin nampak macam leceh nak bawa kesana sini, dengan segala perkakas mereka. Tetapi, sebenarnya ia memberikan satu impak yang baik dalam membentuk jiwa dan kerohanian anak-anak itu.
Pada aku, inilah sebenar-benar yang orang kata "relationship goals". Bersatu dalam jalan yang sama, iaitu jalan ke syurga. Kalau ditakdirkan aku sempat berkeluarga sendiri sebelum mati, aku nak hidupkan suasana sebegini dalam diri anak-anak aku. Semoga aku dan 'ayah' mereka punyai misi yang sama.
Alhamdulillah, ada adik-beradik yang punyai semangat yang sama. Dari yang sulung sampai paling bongsu. Jujur tahun ni baru dapat peluang bersama-sama mereka beriktikaf di masjid. Tahun sebelum-sebelum ni, tinggal kat asrama, pastu kalau cuti pun, ada task lain teman mama. Semoga kami terus istiqomah.
Kekuranganku, terlalu banyak, dosa menggunung tinggi. Kerana itulah, kena usaha lebih untuk raih pahala dan keampunan.
Sungguh, aku yakin RahmatMu luas.
No comments:
Post a Comment