Wednesday, 4 May 2016

Tolong Appreciate

Rasa nak cakap "Tolong Appreciate kerja aku boleh? Aku bukan minta balas, tak perlu puji ke apa, cuma jangan buat aku sedih"

Serius rasa nak cakap.😢

Tapi tu la kan, kita kena kawal rasa marah tu. Tak boleh ikut kepala kita je lebih-lebih lagi dalam organisasi. Be Professional Mira!

Cumanya sebagai peringatan untuk diri sendiri, Jangan buat orang lain macam mana yang kita kena. Berurusan dengan manusia ni, ambil kira juga adab dan cara berkomunikasi dengan baik. Jaga lah juga hati orang. Lainlah kalau berurusan dengan robot. Boleh je nak lanyak robot tu kalau nampak macam lembab buat kerja. Tak perlu komunikasi. Rosak letak tepi.

Jangan buat aku sedih please.



Thursday, 28 April 2016

Independent

Cukup independent ke?
Belum... 😢

Setiap kali aku minta tolong orang, selepas pada tu aku rasa bersalah. Lagi2 bila orang tu muncung je. Mula lah aku risau.

Dan.. Rasa menyesal menyelubungi. Patut aku buat je semua sendiri. Jangan susahkan orang.
I'm sorry 🙏

Sunday, 24 April 2016

Manja

Masa sekolah menengah dulu, ada beberapa orang ni suka cop mira. Kata mira ni anak manja.

Mira nafikan. Masa tu tak rasa pun yang mira ni manja.

Tapi, sekarang ni macam ya pula. Mira rasa betul apa yang orang tu cakap. Cumanya mira manja dekat orang tertentu.

Mira manja dengan kaklang. The one and only sister that i have. Sekarang ni, kaklang dah ada banyak komitmen. Di mana kita tak dapat nak spend time berdua lagi macam dulu.

Sometimes mira rindu. Banyak sebenarnya nak cerita. Tapi takde masa kita berdua . :'(

And, one more thing, my love language is Quality Time Together

Thursday, 21 April 2016

Kembali

Umur meningkat.

Jujur aku pernah jatuh. Tapi mulai saat ini, aku ingin bangkit. Kembali ke 'track' asal mengapa aku disini. Garisan penamat tak jauh mana lagi. Aku mesti usaha keras.  Doakan aku.

Friday, 18 March 2016

Nasihat :)

Agama itu nasihat.

Perlukah kita sempurna baru saling menyampaikan ilmu dan beri nasihat?

Jawapan saya, tidak.

Kita takkan capai tahap sempurna. Nama pun manusia. Kalau nak tunggu sempurna memang sampai bila-bila pun tak ada kebaikan yang akan tersebar.

Cara nasihat masing-masing berbeza mengikut penerimaan seseorang. Ada yang selesa dengan nasihat sentap menyentap, ada yang selesa nasihat yang lembut.

Kalau saya, lebih serasi dengan nasihat yang lembut dan tak terlalu direct. Pengalaman saya di salah satu tempat pengajian, saya ditegur oleh senior dengan sinis. Saat tu, saya benar-benar rasa marah sehinggakan terdetik "buat apa nak jadi baik, orang dah cop dah aku ni jahat, degil, tak tsiqoh!"

Astaghfirullahal Azim..

Marah betul masa tu. Tapi Alhamdulillah tidaklah sampai macam tu. Saya fikir baik-baik, tak perlu saya buktikan atau show off yang saya dah berubah, ke arah lebih baik. Tak perlu.

Penambahbaikan atau pembinaan dari dalam. Iaitu hati, melalui ibadah wajib, dan disulami ibadah sunat. In Shaa Allah akan terzahir sendiri perbuatan yang harmoni dan akhlaqul kareem.

Saya serahkan pada Allah. Biar Dia yang menghakimi.

Tapi, itu bukan alasan untuk kita berbuat sumbang seperti mengeluarkan kata-kata kesat, mengumpat, atau berhuha tak ingat dunia dengan alasan, "Hey, kau sape nak judge aku. Allah je tahu. Yang penting hati baekkk"

NO! please jangan bagi alasan macam tu.
Tingkah laku kita semua terzahir dari "warna" hati tau! Ingat tu.

Jadii pesan saya pada semua, teruskan menyebarkan kebaikan dan nasihat. Nasihatlah dengan baik, dan sentiasa baiki diri kita ya.

Jaga hati, jaga ibadah, jaga akhlak,
:) Assalamualaikum

Thursday, 18 February 2016

Resepi Bubur Sum2

Bahan-bahannya

1. Santan dicampur air: 2 1/2 mangkuk
2. Tepung Beras : 1 mangkuk
3. Daun Pandan
4. Garam


Cara-caranya

Kacau semua bahan atas api sampai likat

Penyediaan
Mudah saja. Boleh dimakan dengan air sirap atau air gula merah dan ais

Cara buat sirap

Air, daun pandan, gula, pewarna, dimasak secukup rasa sampai mendidih.

Resepi Popia

Inti popia

Bahan-bahannya

1. sengkuang (disagat)
2. carrot (disagat)
3. Udang kering
4. Bawang Goreng
5. Tahu (potong kecil2)
6. Garam
7. Gula

Cara-caranya
Tumiskan semuanya jangan terlalu layu. Toskan sebelum digulung dengan kulit popia

Sambal popia

1. Cili Merah
2. Bawang Putih
3. Garam
4. Gula
5. So

Resepi Inti Pau Berlauk (Chinese)

Inti Pau Berlauk

Bahan-bahannya
1. Sengkuang (sagat)
2. Carrot (sagat)
3. Bawang Putih
4. Bawang Merah
5. Udang
6. Garam
7. Lada Hitam

Cara-caranya
1. Tumiskan bawang dan udang, kemudian masukkan sengkuang dan carrot. (jangan terlalu layu). Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa

Sunday, 6 December 2015

Nukilan cinta buat ibuku

Nukilan sifat sang ibu

Ibuku?

Seorang yang sederhana,
Sederhana pada percakapannya, sederhana dalam pergaulan, sederhana dalam berpakaian,
Ibuku tak pernah meminta-minta untuk dihiaskan padanya pakaian yang mewah-mewah, hatta emas pun tiada diminta.
Ibuku tak banyak bicara dalam ramai. Dia tak tahu masuk campur hal orang lain, tak suka mengumpat.
Ibuku sentiasa tersenyum, apabila diusik, kalau mungkin orang lain akan rasa marah merasakan diri dipijak, tidak pada ibuku. Dia anggap ia sekadar senda gurau.
Ibuku tidak masuk Universiti, tapi hebat berkomunikasi dalam bahasa inggeris, bukan tidak mendapat tawaran, tetapi mengutamakan kami, anak-anaknya.
Ibuku kuat, dia takkan mengeluh sakit selagi mana sakit itu bisa ditahan. Seboleh-bolehnya dia diamkan sakitnya.
Ibuku pendengar yang baik, segala ceritaku didengarinya dengan tenang. Nasihatnya ringkas, tapi padat meresap dalam hatiku, pemangkin semangatku.
Ibuku tetap berada dibelakangku, memapah aku bila aku lemah melangkah, menghulurkan tangannya dengan kasih sayang, Disaat yang lain mentertawakanku, dia tidak, dia menarik aku kembali berdiri bilaku tersungkur.
Ibuku, cintanya tanpa syarat, kasihnya tak minta balas, perhatian yang diberi tanpa sebarang kepentingan. Hanya kerana aku anaknya, maka baginya, segalanya untukku.
Ibuku tulus hatinya, tidak pesimis dengan orang, kebaikan orang lain terhadapnya, akan dibalas dengan rasa kasih, tanpa rasa syak akan dikhianat.
Ibuku jujur, tidak tahu mereka cerita, membuat helah atau tipudaya. kata-katanya terzahir terus dari hatinya.
Ibuku, sweet orangnya. Suka meraikan aku, anaknya. Tiap kali ulangtahun hari jadiku, dia akan beri sesuatu, kad yang dibuat sendiri, masihku simpan rapi dilaci. Tiap kali aku pulang dari asrama, dia akan masakkan pelbagai makanan kegemaranku, sebelum pulang, akan dia bekalkan sesuatu untuk aku. Habis sekolah, aku mula mencari pengalaman bekerja, aku berasa sempit, kos perbelanjaan makan ditempat kerja agak tinggi, aku cuma ada duit tambang pergi dan balik. Ibuku pagi-pagi lagi bekalkan nasi dan lauk untuk ku bawa ke tempat kerja.
Ibuku, garang kena pada tempatnya, dia menegurku tanpa bebelan panjang, sekadar 3 perkataan "yah, solat taubat".
Ibuku bukan pendendam, bagaimana teruk dikhianati, dia tetap maafkan, meski aku tahu, hatinya sakit, tapi dia berusaha ubati lukanya sendiri.
Ibuku, sanggup berkorban apa saja untukku, berhenti dari kerjayanya kerana aku, menjadi guru tadika, kerana aku, Tak diendahkan keinginannya, asalkan nasibku terbela.

Ibuku, sempurna pada aku.
Bisakah aku mewarisi segala kebaikannya sepanjang hayatnya?
Ibuku, keramatmu aku simpan,

Seminggu sebelum ibuku koma, aku minta dia bertahan, agar dapat datang ke majlis konvokesyenku. Dia mahu, tapi tak kesampaian. Walaupun dia sudah tiada lagi untuk menyaksikan kejayaanku nanti, akanku usaha sehabis baik mendapatkan apa yang telah aku janjikan padanya.

Kejayaan dunia dan akhirat aku kejar seiring, kerana matlamat aku ada dititik yang satu, Raih Cinta dan Redha Allah.

Semoga akhirat nanti, aku dapat bertemu dengannya, ceritakan segalanya yang aku lalui setelah dia tiada di belakangku. Ceritakan padanya, yang aku masih kuat dengan hidupnya dia dalam hatiku. Tuhan, temukan kami semula disyurga FirdausMu. Sungguh aku mahu.

Tuesday, 8 September 2015

Teruskan atau Extend ?

Semester 5 dah mula.
Tapi, aku tak pasti lagi sama ada nak teruskan atau tangguh satu semester.

Btw, mama sekarang perlu penjagaan rapi. Fulltime.
Perkembangan kesihatan mama yang terkini,
: Kanser dah merebak ke bahagian otak. Kesannya, akan menyebabkan mama sawan/strok bila-bila masa. Kalau nak kurangkan kebarangkalian mama jadi macam tu, kena jaga betul-betul. Jangan bagi dia rasa stress atau sedih.
: Mama tak dapat pegang barang betul-betul. Kejap-kejap terlepas. Jadi, aku kena suapkan mama makan dan minnum.

Sebab tu lah aku berfikir-fikir lagi nak belajar atau extend. Aku tak dapat nak fikir dengan rasional sekarang. Hati memang nak sangat habiskan study ontime. Takut nanti kalau extend, aku akan belajar sorang-sorang. Aku ni dah lah tak alert mana.

Bila tengok keadaan mama pulak, aku dah mula terbelah bagi. Mana satu yang utama? Sekarang ni aku sangat harapkan sebarang pendapat atau nasihat daripada orang. Tapi aku tak nak nampak sangat yang aku ni tengah sedih. Siapa yang boleh aku minta nasihat masa macam ni?