Thursday, 17 October 2013

perasan tadi, lengan koyak.. pesan nabi, jangan riya' :/

bismillah~

....huu... lama dah menyepi..krik3
fuh..fuh.. (tiup habuk. da bersawang dah blog aku nih..he)

''tanpa ilmu dan pengalaman.. takkan terwujudnya sebuah nukilan''

itu yang dapat aku simpulkan, kenapa lama tak menulis (atau lebih tepatnya, menaip. )
sebab, kurangnya ilmu lahh. bila dah lama jauh dengan majlis ilmu, kita pasti akan rasa
kosong~kosong~oo...

alhamdulillah, berkat bercuti raya haji, mama pun sudah ada di rumah, maka dapat aku join ngaji lagi..hee
ni nak share la ni.. apa yang aku dapat..
ok tarik nafas... lepas..
betulkan niat.
siyes tujuan aku tulis ni adalah kerana ke'exited'an aku untuk berkongsi dan bercerita.
aku tak harap looooiiike (iatu jama' kpd like.he)
aku cuma nak citer. citer. cter..
dan mudah-mudahan kok ada la yang baca, dpt manfaatnya. kurang2 pun dpt sikit saham kanan. insya'allah :)

haaa... cakap pasal like, ni nak share hadis tentang riya'.

 ‏حدثنا ‏ ‏هارون بن إسحق ‏ ‏حدثني ‏ ‏محمد بن عبد الوهاب ‏ ‏عن ‏ ‏سفيان ‏ ‏عن ‏ ‏سلمة بن كهيل ‏ ‏عن ‏ ‏جندب ‏ ‏قال ‏ 
‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏من يراء يراء الله به ومن ‏ ‏يسمع ‏ ‏يسمع ‏ ‏الله به

رواه ابن ماجه كتاب الزهد


Diceritakan kepada kami, Harun bn Ishak, disampaikan padaku Muhammad bn Abd Wahab dari Sufian dari Salamah bn Kuhail dari Jundab berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : barangsiapa yang riya' (menunjuk2 dalam perbuatan baiknya), maka allah akan menunjukkan padanya. dan barangsiapa yang menunjuk2 (agar didengar) maka allah akan menunjukkan pendengaran allah padanya.

 ‏من يراء يراء الله به
Maknanya, kalau kita melakukan perkara kebaikan, untuk dijadikan tontonan orang, agar dipuji baik, soleh dan seorang yang rajin beribadah, maka nanti diakhirat, allah juga akan HANYA menunjukkan pahala-pahala dan kenikmatan atas perbuatan baiknya itu. hm, kira nak kasi contoh, kita rajin ke surau biar orang tahu kita rajin ibadah. Pastu contoh lain, kalau kita post benda baik2 kat fb, tweet dan insta biar orang nampak kita nampak baik n berilmu.. haa.. itulah riya'. Kita buat baik, tapi bukan mendambakan wajah allah(redha allah) tetapi untuk dipuji-puji, dipandang manusia...
maka perkara-perkara baik kita tu lebur jelah.. allah tak pandang.. pahala pun nanti dapat tengok jee...
itu contoh riya' perbuatan.

ومن ‏ ‏يسمع ‏ ‏يسمع ‏ ‏الله به
kalau ''agar diperdengarkan'' pulak, contohnya kita ngaji sedap2, dalam hati tu biar orang tahu kita pandai ngaji, atau tarannum ke.. ha.. camtu lah. pokok pangkalnya nak pujian orang agar dikatakan itu dan ini.

dengan niat je dah dapat membezakan ibadah tu kerana allah atau sekadar pamer depan manusia..
bahaya riya' nih -,-

Untuk melatih jiwa kita agar sentiasa rendah hati mempersembahkan ibadah hanya untuk allah adalah...
Jangan pernah rasa kita ni da cukup baik.
lagi2 bila kita wat ibadah sunnah, orang2 disekitar kita tak buat.
tak payah nak rasa bangga sangat k. ingat, kita buat semua tu untuk top-up pahala kita.. tampal lompong2 pada ibadah wajib kita yang selalu tak sempurna tu..
kita ni selalu ter ter tersalah. pendosa. jadi memang tanggungjawab kita lah untuk tertibkan ibadah wajib, tambah2kan ibadah sunnah...
dan..  cter balik pasal like tadi, kita menulislah di laman bersawang sesawang nih, seikhlas hati untuk berkongsi dan menyampaikan.. biaq p kat depa nak baca ka.. tak mau kaa.. nak like ka.. ignore ka...hee
sebab, kita hanya harap allah redha dengan perbuatan kita. untung2 dapat pahala kiranya ia memberi manfaat pada orang lain.. wink3 ;)

banyak lagi nak share senanye.. ni baru satu hadis nih. huu
takpe, sikit2 lama2 jadi banyak macam bukit ^^
ada masa aku tulis lagi ber'sharing is caring'' dengan kamu/anda/korang..hee

''spec besa..buku besa.. nampak aku hebat x? ==, ''
(ni cth budak riya'..hee)

akhir kata,
ambillah peluang join majlis2 ilmu supaya hati kita berisi..
 :: BATERI rohani kita perlu DICAS dengan ILMU, baru ada TENAGA untuk BERAMAL::
assalamualaikum~ :))





Sunday, 29 September 2013

caraMu

Bismillah..

~ malam yg sejuk.. Sunyi dan agak tenang..

Seharian mama dah berperang dengan rasa sakit.. Malam ni
dah dapat tidur.. Nampak tenang di wajahnya.lena..

Warga wad pun dah berkurang.. Ramai dah discharge. So that I hope mama dapat perhatian lebih dr nurse2.. Hehe

Allah bagi ujian supaya hambanya kembali pada fitrah sebagai hamba. Merintih padaNya. Kuatkan keyakinan tawakkal pada Dia... Pabila ujian yg dihadapi itu berat. Maka tiada tempat lain lagi utk meletakkan harapan dan mengharapkan pertolongan. Aku benar-benar sedang hadapi rasa itu.

Subhanallah...Sungguh Engkau Maha Tahu.

Saat aku rasa keseorangan, , doa minta ditunjuk jalan, terasa nikmatNya datang menerpa..ilham datang, hati mulai tenang..
alhamdulillah..

Ya allah, mungkin ini cara Engkau menyayangi aku.. Memberi ujian demi ujian.. Tidak kau biarkan aku lama terleka.. Sungguh Kau tahu yang aku mula terkapai dalam lautan jiwa gusar..
Aku terasa disambut dr lautan itu dengan ujianMu.. Dipapah semula kembali berdiri...

Ya allah.. Aku redha.. sayangilah aku.. Jagakan aku... Pelihara aku agar sentiasa dalam rahmatMu.
Aku serah hidupku utkMu ya robb
Amin...


Tuesday, 24 September 2013

indahnya pengorbanan mahalnya kenangan

Bismillah..

HTAR, Klang. Wad 3A katil 25...

Mira tak boleh tahan nangis.. Janggal la mama diam je..tidur..ckp sikit...
Mira rindu mama nye request suruh urut, ambilkan air panas, belikan megi tomyam dan
coklat

kitkat... Mira rindu mama nye senyuman..
Mira rindu mama cakap " sian anak mama" sambil usap kepala mira, bila mama kejut malam2 kat hspital sg.buloh n HKL tuu...

Skrg baru rasa the simple thing jd benda yg sgt berharga...
Skrg mira rasa mahalnya senyuman mama...

Mama dah buat macam2 utk mira..

Mama benti keje kat UiTM sebab nak jaga mira.. Selalu kena g appoinment kat HKL masa tu..masa mira tadika tunas bestari, mama pun minta kje situ sebab Mula2 mira kena buli. Pastu bila mama start kerja situ sume da x berani buli mira lg.. dorg kata teacher mas garang...huu.. best, ada back up besaa..

Ma... Senyum macam dulu...borak la ngan mira.. mira rindu.

ya allah... Sayangilah mama. Rahmati dia.. Sembuhkan mama...

# nape ssah nak benti nangis nih...... :'(


Monday, 23 September 2013

yang priority

Bismillah...

Dalam hidup ni, adakalanya kita perlu untuk membuat keputusan segera. Pilih yg utama berbanding pilihan..

Dari semalam aku tak sedap hati senanye..
Sama ada nak balik rumah spend time dgn mama n adik2 atau join program kolej spy dpt stay kolej pd tahun yg akn dtg..
Aku dah call rumah byk kali.. Tp tak dpt cakap dengan mama. Mama tidur, penat, sakit.... :'(
Then pagi ni hati aku bertambah2 resah.sakit. Rasa nak balik skrg jugak.
Aduss.. Klas plak pg ptg.
Call babah tadi, babah kata nak pergi hospital pagi ni bawa mama.. Mama sakit belakang tak boleh duduk..

Ya allah.. Padanlah aku tak tenang. Tak sedap hati. Risau. Mama tengah sakit..
Apa yg aku buat ni...
Patut aku balik je rumah, tak payah join program kolej.. Dapat tak dapat kolej utk next year lain cter..
Mama sepatutnya priority..
Mana pergi keyakinan aku?? Kan bila senangkan hati mak itu berkat. Pasti allah bantu...
Aku dah salah :'(

Aku akn cuba jugak utk make up class awal hari ni. Then nak tengok mama. Tak kisah la apa cara pun. Tolonglahh.... :'(

Friday, 20 September 2013

kena serius..... :(

Bismillah..
Ya allah..mudahkanlah urusanku...

Da minggu kedua kat sini.. Kuliah da mula...  Ak serabut. Banyak benda tak tahu..tak reti.. Takut. Err...

Da terbiasa disuap segala.. Skrg ni sume kena alert. Kena wat sendiri.. :'(

Kesimpulan yg aku dpt --> be serious in all what you do.
Perubahan yg agak drastik yg aku bakal hadapi... kena Serius. Serius. Dan serius..

Orang sekeliling aku yg kenal aku .. Mesti tahu yg aku suka bergurau..tak serius. Huh! Itu sume Sifat kebudak-budakan. I need to change..

Or maybe I need some advice?..
X tahuuu.... :'(



Wednesday, 18 September 2013

babah hebat

Bismillah.

Jam 12.30 mlm ...
Incoming call____ babah

Yah, tido dah ke? Pagar kl x tutup kan.. Nak apa2 makanan bungkus?

Laju je jawab .. Nak2 lapar ni.. Nak char kuey teow.. ,heee

...,...........

Dah tengah malam, tp masih fikirkan anak dia yg sorang nih..
Pg2 lagi bangun.. B4 ke ofis dia Hantar aku ke kolej.. Ni dah tengah malam pun dtg lg.. Hantarkan sekotak air mineral dgn mkanan...

Masa salam bila babah nak balik,...

Blaja betul2 ea. Dapatkan degree kelas pertama.. Nnti senang nak sambung master...

Ya allah..
Besarnya pengorbanan seorang ayah nak anak dia selesa, sihat, berjaya
Padahal aku tahu, dia penat.. Entah berapa jam je dia tidur...

Aku nampak harapan babah terhadap aku sangat tinggi...

Moga aku dapat gembirakan babah suatu hari nanti..

Ya rahman.. Lindungilah babah..sayangi dia..rahmatilah dia.. Murahkanlah rezekinya.. Mudahkanlah urusan babah ddunia dan akhirt..amiinn

Tuesday, 10 September 2013

aku da duaploh

Bismillah.....

Happy birthday to me~ yay.... ;) ting3! Mata bersinar2 ..

Alhamdulillah.. Genap dah 20 tahun Cik siti amirah, puteri yg ke-2 enchek kamal dan puan siti maznah... (aku la tuh..hehe)

Kejap je masa berlalu.. Rasa cam baru je graduate tadika tunas bestari.. Hari ni aku dah dok kat kolej kdiaman bestari UM. (err.. Ade kena mengena kan kan kan... :/)

Bermulanya umur 20 an ni bukan lagi masa utk main-main.. Semuanya kena sungguh2 dan serius. Sedar. Memang banyak yang perlu diupgrade nih. Dari segala sudut.
Mulai tika ini, perlu belajar utk bertanggungjawab sepenuhnya ats setiap apa yang dilakukan. Tak mungkin lagi ada batu untuk menyorok atau payung utk teduh bila tersalah langkah.
Jaga nama jaga reputasi. Sebab bukan budak-budak lagi.

Dalam masa beberapa hari kat UM ni.. Aku dah mula nampak cabaran2 dan arus ombak yang derassssss....
Aku bukan lagi dok skolah agama yang pastinya semua program yg dianjurkan bermanfaat.. Bukan lagi di nilam puri yang sentiasa saling memerhati dan igt mengingati...

Realitinya aku berada di LUAR semua itu. Perlu jaga diri, pandai tapis. Pesan dan harapan babah dan mama menjadi kekuatan.
Ayat Allah dan Sunnah nabi perlu menjadi pegangan.
 Perlu genggam dengan erat.

Ya allah.. Moga aku tetap dalam agamaMu.. Semoga aku tetap dalam rahmatMu..
''yaa muqollibalquluub.. Thabbit qolbi ala dinik''
Wahai tuhan yang membolak balikkan beberapa hati.. Tetapkan hatiku dalam agamaMu.. Amiin...

Alhamdulillah jazakumullahukhoira kepada mama dan babah..mira baru 20.. Baru nak blajar realiti hidup, Semoga Allah berkati babah dan mama.. Panjangkan umur babah dan mama...Mira perlukan dorongan,didikan, motivasi dan nasihat dr mama n babah...pegang tangan mira.. Jangan lepas.
tanpa babah dan mama, mira takde kat sini skrg. Tahap ni. :') ilovebothofyouverymuch

# Hakikatnya, dah bertambah setahun aku mendekati ajal... ya robb.ighfirly.

Thursday, 29 August 2013

cterkosongcuma ;)

Bismillah..

Ahad ni nak dftar, baru mlm ni nak meneliti borang segala.. Hew2
Sebab sblum ni bz sket. Dok ulg alik kat hospital. Hari ni mama dah discharge. So, dah xde excuse lagi. Dah boleh fokus utk preparation. ;) alhamdulillah..

Ramai betul yg kata, takutnya nak masuk UMkl..  dengan bermacam2 reaksi akibat imaginasi sendiri. Tak kurang juga dgn cerita dr pelbagai pihak, yang mungkin tujuan mereka utk mmberi peringatan awal atau nasihat. Ada juga bunyi yg sperti menakut2kan.


Hmm.. Lumrah nak masuk tempat baru mesti akan nervous+ excited kan..tp kena relax.. Jangan takut awal2.. Redah je dulu.. Tapi, redah2 pun perlu ada strategi. Pd pndpt aku la kan.. Mana pun kita pergi, kita kena jadi diri sendiri. Ada certain perkara kita boleh ikut situasi. Ada juga perkara yang kita perlu tegaskan prinsip diri. Takde lah nak kata aku ni byk pengalaman.. Ni cuma pendpt.taksalahkan ^^ peace

Huu.. Ape2 pon, all da best! Dan mudah2an lancar segala urusan pendaftaran n yg sterusnyaaaa .amin!
Selamat berorientasi n jadi freshiee ~ weee

Friday, 23 August 2013

mamamira :)

Bismillah..

Kali ni.. Coretan hati. Monolog jiwa.

Tempat ni sebagai saksi kisah kami berdua.
#mira dan mama

"dulu mira duduk kat katil situ.. Tak bole tinggal langsung. Kejap je mama takde g toilet. Da nangis jerit2 ..mama..mama.. "

Mama ceritakan kisah 19 tahun yang lalu.. Ketika itu.. Aku berumur 11 bulan. aku menjalani pembedahan mata kiri akibat katarak sejak lahir. Mama berhenti kerja semata-mata nak fokus pada aku.. Sebab setelah pembedahan, Banyak kali kena Follow up Appoinment.
Itu kisah pada tahun 1994. oh x. Bukan kisah ..lebih tepat lagi.. itulah Memori

Ini pula kisah tahun ni 2013
Watak masih sama. Mira dan mama.
Tempat juga sama. Hospital kuala lumpur. kali ni yang berbeza adalah..mama kat ats katil. Aku duduk di tepi mama. Sentiasa duduk dalam keadaan bersedia untuk mama.
Tidur pun sekadar cuma. Lumrah org sakit tak lena tidurnya. Tengah malam bangun minta air..urut dn sebagainya...
Aku dengan terpisat2 mata bngun menyahut bila mama panggil..mira..mira..
Mama sekarang perlu rawatan radioterapi. Akibat kanser tulang yang merebak. Kalau didengarkan laporan doktor.. Hmm.. Macam2.. Dan menyedihkan. Tapi kalau tengok mama secara zahirnya dia ceria.. Semangat. Sentiasa berfikiran positif. .. :) hilang rasa sedihku

Hmm.. Cepat masa berlalu kan? Mira dan mama bertukar peranan..
Mira harap mama cepat sembuh.. Mungkin selama sebulan lebih bermalam di wad hospital .. Aku belum jadi yang terbaik Untuk mama.. Tak sesempurna seperti mama jaga aku dulu..

Itu bukti mama syg kat mira. Kini masa mira utk balas syg itu.. Mira akn cuba yg terbaik ma..

With lots of love.. Kisah kita, mira dan mama..




Tuesday, 20 August 2013

jauh dan kembali

Hidup takkan berhenti dengan cubaan.
Itu sebagai tanda yang Allah masih syg
Lumrah manusia selalu lupa dan alpa bila senang.
Kemudian allah tarik semula senang itu untuk tarik hamba pada iman.

Kadang jauh.. Kemudian kembali.
Kerana apa? Kerana hanya pada satu arah bisa memberi ketenangan hakiki.
Jangan sesekali lari dari situasi
Terus jalani hidup menghadap matahari
Biar segala bayang takut dan resah itu sekadar di belakang bukan dihati


Kembali pada fitrah. PerintahNya dijaga rapi.
lihat langit biru yang luas itu.
RahmatNya seluas itu malah infiniti kira
Sedarkan kembali. Seorang hamba. Maka jadi yang sebenar-benar hamba.
Meski berulang kali pernah menjauh
Harus gagahkn langkah untuk kembali

*nukilan malam hamba yg resah. Moga rahmatNya tetap mengiringi hamba ini. Aminn*