Friday, 22 May 2015

Kisah Hati



Dalam timeline hidup sekarang, kalau flashback balik. Banyak kisah yang tersembunyi sebenarnya. 

Kisah seseorang yang datang tak diundang.
Kisah seseorang yang muncul tanpa disedar.
Kisah seseorang yang singgah tinggalkan kesan.

Dan jalan yang aku lalui masih panjang.. 
Mungkinkah setiap seseorang itu, akan aku temui di hadapan jalan nanti?
Atau ceritanya sekadar terhenti takat ini. 

Tak semua perkara perlu terus terang
Hati perlu dilindungi sebaiknya
Daripada sesuatu yang tak pasti
Yang mungkin akan menyakiti

Sekadar itu, 
Pandang segalanya sebagai episod awal. Masih punya jalan cerita ditengah-tengah.
Yang lebih menarik dan terbaik.

Semoga selamat setiap seseorang itu,
Assalamualaikum, Sayonara.


Monday, 11 May 2015

lepaskan

Apa yang dirunsingkan?
Tak perlu semua kau luahkan.
Perlu sedikit ruang untuk kau simpan.
Atau usahakan telan. 

Untuk apa dirunsingkan?
Masih banyak yang lain harus kau fikirkan
Masa yang kau punya jangan siakan
Kerna tiada yang berulang selain sesalan.  

Kau hanya perlu lupakan.
Lebih baik kau lepaskan.
Jangan biar sarang menebal
Cantas saja simpan yang kekal.

Wednesday, 6 May 2015

sembang nak travel. wooo

Hm, travel? Mengembara.

Kalau mengembara,  sudah menjadi trend orang amek gambar paling lawa lighting n scenery dan upload. Sebagai bukti dah jejak tanah sana dan sini.

Btw, tak salah pun mereka berkongsi pengalaman, dan menginspirasi kita yang belum sampai ke sana lagi kan? Take it positive elakkan jiwa dengki menyelubungi diri tuh. Dah la tak dapat travel, orang nak tunjuk scenery dan share pengalaman pun tak nak tahu. jangan sumbunk~

Dengan mengembara atau melihat keindahan alam ni, kita dapat suburkan jiwa hamba dalam diri... Kita rasa betapa kerdilnya kita yang menumpang di bumi Dia. Sambil tu dapat menenangkan fikiran dan hati dari kekalutan manusia yang sibuk ituu..

Sebenarnya saya cuma nak cakap. Saya suka baca pengalaman orang di perantauan, suka lihat gambar2 pemandangan di sana dan rasa nak mengembara membuak-buak saat ini.

Jam menunjukkan 1.41pagi. Mungkin boleh mengembara ke alam mimpi. Em, nak mimpi ke taman bunga yang segar dan berwarna warni lah! Okayy. Goodnight!


Tuesday, 5 May 2015

Jalan Kita Pun Indah

Adakah dengan melihat kebahagiaan orang lain kita akan menjadi lebih bersemangat? Terinspirasi?

Ya, itu yang aku rasa sekarang. Walaupun sedikit ke arah berangan.  Haha. Kita tak perlu tanya, kenapa cerita dia macam novel cinta? Sedangkan cerita aku macam novel thriller.

Setiap orang Allah kurniakan jalan yang berbeza-beza. Tujuan yang sama untuk menguji iman hamba. Destinasi dan habuannya adalah syurga.

Jadi, jalan ini dah terindah buat kita. Cuma jangan senang-senang menyerah, 'ini takdir aku'. Hiaskan jalan kita dengan bunga2 cinta buat sang pencipta. Bercucuk tanam pohon taqwa disekelilingnya. Biarkan angin bertiup dan gugur daun-daun dosa.

Bersihkan jalan kita....agar terusss indah. Sampailah ke akhirnya. Ya Allah, alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang kau berikan buatku. Jadikan hambamu ini hamba yang bersyukur.

Senyum, dan ucap Alhamdulillah..
Masih diberi nyawa untuk membaikpulih jalan ke sana. ☺

Saturday, 2 May 2015

Rindu

Segalanya takkan sama lagi

Rindukan saat itu
Tiada benci atau ragu
Setiap hari menyemai cinta
Walau jauh tetap percaya

Rindukan saat itu
Sentiasa ada bersama
Tidak dengan nyata tapi hati merasa
Tiada yang terselindung sebalik cerita

Rindukan saat itu
Apakah tiada lagi ruang waktu yang berulang
Seperti dulu
Tiada watak tambahan yang membeban
Kisah ini cuma kita
Kita.
Rindukan saat kita

Friday, 13 March 2015

kurasa

Bismillah

Pemimpin? A leader?

Mungkin ada yang suka posisi di atas, dengan tujuan mereka yang tersendiri.
Mungkin ingin dikenali
Atau, memang semata-mata menjalankan amanah yang ditaklifkan tanpa mengharapkan balasan.

Bukan senang.. Selagi empunya badan tak merasa, selagi tu takkan faham.
Dan, bila tak faham tu, elakkanlah kata-kata " aku paham perasaan kau". Itu cliche. Ayat drama.

Selagi berada di posisi 'pemerhati', takkan. Takkan faham situasi.

Ok dah. Takda masa untuk bermadah gerimis.
Cuma nak cakap lagi satu, rindu ko



Sunday, 22 February 2015

Just Sayin



Life kita ni kadang-kadang macam ajaib kan?

Walaupun selalu rasa sakit and tak dapat apa yang kita nak, kita tetap move on, dengan berat kita teruskan dan kita dapati jalan di depan kita tu lebih menarik rupanya.

Benda ni berlaku berulang-ulang, dan kalau dilakarkan graf, ianya turun naik turun naik dan berterusan macam tu.

Apa yang kita perlu buat adalah.... Jangan pernah berhenti..
Cari kekuatan dan teruskan dengan yakin.

Percayalah, graf tu akan naik semula kelak.
Jumpa di puncak!

Saturday, 14 February 2015

Longlai

Pernah kau dengar?
Hatimu menjerit penuh amarah
Pernah kau rasa?
Jiwamu resah mengeluh kesah



Ya, sedang merasa.

Ada saatku gagah, berjalan dengan kencang, meyakini tiap lelahku punya ganjaran dihujung nanti.

Ada ketika, aku lemah. Berjalan longlai, terduduk. Keraguan mula membayangi diri, kabus jalan dihadapan. Sampai terdetik rasa ingin menoleh dan berundur.

Dimana lompong yang harusku penuhi? Agar hilang segala gusarku ini, dan mengecap kembali langkah yang pasti.

Atau apakah benar harusku undur dan berserah diri



Wednesday, 21 January 2015

Gunakan anugerah akal

Bismillah

Teringat pada teguran seorang pensyarah, yang lebih kurang begini masej yang ingin beliau sampaikan.
dan... ianya benar, padat, tepat dan "terkena".

"Kita sekarang ni terlalu leka, dan gemar memanja-manjakan akal fikiran kepada perkara remeh, isu-isu yang tidak membina dan kurang faedahnya. Sedangkan, akal kita boleh menghadam dan berfikir lebih dari itu,"

Saya sangat setuju dengan itu. Ya, kerana saya sendiri mengalaminya. Baru-baru ini, saya mendapat tugasan supaya membaca tesis Phd., yang pada asalnya timbul rasa malas kerana bahasanya yang begitu tinggi, isu-isu yang berat dan fizikalnya yang nampak membebankan (tebal sangat). Pada awalnya saya agak "terpaksa" kerana takut gagal menjawab soalan peperiksaan akhir di mana soalan tersebut katanya akan berkait dengan isu yang diperbahaskan di dalam tesis tersebut.

Segala rasa yang negatif saya buang, dan fokus membaca dan terus membaca. Itulah pertama kali saya begitu mengamati sesebuah penulisan ilmiah, memahami isu-isu yang dibangkitkan didalamnya. Akhirnya barulah saya mengerti, apa yang diperkatakan oleh pensyarah saya sebelum ini. Terlalu murah rupanya makanan minda saya selama ini, yang cuma menjadikan laman sosial sebagai bahan bacaan setiap hari, Sedang didalamnya, cuma penuh dengan perbualan ringan, isu terkini yang hangat di"viral"kan serta cemuhan keluhan manusia di dalam dunia masing-masing.
Mana faedahnya? Apa hikmah yang diperoleh? Apa makanan yang mencabar minda darinya?
Tiada. Jika ada sekalipun, sekelumit cuma.

Tahun 2015 ini seharusnya dijadikan sebagai satu titik permulaan untuk merubah cara berfikir dan cara menghargai akal fikiran anugerah Tuhan. Cukup-cukuplah selama ini, kemampuan akal kita diperkotak-katikkan oleh tindakan kita sendiri. Gunakanlah sebaiknya. Ianya nikmat yang harus dihargai dan disyukuri sebaiknya., Buktikan yang kita bukan lagi hamba yang kufur nikmat.

Wednesday, 7 January 2015

tunggu..


Dengar lagu ni, mira terbayang mama.. deep lagu ni pada mira ma..
Moga mama sembuh, sihat dan ceria selalu.
Selalulah ada, Mira tak dapat bayangkan hidup mira tanpa mama

Tunggu sekejap
Wahai ibu
Kerana hujan masih renyai
Tunggu sekejap
Dalam pelukan asmaraku 
Jangan bimbang
Walaupun siang akan menjelma
Malam ini
Belum puas ku bercumbu
Dengan ibu

Tunggu sekejap
Wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari kudendang
Jangan mengenang orang jauh 

Jangan pulang,

Jangan tinggalkan
Mira sorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu.....


:'(