Saturday, 6 June 2015

Macam mana nak kekal positif?

Bismillah..

Fuh kanan,
Fuh kiri.

Huishhh lamanya tak bercerita dalam ni. Kesibukan aku sebagai mahasiswa yg berwibawa adalah penghalangnya. ( konfiden tu penting)

Hmm,,

Negative thinking. Sejak dua menjak ni, tah kenapa terlalu negatif. Semua tak kena.

Tapi malam ni, aku disajikan dengan beberapa quote yang positif kat insta, twitter, fb dan blog someone ni.

Dannn datanglah aura segar gembira positif dan bahagia sehingga mengheretkan aku ke sini untuk menulis.

Okay, apa point aku sekarang sebenarnya ni? Apa citer nye??

Takde lah point sangat, ni bukan ensiklopedia ataupun portal rasmi untuk anda dapatkan maklumat yang berautoriti. Heee

Balik pada apa yang telah aku niatkan nak share, adalah...

Yakin dan positif.

Pertama skali, untuk sentiasa yakin dengan diri dan berfikiran positif adalah, berada dalam kalangan orang yang positif sifatnya. Kurangkan berbual dengan si jemah yang suka cerita keburukan orang. Jauhkan sikitt je jarak dengan markonah yang suka merungut dengan segala ribut taufan hidupnya.

Kita perlukan aura-aura yang positif disekeliling untuk diserap.

Kedua, elakkan daripada membaca bahan-bahan bacaan yang penuh dengan cacian, kejian dan segala..  An...an yang negatif. Kenapa?? Sebab, apa yang kita baca itu adalah santapan minda kita. Emosi kita
perlukan sumber positif dr minda. Jadi, banyakkan membaca Al-Quran, Al-Mathurat, kata-kata semangat ataupun cerita-cerita yang bermanfaat. Kalau nak up sikit, mencabar minda, rajin-rajinkanlah diri baca jurnal or kitab yang berkaitan dengan study field kita.

Yang ketiga, diri kita sendiri, pokok kek kauu... Tapislah aura negatif, dan serap hanya yang positif. Jangan meranakan emosi dengan melayan anasir-anasir yang menurunkan self-esteem kita.

(merenung ke luar jendela.. Bayu pagi meniup lembut... Lihat bintang di angkasa.. Purnama menerangi gelapku)

Lirik lagu tu dah bagi aku satu imaginasi kesegaran dan sejuk. Kemudian terseraplah ion-ion positif dalam hatiku.

Semoga kekal positif dan yakin! Assalamualaikum 😊

Friday, 22 May 2015

nasihat dari orang

Just a conversation.
But its good for me


 First
Kenal dalaman kau
Kenal ciri2 kebiasaan kau
Embrace this
Never take action without knowing
Whatever decision it is
You need to know the info
Aku nak cakap kat sini, bukan kau jadi ego
Tapi kau selesaikan mana yang patut dahulu
Tenang sebelum buat keputusan
Sebab bila kau takut buat keputusan
Kau sebenarnya tak tahu
Takut tu datang dari ketidaktahuan
Takut gelap sebab kau tak tahu apa dalam kegelapan tu
Selesaikan kerja
Siapkan lah cepat2
Sebab kau tak belajar lagi nak fokus
Untuk buat apa2, pertama sekali
Kesedaran
Terima fiitrah kau
Takdir kau
Takdir itu untuk ditakbir
Berbalik pada kesedaran
Kau sedar kekuatan dan kekurangan kau
Dan kau nak berubah
Jadi kau terima kenyataan
Kesedaran memupuk perubahan
Lepas kau dah sedar
Kau perbaiki dengan kenal pasti kekuatan kau
Aku nampak, kau ada self esteem
Tapi tak berapa kuat lagi
So, kau kena belajar nak betul2 tetap pendirian
Buat decision, dengan ada ilmu
Tahu benda2 yang kau nak buat keputusan
Dah tahu, baru boleh tindakan
G for gaya, A action ,B better
Gaya tu benda yang kau nak buat
Mana yang terfikir pertama sekali
Ambil yang tu
Sebab pertama tu naluri
Kedua tu bisikan halus
Cek baik ke tidak dengan tindakan kau ni efek banyak tak
Kalau tak beri impak banyak maknanya keputusan tu tak berapa jelas
Specific book macam reclaim your heart by Yasmin mogahed
Falsafah hidup oleh hamka
Santunan Fitrah by Ustazah
Next bersahabat dengan yang positif
Yang nak berjaya bersama
Sebab kejayaan tu banyak makna
Dapat grad pun kira berjaya
So, kenallah dulu kejayaan apa kau nak
Dan dampingi mereka
Sebab kejayaan mereka sama lah mereka tak akan tinggalkan kau
Fitrah manusia seperti kena makan, kena rehat, kena bernafas, dan juga berpasangan
Kalau kau terlebih
Tak elok juga
Bagi cukup2
Makan dapat, rehat dapat
So, kalau kau dah rasa Fitrah manusia kau dah cukup
Cek pula kesejahteraan kau
Adakah badan kau sihat
Moral atau prinsip kau pegang tu sihat ke tak ?
Selagi apa yang kau cuba pegang tu
Ada orang mampu patahkan
Ia bukan sihat
Hidup ini perjalanan
Selagi kau tak sampai destinasi, selagi tu kau masih mencari jalan
Start dengan pandang secara hikmah
Tengok secara seluruh
Ever look from another perspective ?

Kisah Hati



Dalam timeline hidup sekarang, kalau flashback balik. Banyak kisah yang tersembunyi sebenarnya. 

Kisah seseorang yang datang tak diundang.
Kisah seseorang yang muncul tanpa disedar.
Kisah seseorang yang singgah tinggalkan kesan.

Dan jalan yang aku lalui masih panjang.. 
Mungkinkah setiap seseorang itu, akan aku temui di hadapan jalan nanti?
Atau ceritanya sekadar terhenti takat ini. 

Tak semua perkara perlu terus terang
Hati perlu dilindungi sebaiknya
Daripada sesuatu yang tak pasti
Yang mungkin akan menyakiti

Sekadar itu, 
Pandang segalanya sebagai episod awal. Masih punya jalan cerita ditengah-tengah.
Yang lebih menarik dan terbaik.

Semoga selamat setiap seseorang itu,
Assalamualaikum, Sayonara.


Monday, 11 May 2015

lepaskan

Apa yang dirunsingkan?
Tak perlu semua kau luahkan.
Perlu sedikit ruang untuk kau simpan.
Atau usahakan telan. 

Untuk apa dirunsingkan?
Masih banyak yang lain harus kau fikirkan
Masa yang kau punya jangan siakan
Kerna tiada yang berulang selain sesalan.  

Kau hanya perlu lupakan.
Lebih baik kau lepaskan.
Jangan biar sarang menebal
Cantas saja simpan yang kekal.

Wednesday, 6 May 2015

sembang nak travel. wooo

Hm, travel? Mengembara.

Kalau mengembara,  sudah menjadi trend orang amek gambar paling lawa lighting n scenery dan upload. Sebagai bukti dah jejak tanah sana dan sini.

Btw, tak salah pun mereka berkongsi pengalaman, dan menginspirasi kita yang belum sampai ke sana lagi kan? Take it positive elakkan jiwa dengki menyelubungi diri tuh. Dah la tak dapat travel, orang nak tunjuk scenery dan share pengalaman pun tak nak tahu. jangan sumbunk~

Dengan mengembara atau melihat keindahan alam ni, kita dapat suburkan jiwa hamba dalam diri... Kita rasa betapa kerdilnya kita yang menumpang di bumi Dia. Sambil tu dapat menenangkan fikiran dan hati dari kekalutan manusia yang sibuk ituu..

Sebenarnya saya cuma nak cakap. Saya suka baca pengalaman orang di perantauan, suka lihat gambar2 pemandangan di sana dan rasa nak mengembara membuak-buak saat ini.

Jam menunjukkan 1.41pagi. Mungkin boleh mengembara ke alam mimpi. Em, nak mimpi ke taman bunga yang segar dan berwarna warni lah! Okayy. Goodnight!


Tuesday, 5 May 2015

Jalan Kita Pun Indah

Adakah dengan melihat kebahagiaan orang lain kita akan menjadi lebih bersemangat? Terinspirasi?

Ya, itu yang aku rasa sekarang. Walaupun sedikit ke arah berangan.  Haha. Kita tak perlu tanya, kenapa cerita dia macam novel cinta? Sedangkan cerita aku macam novel thriller.

Setiap orang Allah kurniakan jalan yang berbeza-beza. Tujuan yang sama untuk menguji iman hamba. Destinasi dan habuannya adalah syurga.

Jadi, jalan ini dah terindah buat kita. Cuma jangan senang-senang menyerah, 'ini takdir aku'. Hiaskan jalan kita dengan bunga2 cinta buat sang pencipta. Bercucuk tanam pohon taqwa disekelilingnya. Biarkan angin bertiup dan gugur daun-daun dosa.

Bersihkan jalan kita....agar terusss indah. Sampailah ke akhirnya. Ya Allah, alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang kau berikan buatku. Jadikan hambamu ini hamba yang bersyukur.

Senyum, dan ucap Alhamdulillah..
Masih diberi nyawa untuk membaikpulih jalan ke sana. ☺

Saturday, 2 May 2015

Rindu

Segalanya takkan sama lagi

Rindukan saat itu
Tiada benci atau ragu
Setiap hari menyemai cinta
Walau jauh tetap percaya

Rindukan saat itu
Sentiasa ada bersama
Tidak dengan nyata tapi hati merasa
Tiada yang terselindung sebalik cerita

Rindukan saat itu
Apakah tiada lagi ruang waktu yang berulang
Seperti dulu
Tiada watak tambahan yang membeban
Kisah ini cuma kita
Kita.
Rindukan saat kita

Friday, 13 March 2015

kurasa

Bismillah

Pemimpin? A leader?

Mungkin ada yang suka posisi di atas, dengan tujuan mereka yang tersendiri.
Mungkin ingin dikenali
Atau, memang semata-mata menjalankan amanah yang ditaklifkan tanpa mengharapkan balasan.

Bukan senang.. Selagi empunya badan tak merasa, selagi tu takkan faham.
Dan, bila tak faham tu, elakkanlah kata-kata " aku paham perasaan kau". Itu cliche. Ayat drama.

Selagi berada di posisi 'pemerhati', takkan. Takkan faham situasi.

Ok dah. Takda masa untuk bermadah gerimis.
Cuma nak cakap lagi satu, rindu ko



Sunday, 22 February 2015

Just Sayin



Life kita ni kadang-kadang macam ajaib kan?

Walaupun selalu rasa sakit and tak dapat apa yang kita nak, kita tetap move on, dengan berat kita teruskan dan kita dapati jalan di depan kita tu lebih menarik rupanya.

Benda ni berlaku berulang-ulang, dan kalau dilakarkan graf, ianya turun naik turun naik dan berterusan macam tu.

Apa yang kita perlu buat adalah.... Jangan pernah berhenti..
Cari kekuatan dan teruskan dengan yakin.

Percayalah, graf tu akan naik semula kelak.
Jumpa di puncak!

Saturday, 14 February 2015

Longlai

Pernah kau dengar?
Hatimu menjerit penuh amarah
Pernah kau rasa?
Jiwamu resah mengeluh kesah



Ya, sedang merasa.

Ada saatku gagah, berjalan dengan kencang, meyakini tiap lelahku punya ganjaran dihujung nanti.

Ada ketika, aku lemah. Berjalan longlai, terduduk. Keraguan mula membayangi diri, kabus jalan dihadapan. Sampai terdetik rasa ingin menoleh dan berundur.

Dimana lompong yang harusku penuhi? Agar hilang segala gusarku ini, dan mengecap kembali langkah yang pasti.

Atau apakah benar harusku undur dan berserah diri