Monday, 28 April 2014

memori sebentar di rumah anak yatim :')

bismillah~

setelah sekian lama lekang dari sebarang idea untuk menulis.. tambah pulak dengan kehidupan seharian yang agak busy ke sana sini......
yeahh.. akhirnya ada cerita~

jumaat baru ni, aku ngan member kelas pegi rumah anak-anak yatim dan asnaf kat banting selangor, untuk laksanakan  task kursus jalinan masyarakat.

sepanjang 3 hari 2 malam kat sana, aku memerhati..

sedih tengok adik-adik kecil, yang pagi-pagi dah bangun, mandi dan bersiap sendiri...
aku tak tahu kenapa hati aku lebih terkesan bila tengok adik-adik yang kecil berbanding yang dah peringkat menengah. mungkin sebab dorang lebih kurang sebaya adik2 aku kot. lagi pun, yang kecik ni memang naakkk sangat dibelai, dilayan berbual, lukis-lukis dan apa-apa yang membuat dorang rasa disayangi.

huu...  sedih rasanya bila tengok dorang pakai tudung pun senget-senget, baju kurang kemas,.
pastu kena marah lagi kat akak-akak kat situ...
kalau dorang tak marah pun, cara cakap pun dah kasar.. persekitaran yang kurang kasih sayang :(

bila dorang kena marah, rasa nak je tarik budak tu bawak gi tempat lain..
budak kecil je kot.. marah beriya sangat pun bukan dorang paham. aku tahu la aku pun penah jadi budak kecil.
tak semua situasi untuk buat dorang ikut cakap, dengan marah2..ada benda yang boleh handle dengan cara lain, buat la cara lain.
aku pandang dorang mesti teringat kat adik2 aku..huu ..kesian la..
aku tahu dorang nak apa.. dorang nak perhatian. dari situ akan adanya kasih sayang..
dorang nak dipujuk.. diajak bergurau.. bermain...

background hidup dorang macam-macam.. ada yang memang anak yatim..
tapi kebanyakan yang aku sempat kenal, dorang dihantar kat situ sebab mak ayah tak mampu dan ada juga sebab keretakan rumahtangga.

dalam ramai-ramai adik2 kat situ, yang jujur aku dah mula rasa sayang, kat 3 beradik.
puteri emilda (7 thun), puteri izora (6 tahun) ngan puteri kasih (5 tahun)..
3beradik ni mak dorang yang hantar ke rumah tu..
bila tanya
ibu mana?
ibu kerja, ibu kata kalau cuti nanti ibu datang.
ibu datang tak?
dia geleng kepala
papa mana?
papa tinggalkan ibu masa kat gua musang

ya allah... adik-adik ni terlalu kecil untuk ditinggalkan.

dalam 3 orang tu, yang paling pasif, Kasih..
dia ni.... susah sikit nak describe..
takut dengan orang.. susah sangat nak bercakap. dia selalu diam, merajuk, menangis...
dalam masa yang sngkat, aku dapat layan dia macam adik sendiri.. dia dah mula kenal aku..
tadi masa nak balik,nak tinggalkan dia,,, dia meraung ,guling2 atas lantai
:'(
hmm,, boleh ke kalau bawak dia balik? huu.. kesian la kat diaaa

nanti 9 dan 10 mei, kitorang akan pegi sana lagi, untuk trip ke-2
mungkin dalam masa 2 minggu ni, nak prepare la apa2.. ingat nak bagi adik2 3 orang ni tudung.
biar nampak comel lagi dari sekarang. hehe.. nak ajar dorang melawa :P
insya'allah dik, panjang umur kakcik datang sana.. walaupun luar daripada program.
bi iznillah! ;)





No comments:

Post a Comment